Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang dan halaman rumah anak yatim itu kelihatan lebih kemas berbanding tadi.
Tapi...
"Ya Allah...! Korang ni kerbau baru lepas berkubang ke apa?" jerit Sera.
"Ya. Ni lah muka-muka anak kerbau lapar lepas seronok berkubang," Bobby membalas. Sera memicit kepala.
Kanak-kanak yang tadinya bersih sekarang sudah kotor dan comot gara-gara bermain dalam lumpur. Bobby kebetulan terjumpa lecak besar semasa sedang memotong rumput di belakang rumah.
Apa lagi. Parti Lumpur Havoc la. Huahuahua.
Dari yang kecil sampai ke besar semua ikut bermain. Termasuklah dua orang abang dewasa tu.
"Macam korang berdua yang paling comot aku tengok. Kalah budak-budak!" Sera mencekak pinggang. Ali dan Bobby tersengih.
"Ala, takpe. Alang-alang lepas ni bolehlah bawa diorang ni mandi kat tasik," Bobby cuba menenangkan Sera yang wajahnya kemerahan sejak tadi menahan geram.
"Ikut suka kau. Aku nak sambung kemas rumah,"
"Okey, boss!"
Wanita itu melangkah masuk ke dalam rumah.
"Ha, tunggu apa lagi? Jom!" Bobby mula berlari ke luar pagar rumah. Kanak-kanak lain bersorak dan mengikuti Bobby.
"Tasik maksud kau... Tasik besar yang kita lalu tadi ke?" Tanya Ali. Bobby mengangguk.
"Tasik tu dari dulu lagi dah jadi tempat kami bermain, mandi, memancing... Macam-macamlah,"
"Dulu aku sikit lagi nak lemas sebab tak reti berenang. Tapi Fit selamatkan aku," Bobby tersenyum leret mengingati saat dia masih baru di rumah anak yatim itu.
Sudah berkali-kali diberi amaran jangan pergi tempat air dalam, dia buat-buat tak dengar. Akhirnya Fit terpaksa angkut 'kayu balak'.
Tidak sampai 100 meter berjalan, tasik tersebut sudah ada di depan mata. Airnya jernih apabila dilihat secara dekat sehingga boleh dilihat dasarnya.
"Yang kecil dan tak pandai berenang mandi kat sini. Yang lain tu jangan pergi jauh sangat. Ada buaya makan korang baru tahu," Bobby cuba menakut-nakutkan kanak-kanak yang ada di situ.
"Buaya? Mana ada buaya kat tasik ni," ujar seorang budak perempuan berambut pendek.
"Ada. Tu, yang tengah bercakap tu," seorang budak lelaki yang berumur lebih kurang 11 tahun menunjuk ke arah Bobby. Yang lain ketawa mendengarnya.
"Oh, kata orang buaya, ya... Sini buaya ni makan korang! Huargh!" budak lelaki itu dikejar Bobby. Semua kanak-kanak berteriak dan lari terjun ke dalam tasik.
Ali hanya menyaksikan kerenah mereka.
Dia merasakan yang kanak-kanak dihadapannya sangat bertuah meskipun mereka kehilangan ibu bapa. Mereka masih ada ramai kawan yang boleh diajak untuk bermain bersama.
Bukan seperti dia. Walaupun masih ada ayah, harta lebih dari cukup, tetapi hidupnya agak sunyi.
Jujur, Ali berasa sedikit cemburu melihat anak-anak yatim itu.
Sekurang-kurangnya hidup mereka tidak membosankan seperti aku, getusnya.
Ali tiba-tiba merasakan yang bajunya ditarik. Dia menoleh.
"Abang Ali tak nak ikut mandi sekali ke?" Izzat yang sudah basah satu badan bertanya.
Sedang seronok bermain air tadi, dia perasan Ali hanya berdiri di tepi dan berdiam diri.
YOU ARE READING
Kerana IRIS atau Dia? 2 (Ejen Ali Fanfiction)
Fiksi PenggemarSequel of Kerana Iris Atau Dia ‼️Slow update ‼️