Alicia yang sedang duduk bersandar di atas katil pesakit termenung. Selepas bersarapan, tiada apa yang boleh dilakukan.
"Nak makan, tadi dah makan. Nak keluar, doktor tak benarkan. Nak mengaji, uzur pula," Alicia menghela nafas panjang.
Ah, berzikir je la mampu. Lagi elok daripada tak buat apa-apa langsung.
Setengah jam kemudian, Alicia hampir terlelap. Baru sahaja mahu terjun ke dunia mimpi, pintu bilik tiba-tiba terbuka.
"Assalamualaikum, adindaku sayang intan payung manis pembawa diabetes," Kelihatan kepala Bobby terjengul dari pintu. Amboi, intro dia...
"Waalaikumussalam, kakanda kasihku yang tampan rupawan lagi menawan," balas Alicia.
Bobby tersengih sambil menutup pintu bilik pesakit. Ha, kan kena balas sebiji. Dia berjalan mendekati Alicia lalu duduk di atas kerusi plastik. Sebuah beg kertas kecil berwarna royal blue dengan reben silver diletakkan di atas meja sebelah katil. Gadis itu cuba mengambil tetapi Bobby pantas menampar tangannya.
"Apa ni bang? Sakitlah!" rungut Alicia. Tangan kanannya digosok. Sudahlah masih berbalut, dipukul pula?
"Sabarlah. Jangan buka awal-awal. Kita sembang dulu," kata Bobby. Kalau dia buka dan lihat apa yang ada di dalam beg itu nanti dia sibuk belek barang itu pula, getus Bobby.
"Cakaplah cepat. Orang nak tengok isi beg tu," Alicia menggoncangkan tangan Bobby dan memasamkan muka. Ish, betul-betul tak sabar budak ni.
"Kamu macam mana? Sihat?" Tanya Bobby.
"Kalau sihat, tak adanya nak terbaring kat katil pesakit,"
Bobby hanya tersenyum senget. Perlilah tu.
"Tadi bangun jam berapa? Sempat solat subuh?"
"Bangun jam 6 setengah. Tak solat sebab cuti,"
"Tadi sarapan apa?"
"Roti dan salad buah,"
"Tadi ada buat check up?"
Alicia mengangguk.
"Doktor ada kata apa-apa?"
Alicia menggeleng.
Bobby masih tidak berputus asa. Tiba-tiba satu idea muncul dalam benak.
"Suhu badan dah turun?" tanya Bobby lagi.
Alicia lagi sekali mengangguk.
"Keluar wad nanti nak terus masuk kerja?"
Angguk.
"Dah ready nak kahwin?"
Angguk laju... Geleng.
"Abang ni! Apa sebut-sebut pasal kahwin ni?" wajah Alicia berubah masam kerana menahan geram. Bobby tergelak.
"Tak adalah. Cuma... kamu tak terfikir ke nak kahwin nanti?" Bobby menyandarkan tubuh pada kerusi. Alicia menggeleng lagi.
"Orang masih nak enjoy single life ni dulu. Fokus kat kerja. Perbaiki ibadah. Nanti-nantilah fikir pasal tu," Alicia memberikan alasan.
"Dengan pernikahanlah kamu boleh perbaiki ibadah. Kan ada hadis Rasulullah SAW, apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh daripada agamanya. Jadi inilah peluang terbaik nak jadi hamba solehah,"
Hualah, dah selit hadis pula...
"Tapi..."
"Tak ada tapi tapi. Dengar dulu apa abang nak cakap!" Bobby pantas memotong.
YOU ARE READING
Kerana IRIS atau Dia? 2 (Ejen Ali Fanfiction)
FanficSequel of Kerana Iris Atau Dia ‼️Slow update ‼️