Aku kini dalam sesi cuti pertengahan semester yang bermakna hidupku bakal menjadi kusut dan aku memerlukan masa yang cukup untuk belajar cara berkomunikasi dengan bagus.
Aku sangat benci berhadapan dengan manusia di dunia nyata!
Aku rebahkan badan baring di atas tilam lembutku, kepalaku menoleh memandang jam yang di letakkan di atas meja belajar. Menunjukkan sudah pun masuk pukul dua petang.
Tokk! Tokkk!
Pintu bilikku diketuk, aku malas mahu bangun membuka pintu, hanya menyaut ketukkan pintu dengan suaraku sahaja. Badan aku perlukan rehat!
"Leen, turun bawah, sir Ariel datang ni dia bawak anak dia." Kata ibuku tak lama itu aku dapat mendengar bunyi tapak kaki menyentuh anak tangga kayu bermakna ibu sudah turun ke bawah semula.
"Perlu ke aku turun bawah semata-mata jumpa sir? Eleh, nanti habis cuti ni mesti aku kena jumpa dia lagi! Baik aku habiskan masa dengan elak bersemuka dengannya!
"Tak payah tunggu habis cuti, lagi seminggu nanti awak mesti akan dapat tengok muka saya setiap hari!! Uuuu..."
"Setiap malamm...."
"Setiap pagi..."
"Setiap kali nak makan, saya ada depan awakk... wuuuu.." suaranya yang di buat seperti suara mahu menakutkan aku itu memang benar-benar menjadi!
Bukan takut kerana suara, tetapi aku takut jika apa yang dikatakan oleh sir Ariel akan menjadi kenyataan!
Ya Allah, hamba tak bersedia lagi!
Aku menghiraukan kata-katanya, telefon bimbit di capai lalu aku membuka lagu Kill Bill dinyanyi oleh SZA. Lagunya sangat merdu bersama intonasi yang boleh buatkan aku tertidur!
If I can't have you, no one should...
I might..
I might kill my ex, not the best idea...
His new girlfriend's next..
"Hmph, bayangkan kalau aku bunuh bekas isteri sir Ariel. Mesti sekarang ni aku sudah berada di dalam lokap! Tak apa lah, tak jadi nak bunuh."
Aku berguling-guling di atas katil, akibat terlalu kusyuk sampaikan aku tak perasan anak kepada sir Ariel sudah pun masuk ke dalam bilikku, dia berdiri sambil memeluk anak patung beruang kesayangannya.
Aww, comelnya! Kalau lah budak ni anak aku, sudah lama aku hiris pipi besar dia tu!
"Mamii..." panggilnya, aku bangun dari baringku lalu badanku dipusingkan menghadap si budak kecil ini. Tanganku di depakan mahu mengangkat dia duduk di atas katilku.
Rambutnya yang serabai aku betulkan menggunakan tangan, "Jiji buat apa ni sampai rambut pun dah macam tebuan. Nasib comel lagi!" Kataku lalu aku menyium kedua belah pipi besarnya itu. "Heeehee! Geli la mamii!" Dia tertawa dengan riang.
Anak patung beruangnya masih kekal berada di celah ketiaknya! "Jiji lari-lari dengan papa Jiji. Papa cakap tak payah betul rambutt!" Kepalanya di jatuhkan di atas peha aku, dia tak habis tunjukkan patung beruangnya padaku sambil tutup wajahnya dengan bantal bentuk segi empat milikku.
"Kenapa papa Jiji tak nak Jiji betulkan rambut? Kalau rambut kemaskan lagi comel!" Soalku sambil menarik-narik pipi gempalnya. Si kecil Zariq hanya menggelengkan kepala lalu dia tertawa semula.
Aku mendengar pintuku di kuak dari luar, anak siapa pula ni nak masuk.
"Saya cakap macam tu sebab saya tahu nanti mami Jiji mesti akan kemaskan semula. Kan baby kan kan!" Sir Ariel masuk ke dalam bilik lalu duduk di atas kerusi roda yang selalu aku gunakan ketika mahu duduk di meja belajar.
YOU ARE READING
Sir Miang itu DUDA?! | NEW VER
Romance1 | by NYNJELLY_ Isteri kesayangan abang. Hari pertama Harleen Sophia memasuki Universiti. Pada mulanya dia ingat akan berjumpa dengan lelaki kacak seperti gurunya pernah berkata saat dia masih di sekolah menengah dahulu tetapi.. "Awak pandang saya...