Kedengaran suara dua orang gadis sedang mengaji di dalam bilik.
"Sadaqallahulazim,"
"Tahniah, awak dah habiskan juzuk 9!"
"Alhamdulillah. Terima kasih, Iman,"
Alicia tersenyum seraya tangannya menutup al-Quran. Kitab suci itu diletakkan di dahi, hidung dan dada sebanyak tiga kali sebelum diletakkan di rak.
Alicia dan Iman menggantungkan telekung masing-masing pada penyangkut baju.
Malam itu, Iman bermalam di rumah Alicia seperti yang selalu dilakukannya pada hari-hari lain.
Biasanya mereka akan meluangkan masa beribadah bersama-sama dan berkongsi ilmu seperti ilmu feqah, tajwid dan sirah.
Selepas solat Isyak, mereka akan mengaji bersama-sama.
"Sayangnya, Moon tak dapat bermalam sekali malam ni," kata Iman.
"Yalah. Biasanya dia yang paling excited nak join sekali, tapi dia ada hal kat rumah," tambah Alicia.
Sebenarnya Moon juga selalu menyertai Iman dan Alicia, tetapi tidak kali ini.
Dan berita baik, Moon juga sudah mula berhijab, pakai shawl macam Iman.
"Zahra," panggil Iman.
"Ah, ya?" sahut Alicia kekok.
Azzahra. Yang bermaksud bunga, putih berseri-seri.
Dia perlu membiasakan diri dipanggil dengan nama itu walaupun dia masih berasa janggal.
"Saya teringat pula masa kita selalu berbual kat tepi sungai akademi dulu. Awak selalu tanya saya macam-macam,"
"Oh, ya," Alicia tersenyum kecil.
Iman teringat saat Alicia meminta pertolongannya beberapa dahulu. Tolong ajar baca al-Quran. Bukan main terkejut semasa dia mendengar permintaan itu tetapi dia cuba usahakan.
Dan hasilnya, Alicia sudah mampu menguasai kemahiran mengaji, solat, macam-macamlah. Baru 2 bulan baca Iqra, dia sudah 'lompat' pergi al-Quran. Itu sebelum masuk Islam. Dan dengan izin Allah SWT, Alicia akhirnya memenuhi seruan untuk menyerah diri kepada-Nya.
Bukan itu sahaja, Alicia juga boleh dikatakan sudah berubah 180 darjah sejak memeluk Islam lebih kurang 3 bulan lepas. Penampilan dan sifatnya berubah.
Dulu, dia berpakaian seperti lelaki. Tetapi itu semua sudah tiada. Alicia kini menutup aurat sepenuhnya sejak memeluk Islam. Dia memakai pakaian labuh seperti jubah, skirt dan palazzo. Siap berstokin dan bersarung lengan. Tudung bawal bidang 60 sentiasa tersarung di kepala.
(Pemakaian Alicia dulu vs sekarang)
YOU ARE READING
Kerana IRIS atau Dia? 2 (Ejen Ali Fanfiction)
FanficSequel of Kerana Iris Atau Dia ‼️Slow update ‼️