Bab 57: Tapau

687 86 30
                                    

"Baik, sampai di sini sahaja mesyuarat kita hari ini. Semua yang hadir boleh bersurai," Dr Ghazali mengakhiri mesyuarat yang diadakan tengahari itu.

"Semoga urusan kita berjalan lancar, Dato,"

"Inshaallah, Tuan Aizaman. Rancangan kita mungkin akan selesai cepat dengan adanya bantuan dari peneraju muda kita ni," Bahu Ali disebelahnya ditepuk. Ali hanya tersenyum.

"Jumpa lagi Dato, assalamualaikum,"

"Waalaikumussalam,"

Ali, Dr Ghazali dan Nazim menapak meninggalkan bikik persidangan.

"Terima kasih banyak-banyak sebab sudi tolong ayah waktu-waktu macam ni, Ali. Takut pula kalau ayah menyusahkan kamu," luah Dr Ghazali.

"Taklah ayah. Lagipun Menara Gamma ni banyak je ruang yang boleh digunakan. Sementara Bangunan Perdana dibina semula, ayah buatlah kerja ayah kat sini dulu. Saya buat apa yang mampu untuk kurangkan beban ayah," kata Ali. Mereka bertiga sambung berjalan.

"Oh ya, kamu sibuk tak lepas ni?" Soalan Dr Ghazali membuatkan Ali menoleh. Ali segera menggeleng.

"Tak jugak. Kenapa?"

"Ayah nak kita berbincang sekejap kat pejabat kamu. Boleh?"

"Boleh,"

"Nazim, sekejap lagi saya nak ke pejabat anak saya. Kamu boleh sambung kerja kamu," arah Dr Ghazali kepada pembantunya.

"Baik, Dato,"


...


"Jadi?"

Ali yang baru sahaja mahu menghirup minumannya meletakkan semula cawan di atas meja selepas mendengar soalan mengejut Dr Ghazali.

"Jadi? Jadi apa?" soalnya kembali.

"Jangan buat-buat tak tahu. Baik kamu ceritakan kat ayah," Dr Ghazali syak anaknya sedang menyembunyikan sesuatu.

"Nak Ali ceritakan apa ni ayah? Projek kerjasama dengan Menara Beta? Ujian kemasukan ejen batu MATA? Atau sistem keselamatan baru Bangunan Perdana?"

Dr Ghazali memandang lama anaknya. Ali menghela nafas berat.

"Tak perlulah cakap pasal tu masa kerja. Itu kan hal peribadi," omel Ali.

"Disebabkan ini hal peribadilah ayah nak berbincang dengan berdua dengan kamu,"

"Jadi macam mana? Dia setuju? Jadi ke?" Tanya Dr Ghazali lagi

"Macam mana nak jadi, aku belum buat apa-apa terus kena tolak mentah-mentah," gumam Ali perlahan.

"Kamu kena reject? " Suara Dr Ghazali meninggi sedikit. Bahu Ali terangkat.

"Bu...bukan..."

"Beraninya dia? Dia tak tahu ke kamu sanggup kahwin dengan dia sebab nak tolong dia jadi General? Kalau dia kahwin dengan orang lain, ayah tak akan approve dia naik pangkat! Sanggup dia tolak anak ayah?"

Ayah, tolonglah... Malu aku macam ni...

"Dia tak salah la ayah. Tak paya-"

"Ayah akan pastikan dia terima akibatnya!"

Ali meraup muka. 

Sesungguhnya ini adalah second hand embarrassment. 

"Tak apa, ayah. Nanti pandai-pandailah Ali uruskan," Ali cuba memastikan Dr Ghazali berhenti daripada terus membebel. Semakin malu rasanya.

Kerana IRIS atau Dia? 2 (Ejen Ali Fanfiction)Where stories live. Discover now