Siasatan mengenai kejadian kemalangan yang telah meragut nyawa Bobby masih lagi dijalankan. Sejak kes siasatan dimulakan, sudah dua kali Alicia dipanggil untuk memberi keterangan. Beberapa orang saksi juga tampil untuk memberi kerjasama.Mereka mendapati ada sesuatu yang mencurigakan.
"Kes langgar lari yang dirancang? Seriuslah?" mata Moon membuntang.
"Ya," jawab Alicia sepatah.
"Ada saksi kejadian beritahu kepada pihak polis, kereta yang langgar abang aku sebenarnya memang dah lama menunggu kat situ. Bila nampak abang aku melintas jalan, kereta tu terus pecut dan langgar," jelas Alicia mengikut apa yang pihak polis memberitahunya tadi. Tangannya menggenggam t-shirt hitam yang dipakainya.
Kenapa pula mereka mahu membunuh Bobby? Tak masuk akal. Mungkin ada apa-apa yang Alicia belum tahu?
"Macam mana dengan nombor plat? Model dan warna kereta?" tanya Moon sambil memeluk bantal kusyen.
"Warna kereta hitam, tapi model kereta tak dapat dikenal pasti. Nombor plat palsu,"
"Susahnya!"
Kening Alicia bertaut. Kes ini terlalu rumit. Kalau dia dapat lihat kereta itu tak apalah juga, tetapi sewaktu dia sampai di tempat kejadian kereta itu sudah lesap.
Dan yang paling aneh, semua saksi yang sempat menangkap gambar kereta itu telah kehilangan gambar tersebut. Mereka yakin ada menyimpan gambar bukti tetapi ia bagai terpadam begitu sahaja. Akhirnya kerja pencarian ini menjadi semakin sukar.
Tapi yang paling penting, kenapa mesti Bobby yang menjadi sasaran?
Alicia memegang kepalanya.
"Weh, jangan paksa diri pening-pening fikir. Kau tu masih perlukan rehat," kata Moon setelah melihat wajah Alicia yang yang berkerut. Risau pula tengok.
"Aku okey,"
Sebenarnya dia sudah terlebih tidur sejak hari pengebumian Bobby seminggu yang lepas. Dia hampir tidur seharian, tolak masa solat dan makan. Mentalnya seperti mempengaruhi seluruh tubuh.
"Aku dah bosan duduk rumah. Aku nak buar sesuatu," Alicia duduk bersandar di sofa.
Kalau boleh dia mahu berlatih skill kombat di pusat latihan MATA. Ya, dia perlukan latihan dan senaman!
...
Alicia mengamati keadaan sekeliling. Ejen-ejen yang sibuk bekerja, robot dan dron yang berterbangan di udara, bunyi dentuman di ruang eksperimen, dia merindui suasana ini meskipun baru beberapa hari tidak menjejakkan kaki di situ. Memang tidak dapat dinafikan basement MATA bagaikan rumah kedua baginya kerana sudah biasa berkeliaran di situ sejak kecil.
Semasa berjalan di kaki lima, dia ditegur beberapa kali oleh ejen-ejen yang berselisih dengannya. Alicia hanya membalas dengan senyuman formal kerana tidak ada 'mood' selagi dia belum 'menghentam' ruang latihan.
Alicia masuk ke dalam sebuah bilik yang bersaiz lebih kurang seperti dua gelanggang bola keranjang . Lampu menyala dengan sendirinya saat mengesan kehadiran Alicia di pintu masuk.
Alicia pergi ke ruang setting arena untuk menentukan lawan dan sasaran latihan. Beberapa robot tempur dan dron lazer dipilih termasuk halangan seperti tangga dan platform tinggi.
Selesai meregang dan memanaskan badan, Tudung bawal dibetulkan. Blastique yang sudah di-upgrade digenggam erat dan matanya jelas menunjukkan yang dia sudah bersemangat.
YOU ARE READING
Kerana IRIS atau Dia? 2 (Ejen Ali Fanfiction)
Fiksi PenggemarSequel of Kerana Iris Atau Dia ‼️Slow update ‼️