Cerita Cinta Siha - Siri 11

9 0 0
                                    


Zam merenung ke tapak yang kosong iaitu tapak Siha berniaga. Sudah seminggu Siha tidak berniaga.

Berpuluh kali Zam menelefon dan berpuluh kali mesej di hantar. Namun panggilan tidak di jawab dan mesej tidak di balas.

Hanya dua kali saja panggilan Zam di jawab itu pun Pak Ngah yang menjawab.

Cerita daripada peniaga, mengatakan Pak Ngah yang sakit.

Zam merasa pelik kenapa Siha tidak menjawab panggilan atau balas mesej nya.

Kenapa pula Pak Ngah menjawab sedangkan dia sakit. Laju minda Zam berfikir, bagaikan lajunya sebuah kereta memecut di lebuh raya.

Bila Zam minta kebenaran untuk bercakap dengan Siha.

Pak Ngah berkata.

"Siha sibuk."

Zam merasa hairan sangat.

***

Masih terngiang-ngiang difikiran Zam saat kali terakhir berjumpa dengan Siha.

"Kanda! Dinda rasa tak sedap badan sejak-sejak ni!"

"Dinda sakit ke, Kanda hantar pergi klinik," kata Zam. Wajah Zam menunjuk mimik, risau.

"Tak pe, mungkin penat kot,"

"Nanti dah jadi isteri Kanda duduk rumah saja, masak sedap-sedap untuk Kanda." Zam buat lawak.

"Mana boleh Kanda, Ayah sapa nak tolong!"

"Tentang tu jangan risau. Kanda ada plan untuk Pak Ngah. Kanda tak bagi Pak Ngah kerja kuat lagi. Ada orang nak menyewa tapak Pak Ngah semua sekali,"

"Betul ke Kanda," terperangat Siha mendengar berita baik.

"Pak Ngah kan akan jadi ayah Kanda. Kanda tak benarkan Ayah kerja kuat."

"Terima kasih Kanda! Sayang Kanda ketat-ketat,"

"Jangan ketat sangat nanti kanda susah bernafas untuk mencintai Dinda," jawab Zam sambil hadiahkan senyuman pada Siha.

Siha hanya ketawa saja.

Dalam ketawa itu tiba-tiba darah mengalir lemah keluar dari hidung Siha.

Zam panik.

Zam juga perasan yang kekasihnya selalu menggaru tubuhnya seolah merasa gatal sangat. Siha juga mengadu merasa panas seluruh badan.

Zam perasan yang kekasihnya tidak sihat. Tetapi kekasihnya menolak untuk pergi ke klinik.

Zam tersedar dari lamunan, bila ada seorang pelanggan masuk ke tapak niaganya.

***

Malam ini Zam nekad untuk pergi ke rumah Siha tanpa pengetahuan Pak Ngah.

Selepas selesai berkemas, Zam terus memandu menuju ke rumah Siha.

Dalam perjalanan, hati Zam berdebar kerana bertindak begini, datang tanpa beritahu pada Pak Ngah. Zam terpaksa bagi Zam, Pak Ngah sembunyikan sesuatu.

Zam masuk ke kawasan perumahan tempat tinggal Siha. Zam perlahankan kereta kemudian berhenti selang dua buah rumah daripada rumah Siha.

Zam keluar dari kereta, berjalan menuju ke rumah Siha. Di depan pintu pagar, Zam melihat ke arah rumah Siha. Keadaan begitu sunyi dan sepi seolah rumah Siha tiada penghuni.

Zam lihat bahagian bawah rumah gelap, ditingkat atas lampu bilik samar-samar. Zam pasti itu bilik Siha. Zam lihat van Pak Ngah terletak di depan rumah.

Cerita Cinta SihaWhere stories live. Discover now