1| SMTD

4.2K 267 40
                                    

{Permulaan}

Aku Harleen Sophia, manusia yang selalu ditimpa malang! Kenapa? Sebabnya di waktu aku sekolah rendah, aku selalu di ejek 'minah kuat membebel' ish mana ada aku kuat bebel, menipu aje semua itu.

Dan aku selalu juga kena buli, kena simbah air sebaldi, kawan-kawan suka tarik tudung sampai ternampak rambut tahu tak! Jahat betul mereka semua itu.

Benci betul, belum lagi cerita apa yang jadi dekat sekolah menengah dan tadika.

Di tadika banyak kali budak-budak tuduh dan menipu cikgu yang aku ini mencuri, curi duit cikgu, tiru kerja sekolah padahal satu kerja sekolah pun aku tak buat. Lepas itu ada pula yang kata aku ejek orang lain 'berkulit hitam' sedangkan aku ini seorang pemalu!

Aku malu nak berkawan atau tegur orang ramai. Orang yang kena menyapa aku dulu baru hilang sikit rasa malu.

Kalau di sekolah menengah, kawan sebaya dengan aku suka menuduh aku macam-macam, contohnya "sebabkan Harleen, sweet couple kita break up! Harleen perampas" dan paling non-sense aku dituduh menggoda cikgu sendiri untuk dapat nilai yang bagus?!

Wah ini melebih.

Walaupun itu semua sudah berlalu, aku tetap tak boleh lupakannya. Mama pernah berkata kalau aku tak mahu menyambung pelajaran, kahwin aje terus tapi masalahnya aku tak pandai memasak, susahnya nak hidup ni.

Macam mana hamba Allah yang lain boleh survived  tanpa stres? Mustahil lah! Aku sambung belajar sebab nak banggakan mama, that's it. Aku tak mahu berkahwin dan tak nak ada apa-apa hubungan dengan lelaki, titik tiada koma dan tapi. Aku takut nanti suami aku curang, aku kena buat apa? Gelabah? Menangis bagai tiada hari esok? Lambat lagi lah!

Aku tiada masa untuk semua itu. Aku penat menonton drama tidak berbayar, kesnya semua sama, cuba lah buat

'Suami curang dengan isterinya dan bersama dengan lelaki di Jerman kerana dia tidak mahukan anak'

Atau..

'Isteri minta cerai kerana duit suaminya terlalu banyak dan dia tidak mampu untuk menghabiskan kesemua duit suaminya'

Kan bagus, tak ada lah bosan sangat dengan drama tajuk yang sama. Betul tak?

Impian aku nak menjadi andartu, anak dara tua. Sebab kepercayaan aku pada lelaki sangat lah tipis, hanya 5% atau boleh di katakan aku langsung tidak percaya pada ayat 'lelaki setia'. Bagi aku lelaki semua sama! Sampah.

Ya termasuk bapa aku,  kecuali abang aku, dia sahaja paling berguna.

Ayah aku ialah lelaki pertama yang membuat aku hilang hormat dan kepercayaan kepada seorang manusia yang berjantina 'lelaki' dia sanggup ceraikan mama demi seorang wanita yang missqueen dan berambut blonde ew! Low class!

Katanya ada kerja di luar negara di South Korea, siap suruh mama jangan mesej, telefon dan tanya tentang dia pada kawannya. Rupa-rupanya dia pergi sakan ber-honeymoon! Dan mempunyai seorang anak perempuan istimewa, ugh aku tak akan pernah anggap dia adik tiri aku.

Tapi mereka sudah rujuk semula dan layanan aku terhadap papa tidak sama seperti dahulu. Aku anggap dia seperti orang asing. Ingat senang ke nak lupakan kisah silam dia yang dulu?

Memaafkan bukanlah perkara  yang senang untuk aku, aku tak akan maafkan dan percaya orang lain dengan mudah.

Di hari pertama aku masuk Kolej berubah menjadi teruk, baru hari pertama dah kena denda dengan Sir yang tak guna itu. Miang, tak handsome tapi ada la handsome nya sikit dan dia suka malukan aku depan orang ramai! Ish dasar duda tak guna.

Tapi tidak mengapa sebab aku dapat masuk kolej yang sama dengan kawan-kawan baik aku, entah macam mana kami boleh dapat tawaran yang sama dan pada hari yang sama. Mungkinkah ini yang  dikatakan 'jodoh kuat tak kemana' ?

Kalau mereka semua tidak ada, mungkin aku tidak berani nak berhadapan dengan Sir Miang itu, kot.

Aku teringat suatu hari dia diri kan panggilan guna 'abang' kenapa? Sebab apa? Entah, aku tak tahu. Tapi apa yang aku kata dia miang memang betul, dia boleh sentuh dagu aku sesuka hati! Gatal betul duda ni. Tapi orang kata duda kebanyakkannya kaya?

Encik duda, giliran anda memperkenalkan diri tetapi di bab seterusnya ya.

~ Sir Miang itu DUDA?! ~

Di sini bermulanya kisah tentang Harleen Sophia, seorang gadis berkulit hitam manis, berjerawat dan blur. Tak, tak, biasanya heroin cantik dan bijak kan? Tetapi tidak untuk di cerita ini sebab Harleen tersangat lah blur macam penulis dia tapi penulis dia lagi bijak.

"Kenapa dengan dia? Leen tak nak lah!"

"Kenapa dengan dia? Leen tak nak lah!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HERE WE GO!

-
    Swipe Up ⬆️

Sir Miang itu DUDA?! | NEW VERWhere stories live. Discover now