Bab 51: Kecemasan

964 96 16
                                    

Dengan langkah yang pantas. Ali menuju ke HQ MATA ditemani oleh bapa saudaranya, Bakar. Mereka berdua pergi ke sana melalui pintu masuk rahsia yang ada di rumah Ali.

Kalau boleh, mahu sahaja dia merempuh semua dinding dan pintu yang menghalang pergerakannya.

Mereka berdua tiba di ruang utama HQ MATA. Keadaan di situ agak kelam-kabut kerana kejadian yang baru sahaja menggemparkan Cyberaya pagi itu. Sekejap ada suara orang berteriak memanggil si itu dan si ini,

Ali dan Bakar masuk ke bilik perjumpaan. Jumlah ejen di dalam bilik itu lebih ramai dari yang biasa. Mereka terpaksa berdiri dan mendengar taklimat dari barisan paling belakang dalam keadaan yang agak sesak itu.

General Rama di bahagian hadapan berdehem sebelum mula berbicara.

"Saya pasti kamu semua tahu kenapa kamu semua dipanggil beramai-ramai hari ini. Bangunan Perdana, yang juga merupakan ibu pejabat Datuk Bandar Cyberaya telah diserang oleh satu kumpulan yang tidak dikenali. Bangunan tersebut dibom dan sudah semestinya mereka yang berada di HQ juga dapat merasakan gegaran tersebut. Tiada apa-apa kerosakan berlaku di HQ MATA, tetapi daripada laporan yang baru sahaja diterima sebentar tadi, separuh daripada Bangunan Perdana terjejas teruk akibat letupan tersebut,"

Ejen-ejen yang ada di situ berbisik-bisik. Ali pula masih diam di tempatnya, cemas memikirkan keadaan yang menimpa Dr Ghazali.

Peluh sejuk merenik di dahi. Wajahnya pucat kerana semua darah mengalir ke kaki untuk mengumpul kekuatan untuknya terus berdiri. Bakar menepuk perlahan bahu Ali, memintanya agar bertenang.

"Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah cari dan selamatkan Dato Dr Ghazali. Pastikan tiada orang awam yang terlibat dalam misi ini, kecuali mangsa di tempat kejadian. Kalau perlu lawan, lawan. Tangkap individu yang bertanggungjawab. Kami sudah memanggil seberapa ramai ejen yang profesional dan terlatih, jadi saya harap kamu semua boleh bekerjasama untuk menyelesaikan misi kecemasan ini. Itu sahaja. Bertindak segera!"

...


"Astaghfirullahaladzim... Tengoklah kesan runtuhan letupan bom tu!" luah Iman saat melihat keadaan Bangunan Perdana.

"Itulah! Tak sangka benda boleh jadi sampai macam ni sekali," kata Moon pula.

"Masalahnya sekarang, kita kena cari jalan untuk masuk ke sana. Semua pintu masuk dah dihalang," Alicia segera mencelah.

Dia cuba memikirkan cara untuk menyelinap ke dalam Bangunan Perdana tanpa disedari oleh 7 orang lelaki bersenjata yang sedang berkawal di pintu belakang.

Ah, pintu belakang pun dah 7 orang jaga, apa lagi pintu depan?

"Kita alih perhatian diorang," cadang Rudy.

Alicia, Iman dan Moon menoleh ke arah Rudy. Mereka memandang pemuda itu tanpa berkelip.

"Apa? Cadangan aku tak okey ke?" soal Rudy.

"Apa kau buat kat sini?" Tanya Alicia.

"Kau tanya lagi? Tengah jalankan misilah," jawab Rudy acuh tak acuh.

"Pembetulan. Kenapa kau ada kat sini dengan kami?" tanya Alicia sekali lagi.

"Salah ke? Lagipun korang semua kan perempuan, jadi aku sebagai lelaki kenalah jaga, korang patut berterima kasih," balas lelaki itu sambil meyilangkan tangan di dada.

Alicia dan Moon menjeling sesama sendiri. Jaga kitoranglah sangat!

"Dah, sekarang kita cari cara nak alihkan perhatian mereka," Alicia mengubah topik. Mata sepert gadis itu meliar ke serata tempat untuk menganalisa situasi.

Kerana IRIS atau Dia? 2 (Ejen Ali Fanfiction)Where stories live. Discover now