Bab 35: Tolong

1.1K 137 25
                                    


"Serang!!!"

Alicia lantas berteriak memberi arahan selepas banduan-banduan itu menyedari kehadiran mereka.

Rudy mengeluarkan keempat-empat gari tanpa wayarnya dan melemparkan ia ke arah banduan-banduan tersebut. Dua orang berjaya ditangkap dengan belakang mereka 'mencium' lantai yang berlumpur.

Meera pula mengambil crossbow miliknya dan memanah salah seorang banduan. Baju banduan itu tersangkut pada batang pokok menyebabkan dia tidak dapat melarikan diri.

Alicia pula menembak beberapa biji gravity bullet, tepat mengenai kepala salah seorang sasaran.

3 orang dah tumbang... 6 lagi!

"Hazmil, Rudy, korang uruskan dulu yang diorang ni. Aku dan Meera pergi kejar yang lain," Alicia dan Meera mula mengejar banduan yang melarikan diri. Kedua-dua pemuda itu menurut arahan Alicia.

...

"She's such a jerk! Does she think she defeated me after wearing that hijab? Not so fast!"

Yana masih lagi membebel dari tadi. Mahu bernanah telinga ahli pasukan yang lain. Bila ditegur, takut makin bising pula. Tak pasal-pasal banduan tu semua pulak yang cari mereka. Huhu.

"Eww! There's mud on my face! Sarah, give me a handkerchief now!"

Sarah segera menurut arahan Yana. Dalam gelap, Sarah meraba-raba poketnya cuba mencari sapu tangan. Dia menghulurkan sehelai sapu tangan berwarna biru kepada Yana.

Yana mengesat wajahnya yang terkena lumpur sambil bercermin. Hanya cahaya bulan yang menerangi mereka.

Azry dan ejen-ejen lain hanya membiarkan Yana yang sibuk dengan kerjaya.

Pasha... pasha...

"Korang dengar tak?" tanya Azry. Yang lain mula berada dalam keadaan sedia.

Kecuali Yana.

"Tu! Ada 5 orang!" dengan suara bisik, Sarah menunjuk ke arah 5 susuk tubuh yang sedang berjalan tidak jauh dari situ. Nampak seperti sedang melarikan diri.

"Apa lagi? Kejarlah!"


...


"Ameera, ada seorang dah lari ikut arah sana. Biar saya kejar yang tu,"

Alicia memberitahu rakannya sebelum bertukar arah. Ameera hanya mengangguk.

Dalam gelap, Alicia cuba mencari seorang banduan yang terpisah dari 5 kawannya yang masih belum ditangkap. Matanya menangkap terdapat ranting-ranting kayu dan daun-daun pokok nipah yang baru dicantas.

Nampak macam kesan yang ditinggalkan banduan tadi. Alicia terus mengikut jejak tersebut.


...


"Hey, where are you guys?"

Yana berjalan-jalan sendirian dalam hutan paya. Setelah sia membersihkan mukanya, semua ahli pasukannya sudah hilang dari pandangan.

"How dare they leave me alone? Kalau jumpa korang nanti siaplah! You asked for it!" omelnya.

Makcik ni memang tak reti diam.

Tiba-tiba Yana terdengar bunyi air berkocak menandakan seseorang sedang menuju ke arahnya.

"Sarah, is that you? Where have you been? Don't you know I was-"

Kerana IRIS atau Dia? 2 (Ejen Ali Fanfiction)Where stories live. Discover now