[Tekan button play untuk background music 🌧️]Alicia duduk berteleku di sebelah kubur yang baru sahaja ditanam. Tangan mulusnya menyentuh batu nisan yang tertulis nama satu-satunya ahli keluarga yang pernah mendampinginya.
Bibirnya langsung terkunci sejak sebelum jenazah arwah abangnya disembahyangkan lebih kurang jam 8 pagi tadi. Dia tidak dapat mengira berapa ramai orang yang sudah memberikan ucapan takziah. Respon yang diberinya hanyalah senyuman plastik yang cuba dimaniskan.
"Akak harap kamu kuat," Alicia yang mendengar suara seorang wanita menoleh. Sera.
Alicia hanya tersenyum macam biasa.
Tidak, dia yang berharap supaya Sera kuat menghadapi kehilangan Bobby. Bukan dia tidak tahu betapa rapatnya hubungan persahabatan mereka berdua termasuk Ejen Fit.
Orang ramai beransur pulang. Yang tinggal kini hanyalah Alicia dan sahabat-sahabatnya yang terdekat.
Pakaian Alicia ketika itu serba putih tetapi tidak mampu menyembunyikan riak wajahnya yang kelam."Kalau awak dah nak balik, bagitau kami ya?" pesan Iman yang masih setia berdiri di sebelah Alicia. Di sisi Iman sudah pasti ada Moon.
Alicia mengangguk.
Di dalam tote bag putihnya masih tersimpan bunga pemberian Bobby yang sudah layu. Sejak semalam, Alicia akan pergi ke mana-mana dan membawanya.
Khai, Rudy dan Ali berdiri dan memerhati mereka tidak jauh dari situ. Memandangkan hanya tiga orang perempuan (Alicia, Moon, Iman) yang berada di kawasan perkuburan yang sunyi itu, Khai bercadang supaya mengawasi mereka dari jauh. Risau jika terjadi apa-apa yang di luar jangkaan.
Lelaki-lelaki itu berada di pokok berdekatan pagar tanah perkuburan. Ali bersandar pada batang pokok sambil menekur ke lantai. Rudy menyilangkan tangan manakala Khai mencangkung di sebelah akar pokok.
"Susah nak percaya arwah dah pergi macam tu je," Khai bersuara.
Ali hanya diam. Dia teringat dialah orang pertama yang mendapat berita tentang kematian Bobby di hospital awal pagi tadi.
...
Imbas kembali semasa di hospital jam 3 pagi tadi
"Ali! Ada berita?" Moon yang baru kembali dari tandas ditemani Iman terus bertanya setelah ternampak Ali baru sahaja habis berbual dengan seorang staf hospital. Raut wajah Ali yang muram membuatkan gadis-gadis itu tidak sedap hati.
"Bobby... Meninggal dunia jam 3.12 pagi tadi,"
Moon melihat jam, lebih kurang 10 minit lepas. Iman menekup wajah. Tidak sanggup mendengarnya apatah lagi setelah melihat Alicia yang masih lagi tidur, belum tahu keadaan abangnya.
"Zahra... Zahra, bangun," Moon menggoncang perlahan bahu Alicia. Mata Alicia terkebil-kebil menahan cahaya silau.
"Abang aku macam mana? Masih dalam bilik bedah?" soalnya sambil menggosok-gosok mata. Iman hampir menangis. Moon pula tidak tahu bagaimana mahu memberitahu khabar Bobby.
"Bobby..."
"Bobby dah tak ada," kata Ali sekali lafaz, memotong ayat Moon yang tergantung.
Alicia memandang tepat ke arah Ali yang sedang berdiri tidak jauh darinya. Matanya tidak berkelip.
"Abang aku... dah tak ada?"
Mereka yang lain hanya terdiam. Alicia kekal tidak bergerak di tempat duduknya. Dia menunduk lalu bibirnya tiba-tiba tersenyum.
YOU ARE READING
Kerana IRIS atau Dia? 2 (Ejen Ali Fanfiction)
FanfictionSequel of Kerana Iris Atau Dia ‼️Slow update ‼️