"Saya cuba belajar bahagikan masa untuk isteri saya dan kerja. Saya tipu isteri saya dan cuba luangkan masa dengan dia, saya tak nak dia fikir kerja saya tak siap lagi. Saya tak nak dia mula rasa bersalah jika saya tak menyambung hal kerja hanya disebabkan dia."
"Daripada menjadi mabuk kerja ke mabuk cintanya, saya cintakan dia tetapi rupanya cinta kami tak sama. Mungkin saya mabuk kerana dia ialah cinta pertama saya. Kisah saya bertepuk sebelah tangan."
"Dan?" Aku mahu tahu kelanjutan cerita tersebut.
"Saya baru tahu dia curang belakang saya bersama bos tempat kerjanya.. saya cuba memujuk dia, saya nak baiki semuanya. Awalnya saya fikir isteri saya terima semua itu tetapi.."
"Dia curang bukan hanya dengan seorang lelaki, malah dua. Di depan mata saya sendiri saya lihat isteri saya bersetubuh dengan dua lelaki di dalam bilik utama kami, saya kecewa tapi bukan kerana isteri saya. Saya kecewa dengan diri sendiri..." aku dapat dengar suaranya berubah menjadi serak, seperti mahu menangis apabila menceritakan semua ini.
"Saya bodoh, saya seorang suami yang bodoh. Saya mengaku saya salah kerana tak menjaga isteri saya sendiri, pada hari tersebut anak kami baru umur beberapa bulan tetapi dia sanggup buat begitu di bilik kami. Di dalam rumah pemberian umi dan ayah saya.. hiskk.. saya rasa tak.. hiskk.."
"Tak berguna.. di waktu isteri saya sedang dilahap oleh dua jantan tak guna itu saya hanya menjadi penonton tidak berbayar, bodohnya saya tak buat apa-apa pun.. hiskk.." akhirnya lelaki yang selama ini selalu membuat aku rasa ingin bergelak tawa, gugur juga air matanya di hadapan aku.
"Kenapa?" Soalku
"Saya terkejut.. saya tak sangka dia sanggup buat macam tu sekali. Dia langsung tak menghiraukan kehadiran saya yang berada di dalam bilik itu. Cuma memandang lalu tersenyum seperti dia bangga melakukan perkara jijik itu.. saya menyesal Harleen."
Aku menyuruhnya duduk di atas pasir itu, sir Ariel mula mengenang semula kisah silamnya. Aku yang hanya menjadi pendengar tergamam tak sangka wanita begitu wujud di atas muka bumi ini, melihat air mata yang mengalir di pipi sir Ariel aku yakin dia masih tak boleh lupakan apa yang berlaku di antaranya dengan bekas isteri.
"Maaf saya menangis pula, hahaha. Jom duduk dekat buaian tu, awak duduk, biar saya hayun sampai.."
"Sampai apa sir?"
"Sampai awak tercampak dalam air, lepas tu awak akan lemas. Bila awak dah lemas saya akan jadi hero dan selamatkan awak, hahaha!!" Ujarnya sambil ketawa dengan suara seraknya.
Cepat betul emosi dia berubah.
"Ikut sir lah, asalkan sir bahagia." Kataku dengan pasrah,
"Ala awak tak nak ke? Kita boleh mandi dalam air laut tu sama-sama! Saya simbah air dekat awak, awak simbah balik kat saya. Kan sweet tu kalau orang nampak!"
"Dia jadi sweet kalau yang buat tu pasangan suami isteri! Ish sir ni pelik betul perangai!" Aku memijak kaki kirinya, itu lah cakap benda pelik lagi!
"Auch! Ye sebab tu saya nak awak. Nanti boleh sweet sweet macam tu dengan awak! Pandaikan saya ni. Dah la pandai, kacak, ramai peminat. Banyak lah! Awak ada?" Mula dah dengan perangainya yang poyo tu muncul!
"Itu lah banyak sangat sampai diam-diam kena curang, dah kena curang, cerai pulak tu. Saya pun tak ada sir hmm." Ujarku mahu menyindir dia, padan muka! Tapi macam jahat pun ada..
"K." Balasnya, merajuk lah tu jawap 'k' aje!
"Hahaha! Tahu pun nak merajuk."
"Saya bukan merajuk, saya syedih. Ada beza tau tak!" Katanya sambil berjalan, tangannya disilangkan memeluk tubuh
YOU ARE READING
Sir Miang itu DUDA?! | NEW VER
Romance1 | by NYNJELLY_ Isteri kesayangan abang. Hari pertama Harleen Sophia memasuki Universiti. Pada mulanya dia ingat akan berjumpa dengan lelaki kacak seperti gurunya pernah berkata saat dia masih di sekolah menengah dahulu tetapi.. "Awak pandang saya...