Bab 56: Payung

1K 93 40
                                    

Alicia melangkah keluar dari kelas Neuro setelah selesai sesi pengajaran. Sudah beberapa hari sejak dia dibenarkan keluar dari Pusat Rawatan MATA.

Kaki laju mengatur langkah ke hutan buatan Akademi MATA. Dia sengaja mahu mengambil angin sebenter setelah penat menjalankan tugas seharian. Tumbuhan hijau di sekeliling sedikit sebanyak menyejukkan pandangan.

Semakin jauh menapak, dia semakin menghampiri sebatang anak sungai yang sering dikunjunginya sejak sekolah menengah dahulu. Alicia duduk bersimpuh di atas batu besar di tepi anak sungai jernih tersebut.

Tanpa dia sedari, bibirnya melepaskan satu keluhan berat. Matanya merenung entah ke mana. Mengelamun.

Setelah berlakunya kejadian di wad MC MATA lebih kurang seminggu yang lalu, Alicia langsung tidak mendengar apa-apa khabar tentang Ali. Biasanya memanglah dia jarang dengar dan tidak ambil tahu tentang lelaki itu, tetapi kali ini agak berbeza.

Nama Ali langsung tidak terpacul dari mulut sesiapa. Malahan Bobby juga tidak menyebut nama ejen berteras Tekno itu. Seperti orang bernama Ali Ghazali tidak wujud sama sekali.

Kening Alicia bertaut. Bibir merahnya diketap perlahan.

'Atau mereka ada sorokkan sesuatu dari aku?'

...

Alicia menghubungi Iman dan Moon, mengajak mereka untuk berjumpa di sebuah kafe di bandar Cyberaya petang itu. Mereka berdua terus bersetuju.

Sebelum keluar rumah, Alicia memandang cermin untuk memeriksa penampilannya. Blaus panjang, seluar palazzo, tudung bawal bidang 55. Semuanya hitam. Sarung tangan dan stokin turut tidak terkecuali.

Setelah berpuas hati, dia mengambil beg sandang kecil dan memulas tombol pintu rumah.

"Bismillahi tawakkaltu 'alallahi walaa haulawala quwwata illabillahil aliyyil' aziim"

...

Alicia memandu keretanya menuju ke tempat yang dijanjikan. Jalan ketika itu agak sesak. Dia melihat jam tangan. Masih berbaki 10 minit lagi sebelum tiba waktu sepatutnya mereka berjumpa.

Tiba-tiba, bunyi ketukan kecil kedengaran di cermin kereta. Semakin lama semakin kuat.

Suhu di dalam kereta semakin sejuk, belum cukup dengan angin dari penyaman udara yang memang sudah ditetapkan ke suhu paling rendah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suhu di dalam kereta semakin sejuk, belum cukup dengan angin dari penyaman udara yang memang sudah ditetapkan ke suhu paling rendah.

Tetapi ia sedikit pun tidak mengganggu Alicia. Dia tidak bergerak di tempat duduknya.

'Aduh, jalan jammed, hujan pula,' keluhnya dalam hati.

'Astaghfirullah, hujan kan rahmat. Apalah aku cakap ni?'

"Allahuma sayyiban nafi'an," Perlahan bibir merah itu melafazkan doa.

Kerana IRIS atau Dia? 2 (Ejen Ali Fanfiction)Where stories live. Discover now