Bab 63: Buih

776 83 51
                                    


"Alamak, apasal aku pulak yang gementar ni?" Moon menepuk-nepuk pipi. Kakinya pulak menghentak-hentak tabah yang ditumbuhi rumput hijau dan bungaan kecil.

"Saya pun," Kata Iman sambil mengepal-ngepal tangannya. Mukanya sedikit kemerahan kerana diulit rasa teruja.

"Kalau korang gementar, aku 10 kali lagi gementar," celah Alicia. Sempat dia menghadiahkan jelingan usikan kepada kawan-kawannya.

Pada waktu petang yang sedikit berangin itu, ketiga-tiga gadis itu berada di tepi tasik dalam taman rekreasi yang berhampiran dengan bandar Cyberaya. Kehadiran kanak-kanak yang tidak jauh dari situ membuatkan taman dihiasi dengan bunyi gelak tawa .

Angin sepoi-sepoi yang menderu membuatkan tudung mereka berkibar perlahan. Langit agak mendung sedikit jadi cuaca pagi itu tidak begitu panas. Kawasan padang yang berhampiran dengan tasik menjadi tempat pilihan mereka.

Alicia tidak henti-henti mengetap bibir. Rasa gementar mengalir dalam diri. Iman yang perasan akan kelakuan sahabatnya itu memegang tangannya.

"Tak apa. Relaks. Dengan izin Allah, semuanya akan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar," kata Iman dengan nada yang lembut.

Alicia hanya mengangguk. Tetapi jantungnya masih lagi berdetak laju.

"Eee, bila diorang nak sampai ni? Lambatnya. Makin saspen jadinya!" Moon berceloteh. Dahinya berkerut seribu.

Iman hanya mendiamkan diri sambil bibirnya mengukir senyuman nipis. "Sekejap lagilah tu,"

Alicia menggenggam tali tote bag yang dibawanya. Tapak tangannya mula berpeluh. Ah, semasa berlawan dengan musuh dalam misi ekstrem santai sahaja, kenapa pula kali ini gegarnya lain macam?

Alicia menggeleng laju.

"Iman, Moon, aku nak jalan-jalan kat sekitar sini sekejap," Seruan Alicia membuatkan dua rakannya menoleh.

"Oh, pergilah. Ini mesti sebab kau nervous sangat kan? Hahahaha!" Moon tergelak di hujung ayat. Geli hati apabila melihat raut wajah Alicia yang jelas mempamerkan rasa gemuruh yang teramat.

Alicia berdecit. Dia terus membuka langkah.

"Lepas 5 minit datang sini balik, ya?" Iman sempat melaung sebelum Alicia berjalan jauh. Alicia mengangguk.

Wajah Alicia talakan ke langit. Awan-awan kelabu yang menutupi dada langit diperhati. Kemudian, perhatiannya beralih kepada beberapa orang kanak-kanak yang sedang bermain buih. Bunyi gelak tawa yang girang mengetuk gegendang telinga.

Segera Alicia teringat akan rakan sepermainannya dahulu, Edison. Pakcik-pakcik yang menjaganya pernah membelikannya sebotol air buih sabun untuk bermain di taman.

Pada awalnya, dia hanya bermain dan meniup buih seorang diri, tetapi Edison muncul dan menawarkan diri untuk meniupnya, sementara Alicia pula meletupkan buih-buih yang berterbangan.

...

(huruf senget dalam ni maknanya diorang tengah bercakap dalam bahasa Mandarin)

Imbas kembali

"Wah!! Besarnya!" seorang kanak-kanak perempuan yang berpakaian jeans overalls dengan t shirt kuning berlari-lari mengejar buih besar yang sedang terbang melepasinya. Segera dia mengeluarkan jari telunjuknya yang montel lalu meletupkan buih tersebut.

"Lagi, lagi!" laung kanak-kanak perempuan itu sambil menyelak rambut yang melekat di dahinya. Pipi putih gebu itu berubah menjadi kemerahan kerana terlalu banyak berlari. Senyuman langsung tidak lekang dari bibirnya.

Kerana IRIS atau Dia? 2 (Ejen Ali Fanfiction)Where stories live. Discover now