2 2 | SMTD

679 56 8
                                    

Tingg! Tinggg!

Notifikasi dari telefon Ariel berbunyi selepas sahaja lelaki itu keluar dari tandasnya, "siapa pula mesej aku petang ni?" Ariel mengumam perlahan sambil bercekak pinggang, dia berjalan ke arah telefonnya berada

Notifikasi Whatsapp

Unknown
<- You, jom jumpa dekat cafe lama kita..
<- I miss you, sayang

Dahi Ariel mula berkerut selepas membaca mesej tersebut, dia meletakkan semula telefon pintarnya dan mula memakai seluar jeans dan T-shirt nya. Ariel menyikat rambut dengan kemas lalu dia menjatuhkan punggungnya di atas sofa bilik. Dia menekan paparan skrin yang terpapar nama 'Harleen'.

WhatsApp
Harleen pipi besar 🤎🤍🖤💜💙💚💛🧡❤️

Harleen, hari ni awak masuk kelas tak? ->

Jangan tak masuk pula ya sebab saya tak mengajar!
Saya siat-siat kulit awak karang. ->
Seen

Dia rebah di atas katil, tak habis asyik memikirkan telatah Harleen ketika bersamanya. Ada sahaja perangai si gadis itu yang membuatkan Ariel tidak senang duduk, mahu sahaja dia culik Harleen bawa balik rumahnya!

"Kenapa lah aku duda? Kalau tak mesti aku dah dapat Harleen." Ariel menampar kedua-dua pipinya kerana senyumannya yang tak lekang dari bibir.

Tingg! Tinggg!

Pantas Ariel mencapai telefonnya, dia melihat ada satu mesej dari...

Dari Harleen!

Whatsapp
Harleen pipi besar 🤎🤍🖤💜💙💚💛🧡❤️

<- sir nak apa? Salam tak ada.
<- saya dalam kelas lah ni, saya bukan budak
kecik nak diarah-arah pergi kelas.

Ariel terus berkerut dahi, amboi garangnya anak dara yang seorang ini. Ariel mula memuncungkan bibir, dia cuma nak bergurau aje dengan Harleen tapi tak tahu pula gadis itu akan memarahinya pula. Ariel meramas kasar wajahnya, pasrah ajela Ariel!

"Macam mana nak pujuk perempuan ya? Aku perlu jumpa pakar! Tapi siapa?" Soal Ariel bersendirian di dalam bilik, dia menggoyangkan kakinya ke kiri dan ke kanan. Lelaki ini buntu!

Pukk!

Ariel menepuk dahi, dia kan ada kawannya yang ramai kawan perempuan. Tak lama kemudian Ariel mesej Uwais yang kaki perempuan itu. Selepas berbincang dan sudah di beri petua cara-cara memujuk perempuan, Ariel cuba berlatih bercakap apabila berhadapan dengan Harleen nanti.

Sedar tak sedar, dia sudah berada di dalam bilik selama 3 jam setengah dan jarum jam sudah menunjukkan pada pukul 7:30 minit. Dia baru perasan nombor tidak dikenalinya tidak habis menghantar mesej berkali-kali.

"Tch! Ni mesti Errafa, dia nak apa lagi?" Emosi Ariel berubah apabila bekas isterinya tidak habis mengacau hariannya.

Unknown

<- you, kita jumpa dekat tempat makan yang sama masa kita sambut first anniversary kita tau.
<- I tunggu you. Love you, sayang.

Ariel menjeling mesej itu, tak ada masa dia mahu bersayang-sayang dengan bekas kekasihnya sendiri! Muak. Tapi tidak lama itu Ariel mula berfikir dengan profesional, tak baik juga dia biarkan Errafa menunggunya berseorangan di kedai makan. Tanpa keluh-kesah Ariel bergegas pergi ke tempat yang diberitahu oleh Errafa.

Sir Miang itu DUDA?! | NEW VERWhere stories live. Discover now