"Hoi Harleen!" Arasyah memanggil aku selepas aku keluar dari dewan kuliah bersama Safira dan Insyirah
"Jom cafe, aku nak cerita fasal tadi"
Aku dan yang lain duduk semeja, Arasyah memesan empat air milo ais untuk kami berempat sambil itu boleh dengar berita hangat yang dikatakan
"Cerita dia mcam ini, semalam hangat dalam satu grup Kampus Kuliahku, Noah Isaac, kenal tak?"
Kami mengangguk
"Dia hantar mesej yang dia dan kau sudah bercinta secara senyap senyap selama tiga bulan. Ya memang perkara biasa tapi korang tahu kan Noah lelaki yang di gilai ramai perempuan dalam Universiti kita" terang Arasyah panjang
Terkejut aku mendengar penjelasan Arasyah itu, tapi kenapa lelaki itu menyebarkan berita palsu? Dia cuba menimbulkan fitnah ke?! Sudah tahu diri tu di sukai orang ramai buat baik aje lah!
Sekarang membara rasa amarah aku, rasa mahu menumbuk aje muka si Noah buaya itu
"Tu berita palsu ke?" Soal Arasyah dan yang lain memandang aku
Aku mengangguk, "aku tak pernah bercakap dengan dia pun.."
Aku mengeluh berat mendengarkan apa yang di katakan oleh Arasyah, sakit yang dihati ini tak boleh tahan lagi. Rasa mahu sahaja pergi berdepan dengan Noah si bala itu!
"Aku nak jumpa Noah." Laju aku bangun dari kerusi mahu berdepan terus dengan lelaki itu, aku tak peduli jika imej aku sebagai murid baik tercalar sekali pun
"Nak ikut" Arasyah sukarelawan mahu mengikut aku
Kami berempat menuju ke tempat keberadaan Noah, dan tepat sekali dia melepak dengan kawan-kawan dia
"Noah." Panggil aku dengan wajah mahu menerkam dia
"Harleen.. my cutie baby! Sekejap ya, aku nak bercakap dengan kekasih kesaya--"
Pang!
Aku menampar sepuasnya pipi kiri dia bercampur rasa marah tadi, berani nak ber'baby dengan aku? Memang salah orang!
"Auch, baby kenapa you tampar I? Sakit lah" dia mendesis sambil mengusap pipi yang baru aku tampar tadi
"Kau bodoh ya? Kau kalau jadi manusia jangan bodoh sangat, tolong jangan menyusahkan orang sekeliling bengap!" Ucap aku kuat sepuasnya memandang lelaki itu bersilih ganti dengan kawannya
"Aku tak pernah sekali pun ada rasa nak bercinta dengan kau dan ingat kau bukan lelaki yang ada keistimewaan seperti yang aku mahukan. Jangan perasan lain kali!" Dengan semberono aku menyimbah lebihan air milo ais tadi pada pakaian dia
Puas hati!
Lalu kami berempat beredar dan ditinggalkan senyuman sinis Arasyah,
Garang tak? Garang kan!
"Mantap do kau Harleen! Aku jarang jumpa perempuan yang tak cengeng macam kau! Biasanya perempuan kalau tengok Noah automatik menggeletis macam sotong"
Aku hanya senyum janggal, aduh malu pulak! Kami berempat tak habis lagi bersembang atas perkara yang aku buat tadi pada Noah, tak habis mereka memuji aku atas tindakan tadi, malu lah!
"Harleen Sophia, balik." Berhenti saja kami di tempat berhampiran perpustakaan sir Ariel tiba-tiba sahaja muncul di depan kami berempat
Terkejut mak!
"B- baik sir, tapi saya nak ambil beg dulu"
"Tak payah, saya dah ambilkan" dia menjeling aku dengan matanya yang tajam seperti helang
YOU ARE READING
Sir Miang itu DUDA?! | NEW VER
Romance1 | by NYNJELLY_ Isteri kesayangan abang. Hari pertama Harleen Sophia memasuki Universiti. Pada mulanya dia ingat akan berjumpa dengan lelaki kacak seperti gurunya pernah berkata saat dia masih di sekolah menengah dahulu tetapi.. "Awak pandang saya...