Bab 39: Rindu

1K 107 21
                                    



Petang Sabtu itu, seorang pemuda berbaju Melayu biru lembut menghampiri sebuah kawasan tanah perkuburan.

Semasa membuka pintu pagar kayu, bibirnya mengucap perlahan.

"Assalamualaikum ya ahlil qubur,"

Kakinya melangkah jauh ke dalam kawasan yang sunyi itu. Akhirnya, dia berhenti dihadapan sebuah kubur yang tidak berpagar dan hanya bercacakkan dua buah batu nisan berwarna putih. Pemuda itu mencangkung di sebelahnya.

"Assalamualaikum mama,"

Ali mengusap perlahan salah satu batu nisan kubur Aliya. Matanya redup memandang tanah itu dan dia kekal sebegitu buat seketika, cuba melepaskan rindu.

Seakan-akan Aliya berada disisinya.

"Mama, mama tahu tak? Result SPM Ali dapat straight A. Mesti mama terkejut, kan? Sebab Ali pun terkejut jugak,"

Ali tersenyum sendiri.

"Dulu, Ali teruk sangat dalam pelajaran. Asyik kena denda, kena marah cikgu, kena buli, macam-macam,"

"Hidup Ali dan ayah tak terurus. Ali masih budak lagi, belum pandai jaga rumah. Susah masa mama tak ada. Bila mama pergi, ayah dah tak macam dulu. Ayah makin sibuk kerja sebab nak cari duit untuk bagi Ali makan,"

Ali sambung berbicara lagi. Tak kisah kalau orang pandang dia tak betul sekalipun.

"Ali rasa macam nak putus asa. Tapi lepas Ali jumpa IRIS, Ali boleh tolong ramai orang. Apa yang Ali tak mampu buat Ali dah boleh buat. Dengan jadi ejen, Ali nak berubah jadi seseorang yang berguna. Kalau bukan untuk semua orang pun, sekurang-kurangnya untuk diri Ali sendiri,"

"Sampailah bila Ali tahu yang mama rupanya ejen MATA. Sejak Ali jumpa mama dalam dimensi IRIS, Ali rasa makin bersemangat nak jadi lebih baik. Ali terus kerja keras nak jadi super ejen. Ali nak jadi yang terbaik dalam semua benda..."

Dia terdiam sejenak.

"Sebab Ali nak jadi macam mama,"

Dia teringat saat-saat dia dianggap sebagai seorang budak yang gagal.

Lembap dan tidak berguna.

Cara semua orang memandangnya. Layanan dan cemuhan yang diterima.

Mulut kata sudah lali, tetapi hatinya tidak dapat menafikan dia masih lagi terasa..

Sakit.

Dia mula berusaha untuk berubah sejak dia menjadi ejen. Dia sedar dunia tidak akan berlembut dengannya selagi dia tidak cuba berbuat sesuatu.

Jadi dia memaksa diri.

Untuk mendapat markah cemerlang dalam setiap subjek.

Menjadi atlet terbaik dalam pelbagai jenis sukan.

Menjawat jawatan tertinggi di sekolah.

Menjadi ejen MATA yang dipercayai.

Dan dia berjaya. Tetapi entah kenapa hidup masih terasa kosong.

Sebab terlalu sibuk mengejar dunia?

Mungkin.

Dan dia bernasib baik kerana Dr Ghazali  menegurnya hari itu. Kalau tidak mungkin hatinya tidak akan berasa tenteram seperti sekarang.

Kini, dia sudah hafal hampir separuh daripada kitab Al-Quran. Waktu cuti dimanfaatkan sepenuhnya. Selain membantu ayahnya di Menara Gamma, dia turut berlatih bersungguh-sungguh dalam latihan MATA.

Kalau mahu dibandingkan Ali yang dulu dengan sekarang, perbezaannya sangat ketara. Bukan lagi Ali yang cuai dan cemerkap, tetapi kini seorang lelaki yang kelihatan sempurna di mata orang.

Kerana IRIS atau Dia? 2 (Ejen Ali Fanfiction)Where stories live. Discover now