"Zahra, kau tengok baju ni. Sesuai la warnanya dengan kau," Moon mengambil sehelai blaus dan meletakkan di tubuhnya.
"Zahra, tudung ni cantiklah. Rasanya cantik kalau awak pakai," Iman pula berada di sisi Alicia sambil memegang sehelai tudung bawal bercorak minimalis.
Alicia hanya duduk di atas sofa tanpa memberi sebarang respon. Hanya cemberut yang menghiasi wajah mulusnya.
"Ala, kitorang nak belanja kau ni... Sebagai tanda terima kasih sudi layan permintaan kitorang," Moon duduk di sebelah Alicia dan menggoncang-goncang lengan Alicia. Alicia menepis.
"Korang ni memang... eee!!" Tangannya menggenggam penumbuk. Iman dan Moon mula 'mengrisau' dan menjarakkan diri mereka sedikit daripada gadis yang wajahnya semakin masam mencuka itu.
"Dah kau marah-marah ni kenapa? Relakslah," Moon memujuk. Tetapi nampaknya usaha mereka langsung tidak mengubah reaksi garang Alicia.
"Zahra, saya pasti dia akan suka makanan yang kita hantar tu. Janganlah risau. Kita kan ada rasa tadi, sedap!" kata Iman pula.
"Bukan itu masalahnya. Benda sekarang, kenapa awak berdua tak bagitau saya yang makanan tu nak dihantar kat Ali?!" suara cuba dikawal oleh Alicia serendah yang mungkin. Nasib baik mereka berada di tempat awam yang ramai orang, jika tidak sudah pasti telinga mereka sudah kenyang menjamah bebelan lantang Alicia.
Alicia mendengus. Awal pagi tadi, Iman dan Moon datang ke rumah dan memintanya memasak sedap-sedap untuk dijadikan bekal. Buat lunchbox comel-comel macam nak pergi berkelah, kata mereka. Tanpa banyak soal, dia menyediakan bekal dan menyusunnya secantik yang mungkin. Setelah itu mereka keluar rumah.
Alicia menyangka mereka akan pergi berkelah tetapi sangkaannya salah sama sekali. Iman membawa mereka ke rumah Ali dan Alicia memang gabra habis. Khai muncul dan terus mengambil bekal itu.
Ya, sudah pasti Alicia 'tak rilek' dibuatnya.
Flashback beberapa jam lalu
...
Alicia yang berada di tempat duduk sebelah pemandu memerhati susuk tubuh Khai yang sudah hilang disebalik pintu rumah banglo dua tingkat itu.
Dia
Gemuruh
Teramat.
"Memandangkan awak dah susah payah masak tadi, awak cakap je awak nak pergi mana. Kami akan bawa dan belanja apa-apa je awak nak," Iman di kerusi pemandu mengulum senyuman manis.
Manis? Bagi Alicia seperti senyuman selepas prank orang. Alicia menundukkan kepala sehingga paras riba. Hatinya mula berasa tidak keruan.
Matilah nak.
...
Sambil berjalan, Alicia menyilangkan tangannya. Dia berjalan di depan manakala Iman dan Moon berada beberapa tapak di belakang Alicia. Kedua-dua gadis itu memandang sesama sendiri.
"Macam mana ni Iman? Dah macam-macam kita buat. Dia masih emo," bisik Moon kepada Iman. Kepala mereka didekatkan.
"Kita pun bukannya tak tahu yang Zahra pantang dengar pasal Ali. Rasanya kita sendiri yang cari masalah," Iman turut berbisik.
Mereka berdua mula rasa bersalah pula. Meskipun Alicia sudah dipujuk dan 'dirasuah' macam-macam, semuanya ditolak. Rajuknya belum hilang.
YOU ARE READING
Kerana IRIS atau Dia? 2 (Ejen Ali Fanfiction)
Fiksi PenggemarSequel of Kerana Iris Atau Dia ‼️Slow update ‼️