Bab 45: Runsing

1K 111 43
                                    


"Apa dia?!"

Ali seolah-olah kurang percaya dengan apa yang baru didengarinya. Bukan, sangat tidak percaya!

"Kamu mahu saya ulang sampai tiga kalikah, dey? Telinga kamu ada masalah atau apa?" rungut General Rama.

"Err... bukan, saya cuma..."

"Cuma apa?"

Ali menelan air liur.

"Saya risau kalau saya tak sedia... Kalau kami belum bersedia,"

Pagi itu, dia tiba-tiba dipanggil untuk perjumpaan di base MATA semasa dia sedang bersenam di gimnasium universiti. Bukan main kelam-kabut lagi bila dia tahu yang General Rama mahu berbincang face-to-face dengannya.

Dia hanya diberitahu yang General mahu berbincang tentang perkara penting, tetapi tidak sangka pula perkara itu terlalu penting dan peribadi.

Macam mahu pengsan sahaja bila General Rama mula bercakap tadi.
General Rama menarik nafas dalam-dalam.

"Ali, kamu sentiasa bersedia dab tiada masalah dalam menerima misi-misi penting yang berbahaya dan boleh meragut nyawa. Tetapi takkanlah ini pun kamu tidak boleh?"

Ali hanya kekal membisu.

"Saya faham kalau ini semua terlalu mengejut bagi kamu dan saya minta maaf kerana melibatkan kamu sekali. Tetapi ini untuk kebaikan kamu berdua juga," kata General Rama.

"Saya bukan apa, General. Misi-misi bahaya dan penting tu bukan masalah besar, tapi yang ini..."

Entahlah... Macam jauh lebih bahaya? Haih.

"Sebelum tu saya nak tanya. Ejen Zahra sendiri ke yang pilih saya?" tanya Ali.

"Bukan. Lagipun, dia langsung tidak tahu menahu tentang ini," jawab General Rama ringkas. Ali rasa macam mahu tepuk dahi.

"Takkanlah dia sendiri yang nak kahwin pun tak tahu apa-apa pasal ni? Lagi satu, bukan ke dia dah kena lamar tiga kali?" soal pemuda itu lagi.

Ya, perkara penting yang sedang mereka bincangkan ialah soal 'itu'.

Kahwin.

"Ketiga-tiga lamaran itu sudah lama ditolak. Tetapi bukan dia sendiri yang membuat keputusan,"

"Habis tu siapa yang-"

"Aku yang tolak,"

Satu suara tiba-tiba mencelah perbualan mereka. Ali segera berpaling ke arah suara tersebut.

"Ejen Bobby? Apa kau buat kat sini?"

Ejen Inviso itu lantas mendekati Ali dan General Rama. Dia tersenyum.

"Zahra masih belum sedia lagi sebab masa tu dia masih tengah sambung belajar. Aku pun tolakkanlah untuk dia," ujar Bobby. Ali masih lagi kebingungan.

"Dia belum ada niat nak kahwin masa tu. Aku tak boleh paksa dia," Sambung Bobby.

"Kejap. Kenapa pulak kau boleh tolak..."

"Oh, rasanya mesti kau belum tahu Zahra tu adik aku kan?,"

Hah.

"Ya, dia adik aku, aku abang dia. Kami adik-beradik kandung,"

Ali hanya terkebil setelah mendengar ayat Bobby. Otak tengah cuba nak hadam.

"Hubungan kami berdua ni tak diketahui ramai. Dia pun baru tahu lima tahun lepas kalau tak silap... Sebelum korang berdua SPM. Jadi tak mustahil kalau kau tak tahu langsung pasal ni,"

Kerana IRIS atau Dia? 2 (Ejen Ali Fanfiction)Where stories live. Discover now