Hari cutiku sudah berlalu dan sekarang aku terperap di dalam dewan kuliah yang sangat membosankan!
Yang mengajar kelas pagi ni lagi lah bosan, sir Ariel dari tadi suruh salin nota walhal nota-nota ini tak akan digunakan pun. Aku masukkan chewing gum ke dalam mulut dengan perlahan supaya sir Ariel tak perasan
"Saya nak ambil semula kertas nota, yang lain dah siap salin?"
Segak betul dia hari ni, berbaju kemeja biru muda dengan gaya rambut slick back, fuh kacakss! Dengan cara dia berjalan pula seperti jejaka mafia, auch!
"Leen!, Leen! Hello?" Aku yang dari tadi dihanyutkan oleh lamunan kini disedari apabila sir Ariel menjentik dahiku! Sakit lah!
"Cik Harleen Sophia binti Mohd Jamal, berangan apa ya? Agak-agak awak punya berangan tu dah sampai marikh ke belum.." dia memberhentikan ayatnya dan mendekati wajah aku,
"..Hm?"
"S- saya bukan berangan!" Aku membalas
"Habis tu awak buat apa?" Dia soal lagi
"S- saya.. saya mengelamun aje sir! B- bukan berangan" aku menjawap dengan tergagap-gagap, wajahnya aku pandang dengan pandangan selamba! Akh malu mat!
"Mengelamun dan berangan itu ialah perkara yang sama cik Harleen. Sila kemas barang alat tulis awak dan duduk depan MEJA SAYA."
Dengan kelam kabut aku mengemas barang dan ambil apa yang patut sahaja dan letakkan di atas meja dia.
"Awak pandang saya buat apa? Sambung la kerja yang tak siap ni. Saya tahu lah saya ni hensem! Tapi jangan pandang lama-lama" dia senyum dan menongkat dagu melihat aku membuat kerja yang tak siap
"Harleen dengan sir rapat kan weh? Siap bertentang mata lagi! Sweet gila!"
"Betul doh, nampak tu sir siap senyum lagi dekat Harleen, kalau dengan kita mau dia bagi muka singa tu"
"Shhh! Nanti sir dengan Harleen dengar, mati kita!"
Aku dah dengar dah pun, heleh! Dari bawah ni pun aku dapat dengar perbualan student atas sana, cis mentang-mentang duduk dengan selesa kat atas sana borak lak!
"Sir, saya lapar.. perut saya dah berkeroncong dah ni" ucap aku sambil memandang wajah tampan dia
"Siap kan tu, no assignment? No food, baby." Ayat ini seperti ku pernah dengar tetapi dari mulut siapa ya? Hm hm..
"Alaa.." aku memuncungkan bibir mongelku, dia boleh calitkan mata pen biru pada bibir aku?! "Apa ni! Ish, nanti tak hilang macam mana?"
"Nah tisu, lap aje pen tu boleh hilang lah" aku buat apa yang dia suruh tapi semuanya tak seperti yang dia katakan! Kesan pen itu tak hilang lah!
"Pen ni tak hilang sir! Apa ni, sir kata boleh hilang kan, ni kenapa macam makin besar pulak kesan dia." Sir Ariel tersenyum, dia ambil botol air dan letakkan sedikit air pada tisu tadi. Tak semena-menanya dia boleh lap bibir aku sesuka-hati!
"Ei, jangan lah pegang bibir orang sesuka hati awak! Kita ni haram tahu tak" aku lapkan sendiri tisu basah itu, sir Ariel hanya tersenyum
"Suka suki saya lah, tadi awak sendiri kata kesan pen tak hilang kan. Saya tolong awak jerrr" dia bangun dan keluar dari dewan kuliah sebentar, entah ke mana perginya.
Hampir 10 minit juga dia menghilang lalu satu dewan kuliah mendengar nada dering telefon pintar berbunyi,
... Let it go, let it go
Can't hold it back anymore
Let it go, let it go..
YOU ARE READING
Sir Miang itu DUDA?! | NEW VER
Romance1 | by NYNJELLY_ Isteri kesayangan abang. Hari pertama Harleen Sophia memasuki Universiti. Pada mulanya dia ingat akan berjumpa dengan lelaki kacak seperti gurunya pernah berkata saat dia masih di sekolah menengah dahulu tetapi.. "Awak pandang saya...