Setahun Kemudian...
Ali baru sahaja menamatkan pengajiannya di universiti dan pelantikan Datuk Bandar Cyberaya berlangsung baru-baru ini. Keputusan menunjukkan Dr Ghazali mendapat undian majoriti untuk menjawat jawatan tersebut.
Yang juga bermaksud Ali perlu menggantikan terus tempat ayahnya si Menara Gamma.
Kesian kau, Ali. Kecil-kecil semut dah kena bawa tanggungjawab sebesar gajah.
Sejurus selepas keputusan pilihan Datuk Bandar diumumkan, Ali dipanggil oleh General Rama untuk berbincang mengenai hal tersebut.
"Kalau ayah saya jadi Datuk Bandar, dia mesti akan tahu tentang kewujudan MATA. Dan kalau macam tu, identiti ejen saya akan terbongkar. Kemudian dia akan tahu punca sebenar kematian ibu saya... dan kemungkinan besar dia takkan benarkan saya jadi ejen lagi," Ali cuba menyimpulkan masalah besar yang dihadapinya sekarang ini.
"Jadi, apa yang kamu mahu buat?" soal General Rama. Ali membisu.
"Saya... saya akan cuba rahsiakan selama yang saya boleh," kata Ali.
"Tetapi lama-kelamaan dia akan tahu juga," tingkah General Rama.
"Saya tahu, tapi-"
"Saya rasa lebih baik kamu beritahu sahaja sebelum dia tau daripada orang lain. Kalau tidak, kesannya mungkin lebih buruk,"
Ali melepaskan keluhan kecil. Mengiyakan kata-kata General Rama.
Ada betulnya juga kata General. Tapi aku perlukan masa yang sesuai untuk beritahu ayah. Sekarang ayah terlalu sibuk, takut nanti rasa terkejut dia bertambah, getus Ali.
"Saya akan tunggu masa yang sesuai," Pemuda itu memandang lelaki India pertengahan umur dihadapannya.
General Rama mengurut pelipisnya yang mula berkedut.
"Saya harap kamu beritahu dia cepat, Ali,"
Ali hanya mengangguk lemah.
Argh, buat hati tertekan betul...
...
Keluar sahaja dari bilik mesyuarat, Ali terserempak dengan Khai.
"Assalammualaikum, Ali! Tahniah sebab konvo hari tu!" Khai menyapa dengan wajah ceria. Bahu Ali ditepuk.
"Waalaikumussalam. Terima kasih, Khai. Tahniah kat kau jugak. Kau pun baru habis belajar, kan?" balas Ali.
"Aah, baru je bulan lepas. Kau dah ada kerja ke?" tanya Khai.
"Aku... kena ambil alih syarikat ayah aku. Sebab dia nak kerja kat tempat lain,"
"Naisu... Bos mudalah! Aku masih cari kerja lagi sekarang ni," lelaki kacukan Melayu-Jepun itu membetulkan cermin matanya.
"Ya? Kau ambil bidang apa? Aku tak ingat,"
"Aku ambil Kejuruteraan Komputer. Dari dulu lagi aku minat bab-bab komputer bagai ni. Lagi satu aku teringin nak kerja kat menara peneraju. Hahaha! Macam mengarut bunyinya, kan?" Khai tergelak memikirkan cita-citanya sejak dulu.
"Kenapa mengarut pulak?" tanya Ali.
"Yalah, kan selama ni ramai sangat yang nak kerja kat sana. Sama ada Menara Alfa, Menara Beta, lebih-lebih lagi Menara Gamma. Tak kisahlah jadi tukang cuci sekalipun, orang sanggup," jelas Khai.
"Sampai macam tu sekali?" ujar Ali kurang percaya.
Tapi kenapa Khai cakap macam tu? Aku kan-
Oh ya juga kan. Dia mana tahu Dr Ghazali tu ayah aku (hampir semua ejen di MATA tak tahu).
"Eh, Ali, kau ada dengar cerita tak?"
"Cerita apa lagi ni..."
"Pasal Zahra,"
Dengar sahaja nama baharu Alicia, telinga Ali terus terbuka luas.
"Kenapa dengan dia?" Soal Ali. Dia buat-buat muka tak berminat.
"Ada orang lamar dia. Lagi,"
Kali ini Ali tidak dapat menahan kepalanya dari terus menghadap ke arah Khai.
"Apa maksud kau, lagi?" suaranya ditekan sedikit semasa menyebut perkataan 'lagi'.
"Kau tak tahu ke? Kan ada tiga orang nak kahwin dengan dia sejak empat tahun lepas. Kau tahu kan Ejen Rayyan, ejen Inviso tu? Lepas SPM dia datang meminang, tapi pinangannya kena tolak.
Lepas tu, tahun lepas ada seorang lagi lelaki pinang dia. Senior kita yang genius tu, Ejen Anas. Tapi kena tolak jugak. Iman cakap sebab masa tu Zahra masih belajar. Nak fokus study.
Tapi sekarang dah habis belajar, Ejen cemerlang Kombat, Wafiq pulak masuk line. Kali ni tak tahulah Zahra terima atau tak," Khai bercerita panjang lebar.
Sudah semestinya dia tahu semua ini dari Moon dan Iman, pendamping setia Alicia. Jadi ceritanya bukan rekaan. Semua copy and paste.
Ali yang mendengar tidak berkata apa-apa.
"Jadi? Apa tujuan kau cerita semua ni kat aku sebenarnya?"
"Aku takde tujuan yang spesifik, tapi yalah. Mana tahu kau tiba-tiba ada hajat nak kahwin dengan dia jugak. Kau tak cemburu ke?" tanya Khai.
"Ada-ada je kau ni. Cemburu buat apa? Ini tentang masa depan dia. Lagi satu, dia kira bertuah tau dapat jodoh yang baik," jawab Ali.
"Hmm, yalah, yalah. Eh, kalau kau free jom kita keluar sama-sama esok? Aku nak cari baju yang sesuai kalau ada temuduga nanti," Khai menukar topik.
Dari riak wajah kawannya, Khai tahu Ali pasti berasa janggal di kerana dia tiba-tiba menyebut tentang Alicia.
"Esok? Aku tak ada apa-apa kerja jugak nak dibuat. Kalau macam tu jomlah," Ali bersetuju dengan ajakan Khai. Mereka berdua sambung berbual sambil berjalan beriringan.
Dalam diam, Khai menarik nafas lega kerana dapat mengelakkan situasi janggal daripada berterusan.
Assalammualaikum semua! So macam mana chapter kali ni?
Oh saya ada nak tegur sikit.
Saya harap sangat lepas ni korang jangan tinggalkan komen yang ada unsur maki dan carut 18++ 😅 Sila komen yang murni-murni ya 👀Sebab saya tau kebanyakan yang membaca ni golongan adik-adik. So sila tunjukkan sikap yang berhemah. Adik-adik pun sama tau 🐣
Dan kalau boleh jangan terlalu terbawa-bawa. Ini cuma fanfiction semata-mata. Kalau cerita canon pun korang tak patut terlalu tenggelam dalam fantasi sampau abaikan realiti🤸♀️
Ok itu je. Jangan lupa vomment! Bertindak segera!
YOU ARE READING
Kerana IRIS atau Dia? 2 (Ejen Ali Fanfiction)
FanfictionSequel of Kerana Iris Atau Dia ‼️Slow update ‼️