Hari ini Zam akan berjumpa seorang bomoh lagi di HULU LANGAT. Zam dapat maklumat dari seorang kenalan yang juga peniaga di pasar malam.
Bagi mendapat kesahihan yang bomoh ini boleh mengubat, Zam pergi dulu ke rumah bomoh untuk kepastian.
Zam tidak mahu kejadian yang lepas berulang, berdepan dengan bomoh yang penipu. Hanya mahukan wang saja.
Semasa memandu menaiki BUKIT LANGAT. Fikiran Zam berputar ligat bagaikan tayar keretanya.
Zam memikirkan nasib yang menimpa kekasihnya. Zam juga kesian pada Pak Ngah yang sudah tua dan selalu sakit tetapi terpaksa juga menjaga Siha.
Tentang Rina pula, Zam tertanya patutkah dia menuduh Rina?
Fikiran Zam buntu memikir semua itu.
Fikiran Zam melayang jauh dan hati Zam sedih, hiba bila teringat kekasihnya.
"PONNN!!!"
Terkejut besar Zam bila bunyi hon kenderaan kedengaran di depannya.
"YA ALLAH!!!"
Zam menjerit nama yang Maha Esa.
Zam telah termasuk di lorong bertentangan, Zam cuba mengelak selagi yang boleh.
Bunyi cengkaman tayar kedengaran di Bukit Langat.
Zam berjaya mengelak lori 1 tan didepannya tetapi oleh kerana keadaan kelam-kabut, Zam tidak berjaya mengelak gaung yang menunggu di depannya.
Kereta Zam menjunam laju ke dalam gaung.
"Allahhh,"
Sekali lagi nama yang Maha ESA Zam jerit sekuat hati.
"Banggg!!!"
Keadaan senyap seketika.
Dalam berapa minit di tepi gaung sudah di penuhi orang.
"Mati ke orang dalam kereta kenari itu," kata salah seorang pemuda yang berdiri di tepi gaung.
Kelihatan orang ramai mula mengeluar telepon bimbit masing-masing merakam kejadian.
Syukur pada Tuhan Zam masih bernyawa tapi keadaan yang sangat membimbangkan dalam erti kata 50-mati dan 50-hidup.
Zam tidak sedarkan diri semasa diselamatkan. Kepalanya kelihatan berkilat dek darah yang mengalir dengan banyak.
Zam telah di bawa ke HOSPITAL AMPANG dan dimasukkan ke wad ICU.
Mak dan adik Zam telah diberitahu dan mereka menunggu di luar wad ICU.
Mak sudah tidak berdaya untuk berdiri hanya duduk di kerusi menunggu keputusan doktor.
Mak hanya merenung ke lantai hospital memikirkan apakah nasib yang akan berlaku pada anak lelaki sulungnya.
"Mak, kita berdoa pada Tuhan supaya Abang Zam selamat," kata adik Zam yang bernama LAITOL berumur 17 tahun.
Mak memandang anak perempuannya yang sulung. Mulut mak tertutup. Mak hanya menganggukkan kepala saja.
Kesedihan dan air mata tidak dapat disembunyikan oleh mak.Laitol yang duduk di sebelah mak bersuara lagi.
"Kita berdoa mak. Laitol yakin abang akan selamat. Abang kuat mak," kata Laitol memberi semangat. Tapi di pipi Laitol berderai laju air mata.
Mak kekal hanya mampu memandang saja ke wajah anak perempuannya dengan air mata yang turut berderai di pipi.
Akhirnya mak dan Laitol saling berpelukkan di ruang menunggu itu.
Menunggu berita baik.
Menunggu satu keajaiban berlaku.
Zambri Perasan.
Dj Zambri
YOU ARE READING
Cerita Cinta Siha
RomanceSiha. Seorang gadis OKU akibat dari kemalangan ketika kanak-kanak yang selalu didakap kesedihan dan derita. Tetapi dirinya dilindungi dan disayangi oleh seorang 'malaikat pelindung' iaitu Zam. Bahagia dalam sengsara mereka harungi bersama. Segala on...