Bab 64: Harap

651 82 25
                                    


 

 
    Malam itu, selepas mengerjakan solat Maghrib, mereka semua berkumpul dan pergi ke HQ MATA bersama-sama. Ali, Khai, Iman dan Moon sudah melaporkan perkara yang terjadi kepada General Rama melalui panggilan petang tadi, kini mereka akan berjumpa secara bersemuka untuk membincangkan hal tersebut secara lebih terperinci.
   
    Pada awalnya, Moon berkeras mahu mereka terus berjumpa General Rama petang itu juga, tetapi hari sudah semakin gelap dan tiba waktu Maghrib. Ali bercadang supaya mereka memberitahu maklumat penting kepada General terlebih dahulu, selepas solat barulah mereka mula bergerak. Moon akur.
   
    Semua ini bertujuan untuk mereka mengambil masa menenangkan fikiran sebelum membuat keputusan terburu-buru. Kumpul semangat, kekuatan dan mungkin idea yang boleh membantu pencarian Alicia.
   
    Mereka berempat sudah tiba di pintu bilik mesyuarat. Pintu automatik itu terbuka sendiri membenarkan mereka melangkah masuk. General Rama sudah berada di situ menunggu ketibaan pemuda pemudi itu. Bersamanya ada Karya, Bakar dan Rajesh yang lengkap bersut ejen.
   
    "Kamu semua datang tepat pada masanya. Terima kasih kerana sudi menawarkan diri membantu misi pencarian ini," General Rama membuka bicara setelah semua orang mengambil posisi di hadapan meja. Ali, Khai, Iman dan Moon hanya mengangguk hormat.
   
    "Straight to the point. Berdasarkan apa yang dilaporkan oleh kamu semua 2 jam lalu, Ejen Zahra yang menghilangkan diri dipercayai telah diculik oleh seorang individu yang masih dalam siasatan. Pihak MATA telah pun mencari di setiap pelosok Taman Cyberaya dan hanya menemukan kesan tapak kasut suspek,"
   
    Beberapa imej dan hologram terpapar di atas meja.
   
    "Ejen Rahul turut memberitahu yang dia sedang membuat panggilan telefon dengan Zahra. Zahra menyebut nama seorang lelaki yang dia kenali tetapi kami masih belum mendapatkan identiti lelaki tersebut,"
   
    "Lelaki itulah yang budak-budak tu ceritakan tadi!" Moon membuat kesimpulan.
   
    "Siapa nama lelaki tu, Ejen Rahul?" tanya Khai. Ejen pertengahan umur berbangsa India itu jelas mempamerkan kerisauan di wajahnya.
   
    "Kalau tak silap, namanya... Aidin? Aidan? Eson? Hah, Edison!" Mata Rajesh membulat.
   
    "Bila saya tanya dia dengan siapa, dia cakap, dia sama Edison. Kawan sepermainan masa dia kecil dulu. Tapi selama kami jaga dia, mana dia pernah ada kawan nama Edison! Kawannya dulu cuma kami, robot, robot, robot..." Cerita ejen kombat itu.
   
    Ejen-ejen muda itu berkerut sedikit.
   
    Lah, masa kecil berkawan dengan robot je? Kesiannya.
   
    "Bila saya bagitau yang dia tidak ada kawan nama Edison, panggilan terus putus. Ayoo, bikin hati saya tidak senang!" kedengaran keluhan kecil dari mulut Rajesh.
   
    "Hah, kami pernah jumpa Edison dulu!" Iman mencelah.
   
    "Korang pernah?" Ali berpaling melihat rakan-rakannya. Ketiga-tiga mereka mengangguk.
   
    "Beberapa tahun lepas. Kami baru saja balik dari misi malam tu, ikut jalan keluar dari kedai Mamak Maju. Semasa kami berjalan di kaki lima, kami terserempak dengan Edison,"jelas Iman berdasarkan apa yang diingatinya.
   
    "Oh, lelaki Cina tu!" Moon baru teringat. Khai turut mengangguk.
   
    "Mereka nampak macam dah lama kenal.  berbual dalam bahasa Cina. Kami yang tak faham apa-apa diam je," Sambung gadis ejen Inviso itu.
   
    "Masalahnya kalau dia bukan kawan sepermainan Zahra, macam mana diorang boleh kenal? Ali, kau dan Zahra kan satu sekolah sejak sekolah rendah. Kau tak kenal ke sesiapa yang bernama Edison?" tanya Khai.
   
    Ali menggeleng.
   
    "Zahra dulu tak suka ada terlalu ramai kawan. Masa tu dia cuma rapat dengan aku dan seorang lagi kawan perempuan dia,"
   
    Bila difikirkan semula, kawan rapat Alicia hanyalah Mia dan dia sendiri. Itu pun hubungan antara dia dan Alicia semakin renggang apabila mereka hampir tamat sekolah menengah.
   
    Tetapi seseorang bernama Edison? Langsung tidak pernah dikenalinya.
   
    "Ali, Karya, Bakar. Bagaimana dengan kumpulan Hypner? Kamu rasa organisasi itu ada kena mengena dengan semua ini?" soal General Rama.
   
    "Saya berpendapat Edison ada kaitan dengan Hypner. Maklumat yang kami kumpul dari saksi termasuk termasuk kanak-kanak menunjukkan bahawa kemungkinan besar Zahra dipengsankan akibat dihipnosis. Tambahan lagi, apa yang lebih menguatkan kemungkinan ni ialah anggota-anggota tertinggi Hypner mempunyai kebolehan menghipnosis dan mengawal minda," Ali menerangkan setiap butiran penting sementara mereka yang ada di situ mendengar dengan penuh perhatian.
   
    "Sebagai bekas ahli Hypner, saya akui penerangan Ali adalah benar. Anggota-anggota tertinggi mempunyai kekuatan dan kelebihan yang sedikit... 'istimewa' berbanding ahli biasa. Merekalah yang akan menyelesaikan urusan yang rumit yang memerlukan kebolehan mereka. Seperti kes Bakar beberapa tahun lalu," Karya memandang Bakar sekilas. 
   
    "Oh, ya! Semasa saya berada dalam tahanan Hypner, diorang cuba nak hipnosis kami. Ejen-ejen lain semua terkena kecuali saya. Sebab saya jenis yang susah fokus," Bakar tergelak sendiri. General Rama cuma menggeleng kecil.
   
    "Jadi, rasanya dah jelas sekarang," Khai mencelah sementara R-O bergerak-gerak di sisi kakinya. Robot pintar itu berbunyi riang seakan-akan bercakap.
   
    Semua yang ada di situ berpandangan sesama sendiri.
   
    "Zahra diculik oleh Hypner," 
   
    "Tapi kenapa?" muka Moon penuh dengan tanda tanya.
   
    Tiba-tiba, General Rama menghembuskan nafas berat. Perhatian semua tertumpu ke arahnya.
   
    "General... General tahu sesuatu ke?" tanya Ali.
   
    "Saya akan jelaskan semuanya kepada kamu selepas kamu selesai sembahyang,"
   
    Kata-kata General Rama membuatkan Khai memandang R-O. Terpapar waktu di atas skrin robot pintar itu, sudah masuk waktu solat Isyak.
   
    "Kita akan berbincang semula selepas kamu sembahyang nanti. Selesai sahaja perbincangan, kamu semua akan mula bergerak mencari Ejen Zahra," ujar General Rama.
   

Kerana IRIS atau Dia? 2 (Ejen Ali Fanfiction)Where stories live. Discover now