Bunyi penggera telefon pintar mengejutkan Ali dari lena. Matanya terkebil-kebil memandang skrin telefon yang terang.
Pukul 5.50 pagi.
Penggera tersebut dimatikan kemudian dia menyambung tidur semula. Tidak sampai 10 saat, badannya secara automatik terus berdiri.
"Tak boleh tidur balik. Nanti lambat!"
Ali mencapai tuala dan berjalan menuju ke bilik air. Ubat gigi diambil dan dia mula menggosok gigi. Sambil itu, imejnya yang terpantul pada cermin direnung.
Dahinya masih berplaster. Nampaknya dia perlu ubah sedikit gaya rambutnya hari ini. Dia tidak boleh pergi kerja dengan plaster di situ. Satu nafas panjang dilepaskan.
Bila diperhatikan semula, sedar tak sedar dia sudah besar panjang. Tubuhnya yang tinggi membuatkan hampir semua orang mendongak ke arahnya. Bahu lebar, lengannya berurat seperti lelaki dewasa lain.
Rasanya seperti baru semalam dia masih perlu berdiri di atas tangga kecil untuk mencapai singki. Dan seperti baru semalam semua orang membongkok semasa bercakap dengannya. Dan seperti baru semalam minta tolong orang ambilkan buku di rak yang tinggi.
Umur kau dah 23, Ali. Sedarlah sikit.
Selepas membersihkan diri, dia terus menunaikan solat sunat sebelum solat fardu Subuh. Dia mula mengamalkannya setelah terdengar sebuah hadis
...
Selesai bersembahyang, Ali berteleku sebentar di atas sejadah. Mengingat kembali kejadian semalam.
Dr Ghazali sedang dirawat di hospital. Menurut kata Bakar, kaki ayahnya tercedera akibat dihempap dengan almari kayu.
"Ya Allah... Harap-harap ayah tak apa-apa," dia menghembuskan nafas berat.
Nasib baik dia terserempak dengan Rudy di Bangunan Perdana semalam. Rudy memberitahu lokasi Dr Ghazali dan situasi semasa. Melihatkan bahu Rudy yang tercedera akibat ditembak, kerisauan terhadap bapanya semakin bertambah.
Akan tetapi apabila Rudy memberitahunya bahawa Alicia ada bersama bapanya, Ali berasa lega tetapi mula teragak-agak sama ada mahu datang ke sana atau tidak. Bakar memujuknya supaya jangan gelabah, ini cuma misi dan tiada kena-mengena dengan hal peribadi. Ali hanya akur.
Tiba-tiba Ali terfikir akan keadaan Alicia. Semalam gadis itu pengsan akibat hipotermia. Tak pasal-pasal dia perlu mendukung Alicia semasa cuba keluar dari Bangunan Perdana.
Ali menggosok tengkuk. Hati dihurung rasa bersalah kerana menyentuh perempuan bukan mahramnya.
Aih... Astaghfirullahalazim.
Sedar jam sudah hampir menunjukkan pukul 7 pagi, Ali melipat sejadah dan bersiap untuk pergi bekerja.
...
Ali yang sedang menghadap komputer riba di meja kerjanya bersandar di kerusi sebentar. Bahu yang terasa sengal diurut. Pada saat itu juga, pintu pejabatnya diketuk.
"Masuk," badan ditegakkan semula. Muncul Khai dengan dua cawan berisi kopi di tangan.
"Assalammualaikum bossku," sapa Khai berbaur usikan.
"Waalaikumussalam,"
Ya, Khai baru sahaja diambil bekerja di Menara Gamma beberapa bulan lalu. Semuanya berlaku secara kebetulan.
Semasa Ali sedang meneliti dokumen calon temuduga, dia terjumpa resume Khai. Melihatkan rekod dan pencapaian yang banyak kelebihan dalam resume itu, dia meluluskan Khai untuk bekerja di situ.
YOU ARE READING
Kerana IRIS atau Dia? 2 (Ejen Ali Fanfiction)
FanfictionSequel of Kerana Iris Atau Dia ‼️Slow update ‼️