Cerita Cinta Siha - Siri 26

7 0 0
                                    

Siha-Siri 26.

Laju langkah mak, mak mahu secepat boleh berjumpa anaknya. Hati mak berkobar-kobar untuk melihat anak sulungnya. Mak tidak mahu terlambat sedetik pun.

Di pintu wad mak pelahankan langkahnya, berjalan menuju ke katil anaknya. Tidak berkelip mata mak memandang wajah anaknya yang telah sedar.

Zam turut memandang dengan senyuman, walaupun senyumannya tidak semanis dulu.

Mak rapat terus ke katil Zam. Mak sentuh tangan Zam lalu digenggam.Tangan yang sebelum ini kaku.

Dengan tanggung jawap keibuan, mak mencium dahi anaknya. Menitis air mata mak pada kulit dahi anaknya. Mak rapat selagi yang boleh untuk memeluk anaknya.

Zam membiarkan saja, tubuhnya masih lemah tenaganya masih belum terisi.

Mulut Zam masih tidak boleh berkata, suaranya masih tiada lagi bernada. Tapi tangan Zam memberi reaksi turut mengenggam erat tangan mak.

Hanya matanya memandang ke wajah mak, pandangan sebagai mengucap terima kasih pada mak.

Mak bersyukur pada yang Maha kuasa kerana memakburkan doanya.

Mak tenung wajah anaknya penuh keikhlasan.

Pelahan suara mak, bagaikan berbisik.

"Syukur pada Tuhan. Mak sayang Zam,"

Zam hanya memandang, tidak mampu untuk menjawab hanya air jernih menitis pelahan di penjuru matanya.

Genggaman tangan mak kekal tidak terurai. Mak seperti tidak mahu berpisah.

"Makcik! Makcik!" Panggil juru rawat dibelakang Mak.

Mak tidak mendengar pada mulanya kerana mak terlalu gembira fokus pada anaknya.

Juru rawat menepuk pelahan ke bahu mak.

Mak menoleh...

"Ya adik,"

"Doktor hendak jumpa makcik di luar,"

"Oh! Maaf Makcik tak dengar tadi,"

"Zam, mak keluar jap ya, nanti mak datang ya," berseri wajah mak memandang anaknya.

Zam hanya memandang dan memberi senyuman tawar pada mak.

Mak mengatur langkah pergi.

"Syukur! Anak Makcik telah sedar. Ini petanda yang baik, selepas ni kita tengok pada tindak balas tubuhnya pula. Otaknya berfungsi dengan baik. Sama-sama kita doakan," kata doktor didepan mak.

Mak menangis mendengar kata doktor. Kegembiraan yang tidak dapat gambarkan.

"Terima kasih doktor dan semuanya." Itu yang mampu mak ucapkan.

Mak capai tangan doktor lalu mengenggam erat sebagai ucapan terima kasihnya.
Menangis mak didepan doktor dan juru rawat.

***

Hari empat puluh lima.

Zam telah ditukarkan ke wad biasa.

Zam mula bercakap, walaupun sepatah-sepatah. Tubuh Zam mulai terisi tenaga, walaupun tidak sepenuhnya.

Zam tidak perlukan alat bantuan lagi.

Kalau sebelum ini keadaan Zam seperti telur dihujung tanduk tapi kini Zam telah sembuh cuma ada beberapa terapi yang perlu Zam ikuti.

Memang satu keajaidan telah berlaku. Tuhan telah memberi peluang ke dua buat Zam.

***

Hari ke lima puluh.

Cerita Cinta SihaWhere stories live. Discover now