3 tahun kemudian...
Titt... Titt... Titt... Titt...
"Err... Izlan, Matthew, aku rasa tak sihatlah. Nantilah kita makan sama-sama. Aku balik ke bilik aku dulu,"
"Laa... kau sakit ke? Kenapalah tak bagitau awal-awal. Takpe, kau pergilah rehat dulu," lelaki yang bernama Izlan itu menepuk bahu seorang pemuda yang memakai hoodie berwarna kelabu.
"He's right. You should go and take a rest. We can hang out next time," kali ini giliran seorang lelaki berbangsa Cina pula berbicara.
"Thanks. And sorry I can't join guys today. See you!"
Lelaki itu melambai ke arah dua orang kawannya. Seraya itu dia memandang telefon bimbitnya yang masih bergetar.
"Hai, petang-petang macam ni lah kena panggil, nasib baik dah solat Asar tadi.
Tak apalah, lain kali je aku makan dengan diorang," gumamnya sendiri.Kaki terus melangkah dalam bangunan besar universiti itu.
Dia menuju ke stor berhampiran tangga. Pintu berwarna putih itu dibuka dan ditutup perlahan-perlahan. Sebelum itu dia menoleh ke kiri dan kanan untuk memastikan tiada orang yang melihat.Di dalam stor, dia menolak salah sebuah kotak yang tersusun di atas rak besi. Rak besi itu bergerak sendiri ke kiri dan menunjukkan papan berwarna hitam yang terlekat di dinding.
Pengimbas identiti.
Tangannya lantas mengeluarkan sekeping kad kecil kemudian kad itu dilalukan di atas pengimbas. Lampu hijau terpancar dan dinding itu bergerak ke belakang membentuk satu laluan rahsia. Lelaki itu cepat-cepat masuk ke dalam. Ruang itu tertutup semula seperti keadaan asal.
Lelaki itu masuk ke sebuah ruang yang kelihatan moden dan canggih. Dinding disekelilingnya bercahaya. Dua buah robot berbentuk sfera muncul. Sebuah memancarkan hologram dari kepala manakala sebuah lagi dari kaki.
Hoodie kelabunya bertukar menjadi sut berwarna merah dan gaya rambutnya berubah. Tangannya lengkap dengan sarung tangan manakala sepasang kasut canggih tersarung kemas di kaki.
Ruang itu tiba-tiba bergerak turun menuju ke bawah seperti lif. Semakin lama semakin laju. Sesiapa yang pertama kali menaikinya pasti akan berasa pening tetapi tidak bagi lelaki itu. Dia sudah biasa dengannya, malah hampir setiap hari dia menggunakan lif itu.
Lif itu terhenti dan pintu terbuka. Dia berjalan melepasi koridor yang dilengkapi dengan robot-robot dan dron canggih. Sebuah robot tiba-tiba berjalan dan berhenti di hadapannya.
"Selamat datang, Ejen Ali,"
Ali hanya mengangguk dan buat muka biasa. Yalah, dengan robot pun nak senyum ke?
Dia sambung melangkah sehingga tiba di hadapan sebuah pintu besar. Pintu itu terbuka.
Kelihatan seorang lelaki India pertengahan umur sedang berdiri di depan meja sambil menyilangkan tangan. Di sebelahnya ada seorang lelaki bersut biru, berbadan besar dan berambut keriting. Topi merah dan putih terletak elok di kepalanya. Janggut dan jambang lelaki itu tidak terurus.
Ali kaku di tempatnya. Otak masih cuba memproses situasi.
"Ali! Lama tak jumpa!"
"Uncle?"
Bakar tersenyum saat Ali menyebut 'uncle'.
YOU ARE READING
Kerana IRIS atau Dia? 2 (Ejen Ali Fanfiction)
FanfictionSequel of Kerana Iris Atau Dia ‼️Slow update ‼️