Cerita Cinta Siha - Siri 12

8 0 0
                                    

"Prapp!"

Kedengaran dari dalam, pintu di buka. Muka pintu terbuka sedikit.

Zam pelahan menapak mendekati ke pintu. Zam memandang ke dalam tiada siapa yang kelihatan. Hanya kegelapan yang ujud.

Zam tolak muka pintu agar terbuka lagi luas.

"Pak Ngah! Pak Ngah!" Zam bersuara pelahan.

Tiada balasan.

Zam melangkah masuk ke dalam, Zam bersuara lagi.

"Pak Ngah! Pak Ngah!"

Mata Zam liar memandang setiap sudut. Hanya kegelapan dan sunyi saja. Pandangan Zam terbatas, Zam melangkah lagi ke depan dengan penuh berhati.

"Betul Zam nak jumpa Siha!"

Berderau darah Zam bila terdengar suara datang dari belakang.

Cepat Zam menoleh.

"Assalamualaikum Pak Ngah! Pak Ngah apakhabar?"

Zam menghulur tangan untuk bersalam,

Pak Ngah berada di belakang pintu. Pak Ngah tidak menjawab salam dan tidak menghulur tangan. Hanya memandang ke arah Zam.

"Betul Zam nak berjumpa Siha?" Pak Ngah mengulangi ayat yang sama.

"Betul Pak Ngah, saya nak berjumpa dengan Siha. Apa yang berlaku Pak Ngah?"

Pak Ngah diam, terus mengatur langkah ke tangga menuju tingkat atas.

Zam mengikut dari belakang.

Dalam melangkah itu, hati Zam tertanya-tanya.

"Kenapa Pak Ngah berubah?"

Di tingkat atas, Pak Ngah berhenti di depan pintu bilik yang paling hujung.

Zam tahu di depannya ialah bilik Siha. Zam hanya berdiri kaku memandang ke tubuh Pak Ngah berada di depannya.

Pak Ngah masih berdiri di depan pintu, seketika memusing mukanya memandang ke wajah Zam.

"Pak Ngah apa yang berlaku pada Siha! Siha sakit ke!" Zam masih bertanya soalan yang sama.

Pak Ngah masih berkelakuan yang sama diam seribu bahasa. Pak Ngah menyeluk tangan ke dalam poket seluarnya, ditarik keluar tangannya kelihatan anak kunci. Pak Ngah memasukkan anak kunci di lubang kunci.

"Kenapa harus di kunci bilik Siha? Siha kan ada di dalam," bisik hati Zam yang masih tidak tahu perkara sebenar.

"TAP!"

kedengaran kunci bilik terbuka.

Tangan Pak Ngah memegang tombol pintu, dipulas ke kanan perlahan. Muka pintu terbuka sedikit, Pak Ngah menolak dan dilepaskan pintu dengan sendiri. Matanya memandang ke wajah Zam dengan serius.

Pak Ngah bersuara.

"Zam nak tengok Siha kan? Masuk lah..."

Zam memandang ke wajah Pak Ngah penuh keraguan tetapi Zam diamkan perasaan itu.

Zam berjalan perlahan menuju ke muka pintu, hanya lampu meja yang menerangi di dalam bilik.

Zam lihat bahagian kiri bilik Siha berselerak.

Zam melangkah masuk ke dalam dan menoleh ke sebelah kanan.

Zam tergamam.

"YA ALLAH! Apa yang telah berlaku ini."

Apa yang Zam lihat di atas katil terdampar seorang wanita yang sangat di kenalinya. Seorang wanita yang sangat dicintainya dan seorang wanita yang akan dipanggil Isteri.

Dengan rambut kusut yang tidak terurus, tangan dan kaki terikat di setiap sudut katil.

Zam melangkah bagaikan tidak bermaya, kakinya terasa berat semasa menghampiri ke katil.
Di wajahnya terpamer kesedihan, kesayuan dan kehibaan.

Di tepi katil Zam pandang ke arah Pak Ngah yang telah berada di dalam bilik.

Zam alihkan muka semula memandang ke kekasihnya. Ditatap wajah kekasihnya yang mata tertutup bagaikan sedang tidur, tapi di mulutnya terdengar suara halus bunyi rintihan bagaikan menahan kesakitan.

Wajah kekasihnya kelihatan pucat bagaikan tiada darah yang mengalir.

Zambri Perasan.
Dj Zambri

Dj Zambri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cerita Cinta SihaWhere stories live. Discover now