"Ada sesiapa lagi tak yang masih ada dalam Bangunan Perdana?" tanya seorang ejen wanita teras Tekno."Yang pasti kami dah bawa keluar semua tebusan, jadi rasanya tak ada," jawab Iman. Moon mengangguk. Tiba-tiba mereka ternampak kelibat Rudy yang sedang dirawat oleh pasukan perubatan MATA tidak jauh dari situ.
"Rudy! Apa jadi kat bahu kau?" soal Moon sambil mendekati rakan seterasnya.
"Kena tembak," balas Rudy pendek.
"Astaghfirullahalazim... Eh, mana Zahra?" kali ini giliran Iman pula bertanya. Mereka bertiga saling berpandangan. Masing-masing senyap.
Dr Ghazali yang kebetulan mendengar perbualan tiga sekawan itu terdiam. Dia teringat ketika Ali datang melawan lelaki bersenjatakan senapang itu sambil melindungi rakannya.
Jadi perempuan tu ke Zahra yang dia selalu sebut-sebut sebelum ni?
Dengan tidak semena-mena, satu gegaran mengejutkan semua orang yang berada di luar Bangunan Perdana. Bahagian Barat bangunan itu mula runtuh. Hujan lebat menjadikan suasana ketika itu lebih suram.
"Sekejap... Mana Ali?" tanya Dr Ghazali kepada Bakar.
"Dia masih belum keluar lagi," jawab Bakar dengan rasa bersalah. Jantung Dr Ghazali mula tidak keruan.
"Dia masih belum keluar walaupun lepas bangunan tu bergegar tadi? Macam mana mereka nak lawan musuh mereka tadi? Dia dan kawan dia tak apa-apa ke?"
"Dato' jangan panik. Saya pasti dia akan selamat," Bakar cuba menenangkan Datuk Bandar yang turut merangkap sebagai abang iparnya. Dr Ghazali melepaskan nafas berat sambil mengurut dahi.
"Berdasarkan prestasinya kebelakangan ini, dia pasti boleh hadapi hal ini tanpa sebarang masalah serius," satu suara tiba-tiba mencelah. Dr Ghazali dan Bakar berpaling.
"General,"
"Mereka berdua masing-masing merupakan ejen yang cemerlang. Percayakan mereka," jelas General Rama. Suasana menjadi senyap.
Ya Allah, selamatkanlah anakku...
...
Debu-debu yang berterbangan membuatkan Ali terbatuk-batuk. Matanya meliar ke sekeliling. Dinding dan siling disekitarnya runtuh akibat letupan bom tangan yang dilepaskan oleh lelaki tadi. Entah di mana lelaki itu sekarang.
Ali menoleh ke sebelah. Alicia sedang terbaring mengiring membelakanginya.
"Zahra, kau okey?" Ali hanya memanggil tanpa menyentuh tuan baban.
"Zahra!" Kali ini Ali mengambil Blastique yang terjatuh di lantai lalu memukul perlahan bahu Alicia. Tiada respons.Ali berkerut lalu menyentuh dahinya. Sarung tangan kotor dengan darah. Dahinya mungkin terhantuk di mana-mana tadi.
Kecederaan mereka tidak terlalu serius, terima kasih kepada perisai Bakar. Sebelum mereka datang membantu Alicia, Bakar memberikan satu perisai plasma kepada Ali.
Sebelum bom itu sempat meletup, Ali berlari ke arah Alicia dan mengaktifkan perisai plasma itu untuk melindungi mereka berdua daripada terkena letupan secara terus. Mujur letupan tadi tidak terlalu besar, mungkin kerana bom tangan itu sudah basah terkena hujan.
Ali memerhati sekeliling sekali lagi. Nampaknya mereka terperangkap. Serpihan runtuhan menghalang jalan keluar. Dia bangun dan cuba mengalihkan konkrit dan simen yang ada di situ.
Tsk, berat sangat.
Dia memandang Alicia yang masih terbaring lalu mencangkung di hadapan gadis itu untuk melihat dari jarak dekat. Ali mula berasa tidak sedap hati.
YOU ARE READING
Kerana IRIS atau Dia? 2 (Ejen Ali Fanfiction)
FanfictionSequel of Kerana Iris Atau Dia ‼️Slow update ‼️