Kereta Bobby laju membelah jalan raya. Pacuan empat roda itu kemudiannya memperlahankan kelajuan dan masuk ke sebuah simpang. Tidak lama kemudian, kereta itu berhenti di hadapan pintu pagar rumah anak yatim.
Seorang lelaki berkulit cerah dan berketinggian sederhana keluar dari kereta. Dia menuju ke belakang kereta lalu membuka bonet. Tangannya membawa beberapa beg plastik berisi barang keperluan harian.
"Rajin betul abang datang sini. Seminggu paling kurang pun dua kali," Zahra keluar dari tempat duduk sebelah pemandu dan membantu Bobby mengangkat barang. Sebelah tangannya membawa beg tangan manakala sebelah lagi membawa plastik berisi bahan mentah.
"Mestilah. Nanti rindu kat budak-budak tu," jawab Bobby selamba sambil menutup pintu bonet kereta.
"Rindu budak-budak ke, rindu penjaga budak-budak tu?" Zahra menjeling.
Ah, tak payah nak sorok lagi. Aku tau la, desis gadis bertudung bawal itu. Bobby pula hanya membuat muka seposen.
"Assalamualaikum!" Bobby memberi salam di pintu masuk rumah. Tidak lama kemudian, seorang wanita berambut pendek datang menjemput mereka.
"Waalaikumussalam. Sampai pun. Awal korang datang hari ni," Sera menyambut mereka dengan senyuman. Dia mengambil salah satu beg plastik besar yang ada di tangan Zahra. Zahra sempat berterima kasih.
"Weh, aku kau tak tolong?" Bobby mencelah.
"Ah, takde takde. Kau tu lelaki. Kuatlah sikit," Sera membuat muka dan terus masuk ke rumah. Zahra memandang Bobby lalu 'menghadiahkan' senyum mengejek.
"Okey, fine. Takpe. Korang tunggu je nanti," getus Bobby tifak puas hati sambil melihat Zahra masuk ke rumah dalam keadaan terburu-buru. Nampaknya kedua-dua gadis itu berpakat mahu mengenakannya.
...
"Kita nak pergi mana pulak lepas ni?" Zahra memerhati kereta-kereta yang ada di jalan raya melalui tingkap.
Mereka sebenarnya sudah singgah di pasar raya untuk membeli barang keperluan rumah anak yatim awal pagi tadi. Tetapi setelah meninggalkan rumah tersebut Bobby memandu menuju ke bandar sekali lagi.
"Sera ada kirim barang tadi. Ada seorang budak yang pernah tinggal kat rumah anak yatim tu baru habis belajar. Dia nak abang nak cari apa-apa hadiah. Kamu rasa hadiah apa yang sesuai?" tanya Bobby. Matanya masih fokus memandu.
"Hmm. Saya tak tahu hadiah yang menarik, tapi biasanya orang bagi bunga,"
"Bunga kan? Abang pun fikir macam tu. Okey, kita cari kedai bunga paling dekat," sebelah tangan lelaki berdarah Cina itu memutar stereng.
Mereka tiba di sebuah kedai bunga di kawasan bandar. Baru sahaja membuka pintu, bau harum sudah menyinggah. Wangi, fikir Zahra. Dia terus menapak dan memerhati pasu-pasu yang menempatkan bermacam-macam bunga. Matanya meliar ke seluruh pelosok kedai.
'Masya Allah, cantik!'
YOU ARE READING
Kerana IRIS atau Dia? 2 (Ejen Ali Fanfiction)
FanficSequel of Kerana Iris Atau Dia ‼️Slow update ‼️