Pukul 5 petang, dari jauh kelihatan Zam sedang berbual mesra dengan kekasihnya, kemudian mereka berpisah menuju ke tempat berniaga masing-masing.
Zam ke tapak berniaganya NO 46.
Sedang Zam asyik membuat kerjanya, tiba-tiba satu suara wanita menegur Zam daripada belakang.
"Abang Zam apa khabar? Lama tak nampak," kata wanita yang bertudung hitam.
"Oh Lin! Khabar baik Lin! Lin sihat? Mak macam mana?" Kata Zam sebaik berdepan dengan wanita itu.
"Sihat! Semua sihat! Abang Zam nampak berubah sekarang, maklum la sejak dua-tiga menjak ni. Sejak ada makwe SENGET SEBELAH tu!" kata Lin perli bercampur marah.
"Lin jangan cakap macam tu! Tak baik! Janji dengan abang, jangan cakap macam tu lagi! Cepat janji!" kata Zam dengan nada tinggi.
"Apa abang niii!!! Cakap macam tu pun dah marah, bukannya Lin tampar muka dia!!! Aaahhh!! Malas la Lin nak layan abang!!!" Masam muka Lin semasa melangkah pergi.
Zam hanya melihat saja perangai Lin yang dianggap adik.
Nama penuh ROSLINDA BINTI JALIL. Seorang yang moody, berkulit kuning langsat, bertubuh cantik, berdada besar, pakai tudung ON/OFF, mempunyai Diploma pengurusan dan hobi Wechat.
Tidak hairan Lin banyak kenalan lelaki. Kawan baiknya bernama ANISAH, selalu datang ke pasar malam.
Lin menolong maknya di pasar malam. Lin belum mempunyai perkerjaan tetap. Lin mempunyai seorang adik lelaki yang masih belajar.
Mak Lin berniaga NASI LEMAK KAMPUNG.
Lin rapat dengan Zam sebab Zam selalu menjadi KAUNTER PERTANYAAN untuk Lin meluahkan masalah atau bila bergaduh dengan teman lelaki. Semua itu berlaku sebelum kehadiran Siha.
Zam selalu menolong Mak Lin setiap kali mereka di pasar malam yang sama.
Ayah Lin datang hanya hantar dan turunkan barang sahaja kemudian beredar bertemu dengan ISTERI KEDUANYA.
Tinggal Lin dan maknya untuk memasang semua barang berniaga. Zam yang kesian melihat, selalu menolong seperti membuka kanopi, membuka kaki meja, mengangkat papan meja dan kerja berat yang lain.
Dari situ Lin jatuh hati pada Zam. Zam tahu apa yang Lin fikirkan tapi Zam tidak pernah melayan. Bagi Zam, apa yang dia lakukan hanya untuk menolong.
ITU SAHAJA.
Tapak berniaga Mak Lin bernombor 30. Tapak terakhir barisan pertama menjual BARANG BASAH.
Tapak Siha pula bernombor 10.
Seminggu tiga kali Zam berniaga di kawasan yang sama dan tiga kali juga Zam berjumpa dengan Lin dan kekasihnya.
***
Dalam pukul 8 malam.
"Abang dah makan ke? Ni Lin bawakan nasi lemak special buat abang!" Tercegat Lin didepan Zam, di tangannya menjinjing beg plastik berwarna kuning.
"Terima kasih Lin. Siha dah bagi nasi dengan lauk untuk abang," jawab Zam sedang menulis TANDA HARGA bagi baju jersinya.
"Ala! Dia masak bukan sedap pun!" kata Lin berlagak.
"Kenapa pulak! Lin pandai masak ke?"
Tersenyum Zam perli Lin. Zam tahu Lin tidak tahu memasak.
"Abanggg ni!!! Sikit-sikit menangkan dia, benci la macam ni!" kata Lin nada merajuk.
"Mestilah abang menangkan dia. Siha kan makwe abang. Ohhh ya! Kalau Lin bencikan abang, pergilah kat Abang BOB. Dia tak pernah benci Lin." Zam perli Lin sekali lagi.
"Lin sekarang ni, dah benci nak berbual dengan Abang Zam! Tak nak nasi lemak sudah, ramai lagi yang nak!" Suara Lin marah terus meninggalkan Zam.
"Memang betul!!! Bob nak nasi lemak tu!"
Zam seakan menjerit menjawab, diwajah nya tersenyum dengan telatah Lin.
Dalam pada itu sempat lagi Zam memandang kekasihnya yang sedang sibuk melayan pelanggan.
Di barisan depan tapak berniaga Zam menjual barang basah dan di barisan tapak Zam menjual barang kering.
Ada sepuluh barisan pasar malam ini. Setiap barisan berselang seli menjual barang basah dan barang kering.
Zambri Perasan.
Dj ZambriMari dapatkan buku-buku tulisan Zambri Perasan. Sebarang pertanyaan mengenai buku-buku ini boleh dilakukan melalui messenger Zambri Perasan.
RM30 - Semenanjung Malaysia termasuk pos
RM35 - Sabah/Sarawak termasuk pos
YOU ARE READING
Cerita Cinta Siha
RomanceSiha. Seorang gadis OKU akibat dari kemalangan ketika kanak-kanak yang selalu didakap kesedihan dan derita. Tetapi dirinya dilindungi dan disayangi oleh seorang 'malaikat pelindung' iaitu Zam. Bahagia dalam sengsara mereka harungi bersama. Segala on...