Bab 60: Reda

668 76 25
                                    


Selepas baca feedback dari korang semua, saya kekalkan aje penggunaan nama Alicia 😂 nampaknya pembaca dan saya sendiri pening 🥴 Anyways terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang sudi beri pendapat!

...

"Ali, kau ada dapat apa-apa maklumat baru?" suara Bakar di hujung talian memecah sunyi.

"Belum lagi, uncle. Saya dah periksa semua intel yang mencurigakan tapi tak ada satu pun yang berkaitan dengan Hypner," balas Ali sambil menekan papan kekunci di atas meja.

Sudah beberapa tahun sejak dia ditugaskan untuk mencari keberadaan Hypner, organisasi gelap yang pernah menculik Ejen Bakar suatu ketika dahulu. Berdasarkan maklumat sedia ada, Hypner sudah banyak kali melakukan cubaan untuk memecahkan rahsia MATA dan mencuci otak ejen-ejen yang menjadi mangsa tangkapan mereka.

Mereka bernasib baik kerana setakat ini tiada lagi ejen-ejen yang dijadikan sekutu mereka melainkan tiga orang rakan sepasukan Ejen Bakar dalam misi beberapa tahun lalu. Setelah itu Hypner nampaknya masih belum melakukan apa-apa gerakan yang mencurigakan.

Ali, Karya dan Bakar akan mencari masa mereka untuk mengorek maklumat lebih lanjut mengenai organisasi haram itu. Malang sekali Hypner seperti lebih berhati-hati berbanding yang mereka sangka. Tidak banyak yang mereka dapat sejak tiga tahun lalu.

Ali bersandar di kerusi dan meregangkan badannya yang lenguh. Dia memandang dinding yang ditampal bermacam-macam  maklumat berkenaan Hypner. Tali-tali merah yang menghubungkan gambar-gambar dan nota-nota kecil menjadikan dinding itu kelihatan seperti dalam drama detektif.

"Nampak macam tak ada guna kita cari mereka selama ni," bibir Ali meluahkan kata-kata yang sudah lama dia ingin ucapkan.

"Ish, apa pulak kata macam tu. Mungkin kita belum jumpa bukti yang cukup jelas. Uncle pasti kita akan jumpa tak lama lagi. Kita kena usaha lebih sikit,"

Bakar memberi kata-kata semangat buat anak saudaranya. Ya, pasti memenatkan bekerja sebagai peneraju Cyberaya dan menjadi Ejen pada masa yang sama. Tetapi sejujurnya dia kagum dengan Ali kerana masih mampu menjalankan  tugas peneraju dan ejen dengan baik.

"Macam mana dengan Karya?" tanya Ali lagi.

"Dia dah dapat maklumat tentang ketua Hypner. Katanya ketua baru tu muda lagi, tapi dia naik pangkat sebab bakat dia dalam penciptaan teknologi dan kuasa hipnotis. Setakat ni itu je,"

Ali hanya mengangguk perlahan.

"Saya harap kita boleh jumpa dan tumbangkan diorang cepat," Ali sudah geram kerana banyak masanya digunakan untuk mencari lokasi dan kelemahan organisasi haram ini. Muda-muda lagi dah sibuk sampai sebegini rupa.

Ali bangun dari kerusi dan berjalan menuju ke rak buku tinggi dalam biliknya. Tangannya menyentuh ruas buku-buku tebal yang tersusun kemas di atas rak. Kemudian dia berdiri di hadapan bingkai gambar arwah ibunya. Dia tersenyum sendiri. Tetapi dia tiba-tiba teringat akan mimpi buruknya tempoh hari.

Ah, rasa tidak sedap hati menghambat diri sekali lagi.

Dia duduk di atas katil tempat tidurnya. Tangannya mencapai telefon pintar yang berada di atas bantal.

"Eh, kenapa banyak betul notification masuk ni?"

34 mesej dari Khai.

12 mesej dari Iman.

25 mesej dari Moon.

3 mesej dari Ejen Fit.

2 mesej dari General Rama. Dan ada lagi.

Kerana IRIS atau Dia? 2 (Ejen Ali Fanfiction)Where stories live. Discover now