"Fuh... Hebatlah kau tadi, Iman. Sekali serang je tiga orang tumbang," ujar Khai."Hehe.... Alhamdulillah, Khai. Saya pun tak sangka boleh jadi macam tu. Lagipun, Zahra yang kalahkan ketua mereka tadi," kata Iman pula.
"Yalah! Part Zahra memang patut jadi highlight tadi. Dengan backflip dia... Mantul!" tambah Moon.
"Haza min fadhli rabbi. Ish, korang ni janganlah puji melambung sangat. Alhamdulillah, misi kita berjalan dengan lancar," kata Alicia.
Malam itu, Alicia, Iman, Khai dan Moon baru sahaja selesai menjalani misi. Dari base MATA, mereka pulang bersama-sama mengikut pintu masuk melalui Restoran Mamak Maju. Nasib baiklah kedai sudah tutup dan sedang dikemas. Kalau tak, nanti kantoi orang awam nampak. Mereka berempat duduk berehat sebentar.
"Icha! Misi kamu tadi macamana?" Rajesh yang sedang mengelap meja menegur Alicia.
"Dia hebat tadi, uncle! Habis ketua kumpulan jahat tadi Zahra belasah. Sampai ketua tu sendiri serah diri," Moon secara sukarela menjawab.
"Ayoyo! Icha yang dulu comel sekarang makin kuat!" Rajesh teruja mendengarnya.
"Icha, kalau ada siapa-siapa yang kacau kamu terus bagi flying kick saja tau? Biar diorang tahu bukan senang mau mengorat Icha," Razman juga mula menyertai perbualan.
"Dey, kamu tidak tahukah Icha sudah ada boyfriend?" potong Rajesh.
Rahul yang sedang sibuk mengira duit di kaunter tiba-tiba berhenti dan memandang tajam ke arah Rajesh setelah mendengar perkataan 'boyfriend'.
"Icha sudah ada boyfriend? Siapa??" Duit yang ada di tangan kanannya dilibas-libas. Sebelah tangannya pula mencekak pinggang. Nampak sangat terlalu protective dengan Alicia.
"Aiyo Rahul, kamu sudah lupakah sama si Ali tu? Yang pernah datang makan di sini," kata Rajesh. Riak marah di wajah Rahul menghilang.
"Oh, yang handsome tu? Kalau dia tak apalah," Rahul sambung kerja mengira duit. Mata Alicia membuntang.
"Bila masa? Uncle Rahul, dia bukan boyfriend sayalah!"
Sejak bila pula Uncle Rahul yang strict ni tiba-tiba jadi macam ni? Getus Alicia.
"Kalau bukan boyfriend pun, mungkin bakal suami kamu nanti," jawab Razman tiba-tiba.
Alicia cuba buat reaksi selamba tetapi dia tidak dapat mengawal darah yang mula menyirap di muka. Yang lain pula tergelak.
"Okeylah uncle, kitorang balik dulu. Dah lewat ni," Khai meminta diri.
"Jalan baik-baik, sekarang waktu malam," pesan Rajesh sebelum ejen-ejen remaja itu keluar dari restoran.
Alicia dan kawan-kawannya berjalan di kaki lima deretan kedai sambil berbual.
"Zahra, aku tengok kau dengan Ali tu macam dah tak kenal masing-masing. Bila kali terakhir kau sepasukan dengan dia semasa misi?" Moon tiba-tiba bertanya.
"Err... Sejak aku dah tak jadi penjaga IRIS. Kira-kira enam bulan lepas agaknya," jawab gadis bertudung bawal itu.
"Apa?! Seriuslah enam bulan?" Khai seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Alicia. Biar betul enam bulan?
"Seriuslah. Kenapa aku nak tipu pula? Aku dah 'letak jawatan' masa bulan Oktober tahun lepas. Disebabkan aku bukan lagi penjaga IRIS, aku dah tak jalankan misi sepasukan dengan dia lagi. Sekarang dah nak masuk bulan Mac. Lebih kurang lima ke enam bulanlah," jelas Alicia. Ya, dia tak tipu.
"Lama juga ya? Kalau tak silap, kali terakhir awak bersemuka dengan dia... err... saya pun tak ingat," Malah Iman juga tidak pasti.
Alicia hanya diam.
YOU ARE READING
Kerana IRIS atau Dia? 2 (Ejen Ali Fanfiction)
FanficSequel of Kerana Iris Atau Dia ‼️Slow update ‼️