1 4 | SMTD

1.1K 91 3
                                    

"sadaqallahul azim" alunan merdu yang di baca oleh Ariel kepada anak tunggalnya buatkan Jiji tertidur. Ariel mengangkat Jiji ke pangkuannya sambil mengelus halus pelipis dahi Jiji

"Wajah anak papi ni nak dekat sama dengan mama. Bahagian mata dan bibir, sama sangat. Kadang-kala kalau papi rindu dekat mama mesti papi tengok wajah Jiji. Ya Allah, tak terkata akan rinduku pada si dia."

Ariel berdialog sendiri sambil mengenang memori lama dia bersama bekas isteri.

"Along, cantiknya Harleen. Single ke?" Qibran menyampuk lamunan Ariel yang sudah jauh ke luar jendelanya

"Kenapa?"

"Kalau single, aku nak tembak, boleh? Hahaha" tawa Qibran terdengar sinis

"Step on my body first." Tajam mata Ariel memandang Qibran adik keduanya

"Hahaha, tadi bukan main kias ayat untuk si bekas isteri. Sekarang berubah arah pulak?" Ucap si Qib dan meninggalkan Ariel dengan tawa besar dia lagi

Kuat Ariel mendengus bersama perasaan malu dalam diri, dia pun tak tahu bagaimana nak lupakan bekas isterinya.

"Ermm, papiii.. Jiji nak tidur atas katil gebu" Jiji merungut mahu tidur di atas katilnya

"Okay baby, jom papi dukung"

Ariel mendukung Jiji masuk ke dalam bilik dan letakkan dia di atas katil gebu kesayangannya.

"Tidur okay, papi nak keluar sekejap"

Ariel keluar dari bilik dan duduk di ruangan dapur seorang diri sambil merenung kesemua kesilapan dia. Entah dari mana khilafnya terhadap bekas isteri sampaikan sanggup memperlakukan dia begitu! Auch!

"Putri Errafa.. Mana kau? Mana kekasih hati aku pergi? Kenapa wanita sebaik kau berubah tiga ratus enam puluh darjah seperti ini?"

"Aku rindukan belaian Errafa."

Menitik air mata jantan Ariel mengingatkan bekas isteri yang lari bersama skandal dia.

"Along.. Kamu tak lupakan Erra tu lagi ke? Jangan lah macam ni. Sudah 6 tahun kamu tahu tak? Lepaskan dia dan terima takdir dengan hati yang tenang Riel"

"Tak lah umi, along cuma teringatkan Erra aje" Ariel mengopek senyuman untuk makcik Esma

"Dah lah tu, pergi masuk tidur sana. Esok ikut umi pergi rumah keluarga Harleen tau" makcik Esma beredar

Rumah Harleen? Untuk apa? Aik!

Di pagi hari yang di sambut oleh bunyi kucupan burung burung luar rumah membuatkan suasana rumah Ariel semakin tenang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di pagi hari yang di sambut oleh bunyi kucupan burung burung luar rumah membuatkan suasana rumah Ariel semakin tenang. Ariel bersiap-siap memakai baju yang di sediakan oleh makcik Esma.

"Kenapa kena pakai baju melayu sekali ni umi? Ada orang nak kahwin ke?"

"Iya lah, soalan apa macam tu"

Sir Miang itu DUDA?! | NEW VER Where stories live. Discover now