2| SMTD

3.2K 257 60
                                    

{Permulaan 2.0}

Aku rasa penulis cerita ini ada kata aku si duda yang miang, kan? NO! Dia dan juga heroin dalam cerita ini menipu sahaja.

Aku tak pernah mengorat ramai perempuan, masa muda dahulu aku sendiri kena kahwin paksa. Mana ada masa aku nak mengorat gadis yang mentah-mentah lagi.

Aku lebih rela dan lagi sanggup berkahwin dengan janda, tak peduli berapa pun anaknya kerana wanita yang sudah pernah berkahwin tapi terpaksa bercerai lagi pandai menjaga anak-anak dan suaminya.

Sebelum kita mula mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku jadi duda? Ya, sebab penulis cerita ini peminat duda.

Ceritanya begini, aku terpaksa ceraikan isteri aku kerana dia curang di depan mata aku sendiri.

Dia membawa dua lelaki masuk ke rumah aku dan meluru masuk ke bilik tidur kami berdua, sungguh aku kecewa sangat dan aku rasa gagal menjadi seorang suami dan ayah apabila anak aku sendiri pernah bertanya pada masa yang sama di sitausi itu

"Papa, sape tu?"

Aku cuma mampu menggelengkan kepala dan bawa dia keluar dari rumah.

Hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku di waktu itu. Sakit bila aku sudah mulai cintakan dia tetapi dia menyeksa aku, mungkin apa yang aku rasa masa itu tidak sama seperti apa yang dia rasakan sebelum ini.

Aku mula berfikir sejenak, mungkinkah itu kerana aku terlalu mengambil banyak masa dan ruang untuk mencintainya seratus peratus?

Silap aku yang tidak akan diulangi lagi, jika suatu hari nanti aku akan bertemu dengan seorang perempuan yang rela menerima aku dan anak aku yang baru berumur 5 tahun, aku berjanji tidak akan sia-siakan dia.

Kembali kepada topik asal, kenapa dalam ramai perempuan, yang lebih elok dan baik aku terpaksa berjumpa dengan dia?

Kenapa Harleen? Sungguh aku penat mahu melayan karenah dia yang suka mengacau aku.

Penat kerana hari-hari perlu berdebat dengan budak pendek itu, penat dengar dia membebel 24 jam

Tak apa, dia seperti memberikan aku lampu hijau? Akan aku goda dan menyakatnya sampai dia benar-benar jatuh cinta pada aku hingga dia sendiri akuinya!

Duda kacak dan berduit seperti aku, siapa sahaja yang tak akan jatuh cinta pada aku? Sedangkan anak-anak wattpad pun suka pada aku yang cuma tulisan di novel. Pelik tapi tidak mengapa, biarkan mereka gembira di awal cerita dan menangis di akhir bab.

Harleen Sophia yang memang akan menjadi isteri sah aku suatu hari nanti, jadi aku perlu menyenangkan lagi kerja umi dengan menggoda si minah kuat membebel itu supaya suka pada aku yang kacak lagi bergaya ini.

Kadang-kadang aku tidak sengaja terpuji dia comel dan cantik, mungkin hanya di mata aku kerana kebanyakkan kawannya selalu memanggilnya 'kulit hitam berjerawat'.

Kesian? Oh tidak, lambat lagi aku mahu kesiankan dia yang selalu mengutuk aku 'miang' di depan orang ramai.

Mana aku nak letak muka aku yang kacak dan iras oppa korea ini nanti?

Walaupun aku tiada perasaan pada dia, aku tetap terpaksa menerimanya sebagai isteri juga, jarang aku nak curang atau ada perempuan simpanan.

Jadi Harleen Sophia, kau sangat beruntung bakal memiliki aku.

Mungkin aku terpaksa bertindak kasar pada dia dihari pertamanya tetapi itu untuk masa depan dia juga supaya dia tidak manja dengan aku atau tidak kuat menangis sangat. Maksud aku cengeng, aku tak suka. Dan aku tak suka perempuan manja.

~ Sir Miang itu DUDA?! ~

Walau apa pun yang terjadi aku perlu lindungi dia sampai dia halal milikku, tidak ada seorang lelaki yang layak menjadi pengganti tempat aku. Hanya aku seorang, Ariel Eidzlan, duda hensem!

"Kitty."

"She's my little princess."

"She's everything to me, and I know she'll not understand why."

"Dengar la cakap abang! Eh budak ni aku sula bontot tu karang"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Dengar la cakap abang! Eh budak ni aku sula bontot tu karang"

ok, hello. Nyn minta maaf kalau jalan cerita tak seperti apa yang korang harapkan.

vote tak jalan, cerita ni pun tak jalan hihi

-
    Swipe Up ⬆️

Sir Miang itu DUDA?! | NEW VERWhere stories live. Discover now