Zam berjalan di celah-celah orang ramai. Orang ramai yang datang ke pasar malam dengan pelbagai niat, ada yang ingin membeli barang dan ada yang ingin melihat saja.
Zam tidak ambil kisah semua itu, di hati ingin mencari seseorang. Seseorang yang perlu Zam bertanya untuk kepastian, walaupun jawapannya mungkin penipuan.
Terkadang badan Zam diterpa tanpa senjaga oleh orang-orang yang lalu lalang.
Zam terus melangkah hingga sampai di tapak yang dituju, Zam berhenti dan memberi salam pada orang di depannya.
"ASSALAMUALAIKUM KAK..." Sapa Zam. Peluh Zam kelihatan.
"Waalaikumussalam, hai Zam, masuk kat belakang ni cepat," jawap wanita itu.
Wanita itu bertudung, berkulit putih dalam awal 40'an. Tersenyum wanita itu melihat kepada Zam.
"Baik kak!" Zam tersenyum juga.
Zam menyelit badannya di antara meja untuk bergerak ke belakang.
Zam diam seketika kerana wanita itu sedang melayan pelangganya.
Setelah pelanggan tiada, wanita itu rapat ke arah Zam. Senyuman tidak kering di bibirnya.
"Zam dah makan ke! Hendak kek tak!"
"Terima kasih kak. Tak apa, saya dah makan. Maaf kak kalau saya ganggu," Zam rasa bersalah kerana menganggu Wanita itu waktu berniaga.
"Tak ada ganggu lah zam. Zam ni macam-macam lah," kelihatan gigi putihnya bila wanita itu ketawa.
"Kak!! Saya nak tanya boleh tak?" Tanya Zam.
"Tanya lah! Kenapa Zam?" Hilang senyuman wanita itu. Serius wajahnya.
"Kak! Rina mana? Puas saya telepon tak berjawab," Zam beritahu niat sebenarnya.
"Ohh Rina! Kak pun tak tahu Zam. Dah sebulan kot dia tak balik rumah,"
"Zam ada hal ke nak jumpa Rina!"
"Betul kak! Saya ada hal dengan Rina. Tapi takpa kak. Hanya itu saya nak tanya. Saya pergi dulu. Maaf ganggu kak,"
"Tak pa Zam. Betul ke tak nak kek ni!" Wanita itu pelawa lagi.
"Tak pa kak, terima kasih. Saya pergi dulu,"
"Baik Zam! Kirim salam kat mak nanti."
Wanita itu kakak Rina.
***
Zam sampai ke tempat berniaganya.
"Lee, terima kasih tolong jaga," kata berada di sebelah Lee.
"Tak pa Zam. Oh! Ini ada RM50 tadi ada orang beli jersey," Lee menghulur lima keping not RM10 pada Zam.
"Terima kasih Lee,"
"Tak pa punya!" Lee tersenyum.
Zam termenung di depan tapak berniaganya. Tidak di endah orang ramai lalu-lalang didepannya.
Perasaannya bercelaru. Jiwanya kacau. Ada perasaan tertanya-tanya.
"Patutkah aku menuduh Rina lakukan semua ni,? Mana ada bukti!" Zam bercakap sendiri.
Zam buntu.
"Adik! Adik..." Zam tersentak dari lamunan bila ada suara datang dari sebelahnya.
Zam berpaling,
"Ya! Kak Long! KAK LONG nak beli jersey ke," Zam menegur pelanggan dengan trademark nya.
Zambri Perasan.
Dj Zambri
YOU ARE READING
Cerita Cinta Siha
RomanceSiha. Seorang gadis OKU akibat dari kemalangan ketika kanak-kanak yang selalu didakap kesedihan dan derita. Tetapi dirinya dilindungi dan disayangi oleh seorang 'malaikat pelindung' iaitu Zam. Bahagia dalam sengsara mereka harungi bersama. Segala on...