Bab 48: Berat

899 97 15
                                    


"Jadi, proses pembinaan base baharu MATA bahagian selatan Cyberaya dijangka akan bermula bulan hadapan. Tolong siapkan secepat yang mungkin kerana berlaku peningkatan kes jenayah secara mendadak sejak akhir-akhir ini,"

Dr Ghazali berucap di meja besar yang menempatkan beberapa orang ejen berpangkat tinggi, termasuk General Rama.

"Ya, Dato'. Kami akan usahakannya,"

"Baik, saya rasa sampai di sini sahaja mesyuarat kita. Semua boleh bersurai," General Rama menamatkan perjumpaan.

"Sebelum itu Dato', tolong tunggu sebentar. Ada sesuatu yang perlu saya bincangkan dengan Dato'," kata General.

Semua orang meninggalkan bilik itu kecuali General Rama, Dr Ghazali dan Nazim.

"Ada apa yang nak dicakap dengan saya, General?" tanya Dr Ghazali. Dia merasakan bahawa apa yang ingin dikatakan oleh General Rama pasti penting.

General Rama diam seketika, seperti cuba mengumpul kekuatan dan menyusun ayat.

Dr Ghazali yang sedar akan perbuatan General Rama memanggil pembantu peribadinya.

"Nazim,"

"Ya, Dato',"

"Boleh kamu tunggu di luar? Saya nak berbincang secara personal dengan General,"

Nazim menurut perintah. Pemuda itu melangkah keluar dari bilik mesyuarat. Kini tinggal Dr Ghazali dan General Rama.

"Jadi, apa yang nak dibincangkan?" melihatkan General Rama masih senyap, dia bertanya lagi.

"Apa yang akan saya bincangkan dengan Dato' sebenarnya berkaitan dengan hal peribadi," kata General Rama.

"Hal peribadi?"

"Mengenai anak Dato',"

"Maksud General, anak lelaki saya?"

General Rama mengangguk.

"Hal ini agak rumit untuk dikatakan... Saya harap Dato' bersedia mendengarnya,"

"Kenapa dengan anak saya?" amaran kecil General Rama membuatkan Dr Ghazali tidak sabar-sabar lagi mahu tahu. Entah mengapa dia mula berasa kurang senang.

"Sebenarnya... Anak Dato', Ali Ghazali merupakan seorang ejen yang berkhidmat untuk MATA,"

Dr Ghazali terpaku seketika.

"Apa maksud General? Mustahil benda ni boleh berlaku. Lagipun saya langsung tak pernah beritahu dia apa-apa tentang MATA," sukar untuk Dr Ghazali mempercayai kata-kata General Rama.

"Tidak mustahil. Sebab Ali sudah lama tahu mengenai kewujudan MATA. Bertahun lamanya sebelum Dato' menjadi Datuk Bandar Cyberaya,"

"Jangan tipu saya. Ini bukan perkara main-main,"

"Saya pun tidak bermain-main. Sudah terlalu lama kami sorokkan hal ini daripada Dato'. Dia masih belum sedia untuk memberitahu Dato' mengenai perkara sebenar," jawab General Rama.

"Dia?"

General Rama menarik nafas dalam-dalam.

"Dey! Sampai bila kamu mahu bersembunyi di situ? Keluar sekarang!"

Dr Ghazali berpaling untuk melihat dengan siapa General Rama sedang bercakap.

Seorang lelaki bersut merah muncul entah dari mana. Semakin dekat lelaki itu melangkah, semakin jelas kelihatan wajahnya. Jantung Dr Ghazali seakan-akan terhenti.

"Ali...?" Matanya terbuka seluas-luasnya.

"Apa kamu buat di sini? Macam mana kamu boleh ada kaitan dengan MATA?"

Kerana IRIS atau Dia? 2 (Ejen Ali Fanfiction)Where stories live. Discover now