Bab 38: Siblings Day Out

1K 111 13
                                    


"Kita nak jalan ke mana ni?" Tanya Alicia.

"Ikut suka kamu. Pilih je nak pergi mana. Abang belanja," kata Bobby.

Bobby membawa Alicia keluar berjalan-jalan sejurus selepas selesai menunaikan solat Jumaat, hari yang sama Alicia menerima slip SPM. Mereka menuju ke pusat membeli belah Cyberaya memandangkan di situlah tempat yang paling dekat dengan masjid tempat dia solat Jumaat tadi.

Mereka berjalan beriringan sambil berpegangan tangan. Sekali pandang macam pasangan kekasih, tetapi pandang dua kali boleh nampak yang mereka berdua sebenarnya adik-beradik kandung, sebab muka agak seiras.

"Abang, Zahra nak pergi kedai buku sekejap,"

"Jom,"

Dua beradik itu melangkah ke sebuah kedai buku yang papan tandanya sudah jelas kelihatan dari tempat mereka. Baru sahaja menjejakkan kaki ke dalam kedai, bau buku mula menyapa hidung.

Bau paling best. Hohoho.

Alicia mencari seksyen alat tulis. Dia kemudiannya mengambil beberapa batang pen highlighter pastel berwarna-warni tanpa berfikir dua kali.

Tujuh batang, lapan batang... Sembilan batang!

"Banyaknya kamu ambil! Nak conteng buku nota ke apa?" ucap Bobby.

"Ha'ah. Lagipun jenama ni pen dia semuanya bagus tau, tahan lama. Warna pun cantik,"

Pen highlighter yang berada dalam genggaman Alicia semuanya berwarna pastel. Supaya tak sakit mata kalau nak tengok nota.

Kemudian Alicia mencapai sebuah buku nota sederhana tebal berwarna hijau pudina. Comel, siap ada gambar daun-daun tropikal.

"Sekarang baru abang faham kenapa perempuan pantang nampak benda cantik. Habis semua dia nak beli," Bobby hanya memerhatikan Alicia yang sibuk mencari alat tulis sejak tadi.

"Jom, kita tengok buku pula," Alicia sambung melangkah untuk mencari seksyen buku ilmiah.

Buku-buku yang tebal mahupun nipis semuanya diperiksa. Nak tengok penulislah, tajuklah, sinopsislah, hargalah... Bobby juga turut tidak terkecuali daripada membelek buku-buku yang ada disitu.

Selepas beberapa minit, Alicia mengeluarkan sebuah buku tebal berwarna merah jambu. Buku itu didekatkan ke wajah Bobby. Tajuk buku yang berwarna putih itu dibaca.

Wanita Solehah Permata Syurga.

"Dah beli tu rajin-rajin baca. Lepas tu usaha betul-betul jadi permata paling cantik kat syurga nanti," perli Bobby.

"Amin!"

...

Alicia dan Bobby singgah si sebuah kafe yang terletak di tingkat bawah pusat beli-belah itu. Itu pun selepas Alicia merengek mengadu perutnya sudah lapar. Kafe itu menyajikan pelbagai makanan terutama makanan yang bertemakan Barat.

"Order je apa-apa. Macam yang dijanjikan, satu hari ni abang belanja," Bobby menyelak helaian menu yang dihulurkan oleh pelayan kafe sebentar tadi. Alicia yang mendengarnya tersenyum.

Semasa mereka di sekolah pagi tadi, Bobby ada berjanji dia akan belanja Alicia apa-apa sahaja hari itu sempena hari adiknya mendapat keputusan SPM.

Yalah, dah susah-susah dapat keputusan cemerlang bagilah ganjaran sikit kan...

Alicia memesan Lamb Chop manakala Bobby memesan Shepherd's Pie. Kasi kenyang kaw-kaw perut. Sambil menunggu makanan sampai, mereka berdua berbual seketika.

 Sambil menunggu makanan sampai, mereka berdua berbual seketika

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kerana IRIS atau Dia? 2 (Ejen Ali Fanfiction)Where stories live. Discover now