"Sebab saya nampak betapa pesonanya awa dan lawa. Saya tertarik dengan awak, saya suka cermin mata bulat dan pipi bulat awak tu. Disebabkan awak hadir dalam hidup saya ianya buatkan hidup saya kembali berwarna. Harleen"
Apa yang dikatakan oleh dia membuatkan aku tergamam dan terasa seperti dihargai pula sedangkan dia lah yang kata aku berkulit gelap, berjerawat dan pipi yang penuh dengan lemak!
Disebabkan aku terlalu melayan emosi ada titisan cecair panas turun di pipi, sir Ariel ambil tisu yang ada di meja makan kami lalu dilapkan air mata aku
Ish, cringè
"Kenapa awak menangis? Saya ada buat awak marah ke?"
Aku mengangguk "sir pernah cakap yang saya ni tak lawa.."
"Eh mana ada, tak pernah lagi!"
"Ada" aku mengambil telefon dan membuka satu rakaman suara yang aku pernah rakam sebelum ini
"Suka adik aku ke bro?"
"Mana ada, tak akan lah aku nak suka dekat anak
dara orang pula kan?""Eleh, tak nak mengaku ye?"
"Betul lah, buat apa suka adik kau kalau aku boleh
suka perempuan yang lagi lawa""Adik aku tu tak lawa ke?"
"Tak, aku tak suka perempuan kulit gelap, pipi besar dan berjerawat"
Itu ialah perbualan di antara abang Raf dan sir Ariel, bila dengar semula buatkan hati aku pedih! Dia pula hanya diam dan memandang aku tanpa mengelip mata. Boleh dia lupa apa yang dia pernah cakap dulu hah?
"Saya minta maaf tapi demi Allah! Apa yang keluar dari mulut saya itu semuanya kerana saya cuba buat abang Raf awak tak fikir yang saya..."
"Saya apa?" Aku menyoal dia
"S- saya.."
"Ish, saya apa? Kalau sir tak nak bagitahu saya balik lah macam ni!"
"Eh, awak! Okay, okay saya sambung"
Aku duduk semula dari bangun tadi, sengaja nak paksa dia hihihi!
"Saya.. ada perasaan sedikit pada awak"
"Oh, sikit je lah?"
"Tak ada lah sikit banyak lah juga tapi"
"Tapi apa?"
"Ye lah, tak sikit banyak lah juga tapi. Apa yang apa nya?"
"Apa yang tapi nya! Ish"
"Ya lah apa?"
"Ish! Malas lah sembang dengan awak! Menyakitkan hati"
Aku menjeling dia dengan jelingan tajam, mengada betul! Selepas menunggu beberapa puluh minit akhirnya makanan yang sudah di pesan pun tiba, semuanya sedap belaka dan membuatkan perut aku makin bising!
"Aip! Awak, kita kena baca doa makan dulu" dia memukul perlahan kekura tangan aku dengan sudu, nasib tak sakit mana.
Makanan-makanan yang enak habis masuk ke dalam perut kami berdua, dengan lebih tepat lagi ianya masuk ke dalam perut aku, hihi!
"Perut awak dah kenyang ke?"
Aku mengangguk dengan perasaan senang, berapa agaknya jumlah harga makanan yang dia pesan ni ya?
"Sir, berapa harga semua ni? Mesti mahal kan"
"Tak lah, murah je"
"Berapa?"
YOU ARE READING
Sir Miang itu DUDA?! | NEW VER
Romance1 | by NYNJELLY_ Isteri kesayangan abang. Hari pertama Harleen Sophia memasuki Universiti. Pada mulanya dia ingat akan berjumpa dengan lelaki kacak seperti gurunya pernah berkata saat dia masih di sekolah menengah dahulu tetapi.. "Awak pandang saya...