Hari ke tujuh puluh.
Zam mendapat berita gembira, Zam dibenarkan keluar pada tengah hari nanti. Tapi Zam perlu menghadiri terapi dua minggu sekali.
Zam sungguh gembira dengan berita yang diterima, gembira dengan berbagai sebab.
Berita gembira ini Zam beritahu pada mak, Zam minta mak menunggu di rumah menanti kepulangannya.
Setelah selesai berkemas, Zam bersalam dan mengucap terima kasih kepada kakitangan wad yang banyak membantu dirinya selama ini.
Sebelum melangkah keluar, Zam melihat dikeliling wad yang banyak memberi nostagia padanya. Ada tanda kesedihan dan kesyukuran diwajah Zam semasa melihat itu.
Zam sampai di rumah pada sebelah petang, keluarga dan jiran telah sedia menyambut kepulangan Zam.
Mak berlari mendapatkan Zam. Mak terharu dan bersyukur pada Tuhan. Mak peluk anak lelaki sulungnya seerat-erat. Airmata mak sudah tentu tidak dapat dihalang mengalir.
Zam mengucap terima kasih pada semua yang hadir. Terima kasih atas doa mereka pada dirinya.
Sebelum masuk waktu Maghrib jiran-jiran Zam beredar.
Zam rehatkan diri di dalam biliknya.
"Tok! Tok!"
Bunyi ketukan di muka pintu.
"Mak ya, masuk mak," Zam membuat tekaan.
Terukir senyuman dibibir mak, takkala menunjukkan diri.
Mak duduk disisi anaknya.
Wajah kegembiraan mak masih kekal. Mak memandang ke wajah anaknya.
"Zam! Mak nak buat kenduri doa selamat minggu depan," pelahan mak bersuara.
Wajah anaknya kekal dipandangnya.
"Buat lah mak," ringkas Zam menjawap.
Zam bersuara lagi.
"Mak! Esok Zam nak keluar jalan-jalan, ambil angin,"
"Bagus tu Zam, pergi ambil angin kat luar. Lama dah Zam tak berjalan tapi hati-hati, badan Zam belum sihat sepenuhnya," ada senyuman dibibir mak. Terselit juga kerisauan.
"Baik mak! Zam janji akan jaga diri baik-baik," Zam memandang ke wajah mak. Wajah banyak berkorban semasa dirinya sakit.
"Baiklah Zam, Zam nak apa-apa ke, mak nak ke dapur ni," kata mak bangun dari katil.
"Zam tak nak apa-apa. Mak! Terima kasih menjaga Zam semasa sakit," pantas Zam memegang tangan mak lalu dicium tangan yang banyak berkorban untuknya.
"Sama-sama! Zam anak mak. Semua mak akan buat seperti mak buat," mak mengusap rambut Zam. Perasaan mak tetap terharu.
"Terima kasih banyak mak," Zam ulang ayat yang sama.
Kepala Zam tunduk, mulutnya mencium kulit tangan mak. Ada airmata yang tertinggal dikulit tangan mak.
Mak terharu bercampur gembira lalu dipeluk anak lelaki sulungnya.
Di dalam bilik jelas kedengaran tangisan antara mak dan anak.
***
Pagi.
Zam sedang menunggu teksi, Zam tidak mempunyai kereta sekarang. Keretanya masih tersadai di bengkel, kerosakkan 100% semasa kemalangan itu.
Segala urusan insuran masih belum dibuat.
Sebuah teksi berhenti didepannya.
"Abang! Keramat Permai," Zam memberitahu alamat itu.
"Ok, adik," jawap pemandu teksi.
Dalam perjalanan hanya wajah Siha dan Pak Ngah berputar ligat dalam fikirannya.
Zam tidak tahu apa telah berlaku pada mereka selama dia sakit. Zam berjanji pada dirinya akan menyambung semula tugas yang pernah dijanjikan pada Pak Ngah bantu menyembuhkan Siha.
"Encik dah sampai, kat mana nak berhenti," kata pemandu teksi.
Zam tersedar dari lamunan.
"Oh! Abang berhenti kat depan tu saja, kat kedai makan tu," Zam menuding jari kearah depan.
Sebaik keluar daripada teksi Zam. Zam menapak menuju di deretan kedai makan. Zam melihat orang ramai memenuhi kedai pilihan mereka.
Zam menyeberangi jalan menuju deretan rumah kos sederhana didepannya. Langkahnya dilajukan. Hatinya berdebar, hampir sepuluh minit berjalan Zam sampai di rumah yang dituju.
Zambri Perasan.
Dj Zambri
YOU ARE READING
Cerita Cinta Siha
RomanceSiha. Seorang gadis OKU akibat dari kemalangan ketika kanak-kanak yang selalu didakap kesedihan dan derita. Tetapi dirinya dilindungi dan disayangi oleh seorang 'malaikat pelindung' iaitu Zam. Bahagia dalam sengsara mereka harungi bersama. Segala on...