Siha menyandarkan dirinya di tempat duduk belakang. Matanya dilontar melihat ke luar tingkap kereta. Mimik wajahnya keliru melihat keliling seperti dirinya baru berada di tempat itu sedangkan sudah bertahun dirinya mendiami kawasan itu.
Di luar kereta.
Pak Ngah menghampiri Zam
"Zam! Siha bila waktu siang memang seperti awak nampak tadi. DIAM dan tak kenal orang. Pak Ngah pun dia dah tak kenal. Bila malam, perangainya ganas seperti Zam lihat semalam. Begitulah keadaan Siha sejak sakit,"
Zam mengangguk kepala faham.
Kereta Zam bergerak menuju ke Gombak. Melalui cermin tengah, Zam dapat lihat wajah kekasihnya.
Bermacam reaksi yang Siha lakukan sekejap sedih, sekejap menangis dan sekejap ketawa.
Walau apa pun reaksi dilakukan, Zam tetap bersedih, apa yang berlaku pada diri kekasihnya.
Kereta bergerak laju menuju ke destinasi, kawasan Greenwood telah di tinggalkan.
Di depan terdapat simpang tiga, Zam belok ke kiri terus melalui jalan lama untuk UIAM.
Hampir satu jam, sampai ke destinasi yang di tuju.
Kereta Zam menyusuri pelahan jalan yang mempunyai satu lorong.
Disebelah kanan kelihatan sebuah rumah kampung berdinding papan, beratap zink. Reka bentuk luaran rumah ini penuh dengan KEMELAYUAN.
Di sekeliling rumah, di penuhi dengan pokok bunga, pokok buah-buahan dan juga pokok herba.
Di tangga kayu kelihatan seorang lelaki sedang berdiri.
Zam memberhentikan kereta di bawah pokok rambutan tua.
Sebaik keluar dari kereta, Zam mengangkat tangan kepada lelaki yang menuju ke arahnya.
"Asalammualaikum, Abang Ghani. Apakhabar? Maaf bagi tahu last minute." Kata Zam.
"Khabar baik Zam. Tak pe Zam," jawab lelaki dalam hujung 30'an.
Zam berbual seketika dengan Abang Ghani kemudian dibawa berjumpa Pak Ngah.
"Pak Ngah kenalkan abang angkat saya, Abang Ghani."
Pak Ngah yang berdiri ditepi kereta terus menghulur tangan bersalam.
"Panggil saya Ghani, pakcik!"
"Saya Pakcik Talib," Pak Ngah memperkenalkan diri.
"Mana orang yang sakit tu pakcik!"
"Sini abang!" Sampuk Zam yang sedang memimpin kekasihnya.
Dalam berapa tapak melangkah tiba-tiba Siha bersuara agak kuat.
"NAK BALIK! NAK BALIK!"
Meronta-ronta badan Siha. Agak ganas tindakannya.
Pak Ngah melangkah cepat, rapat pada Siha.
"Jangan takut nak, sekejap je. Rosyam Nor ada kat dalam tu," pujuk Pak Ngah menipu pada anaknya.
Siha berubah, tersenyum bila nama Rosyam Nor disebut.
Zam memegang lengan kekasihnya hanya berdiam.
Ghani menghampir Siha, matanya bulat merenung tepat ke mata Siha.
"Apa pandang!!! Ingat aku takut!"
Berubah tiba-tiba suara Siha menjadi kasar dengan mata terbeliak membalas pandangan ke Ghani.
"Ohhh! Maaf saya tak sengaja," Ghani berdalih.
Siha kembali tersenyum sendiri seolah tiada apa yang berlaku. Di mulutnya nama Rosyam Nor disebut berulang kali.
Ghani rapat pada Zam, berbisik.
"Kuat ILMU ORANG YANG KENAKAN DIA,"
Zam diam di dalam hatinya terasa takut, takut kekasihnya tidak dapat dipulihkan.
"Jom semua kita masuk ke dalam," Ghani menjemput.
Zambri Perasan.
Dj ZambriMari dapatkan buku-buku Zambri Perasan. Setiap satu berharga RM30 sahaja untuk Semenanjung Malaysia dan RM 35 untuk Sabah Sarawak. Terima kasih.
YOU ARE READING
Cerita Cinta Siha
RomanceSiha. Seorang gadis OKU akibat dari kemalangan ketika kanak-kanak yang selalu didakap kesedihan dan derita. Tetapi dirinya dilindungi dan disayangi oleh seorang 'malaikat pelindung' iaitu Zam. Bahagia dalam sengsara mereka harungi bersama. Segala on...