2 4 | SMTD

636 49 1
                                    

Aku dan makcik Esma bersembang tentang perkara satu majlis besar yang akan diadakn oleh ibuku, majlis apa pun mereka tak beritahu. Yang selalu diulang hanya lah "Harleen bawak siapa?" Matilanak!

"Umi, majlis apa sebenarnya ni? Leen tak tahu apa-apa pun." Soal aku memandang makcik Esma yang tekun menyusun cawan tehnya di atas meja. "Majlis kenal-kenalan dengan keluarga lah. Mama tak beritahu pada Leen ke?" Soal makcik Esma pula. Aku menggeleng kepala, mama dari hari tu nak berahsia!

"Majlis ni penting, Leen bawa lah sesiapa pun, kita buat dekat dewan besar tu." Ujar makcik Esma, aku melihat sekeliling rumah, mana pula sir singa itu pergi?

"Cik Harleen cari saya ke?" Tiba-tiba sahaja dia menegur aku dari belakang, "tak lah." Jawapku selamba walhal di dalam otak ini tak berhenti mencarinya. "Iya lah tu." Katanya, sir Ariel duduk di sebelahku. Dia mendukung anak lelakinya yang kusyuk makan roti mentega madu. Nampak sedap!

"Mami.. mami! Mamiii!!" Budak kecil itu memanggilku sambil mendepakan tangannya padaku. "Dia nak peluk awak." Ujar sir Ariel, dia memberikan anaknya padaku.

"Rindu mami.. hmm.." Jiji menarik bahu aku dan memeluk erat, comel pula anak si duda ni. Nak culik bawa balik rumah boleh? "Rindu Jiji jugakk! Muahh. Muahh. Muah." Aku menyium pipi londeh Jiji sebanyak tiga kali, ah tak tahan! Rasa nak ambil bawa lari aje budak ni.

"Papa! Mami cium Jiji. Papa ada? Hehehe." Jiji gelak nyaring, aku dapat lihat wajah sir Ariel yang bertukar merah itu. Apalah nasib dapat anak perangai sama dengan ayahnya!

Sir Ariel tersengih malu, dia cuba mengubah topik, "umi, bila tarikh majlis tu?" Soalnya "lagi empat hari. Ariel datang majlis tu kan?" Soal makcik Esma pula

"Kalau dia datang, along pun datang. Ekhemm." Perkataan dia ditegaskan, dia berdehem kuat disebelahku. Sir Ariel maksudkan 'dia' itu sebagai aku ke? Bukan tadi dalam dewan aku cakap tak mahu lebih ke?

"Eh terlupa, dia tak nak lebih-lebih kan. Takut terbagi harapan palsu pula. Tak apalah, tak nak pun harapkan dia datang. Ekheeem!!" Makin kuat sir Ariel berdehem tetapi kali ini dia betul-betul sedang menyindir aku! Di depan makcik Esma? Wah, berani sungguh!

"Kita tak bagi harapan palsu pun. Dia yang letakkan harapan yang tinggi dekat kita. Kan Jiji kan kan. Ekheem! hemm!" Balas aku pula, aku membalas deheman dia yang kuat itu tadi. Berani dia nak lawan Harleen?

"Korang berdua ni bergaduh ke? Kalau iya pun bergaduh jangan lah depan umi. Hahaha, terhibur umi tengok celoteh korang ni lah." Makcik Esma gelak kecil sambil menepuk peha kananku, auch! Sakit! Berbisa sungguh tangan orang tua-tua ini ya.

"Bukan gaduh, tapi dia tu aje yang tak nak lebih-lebih. Along setuju aje kalau dia tak nak lebih-lebih tu." Masih lagi dengan ayat sindirannya, tak habis lagi. Nak lawan ke?

"Sudah sudah lah! Pening umi tak faham satu pun apa benda yang korang berdua tengah cakapkan ni. Umi pergi dapur dulu nak tengok ubi dah masak ke belum. Pagi tadi mama Leen cakap nak ubi." Makcik Esma cuba meminta diri keluar dari situasi kami yang hampir mahu bertengkar.

"Maaflah, saya tak rasa saya boleh terima sir. Saya harap sir boleh faham saya, sejujurnya saya dapat rasa sir cuma nak mainkan perasaan saya sahaja. Saya tak boleh balas perasaan sir Ariel." Aku cuba meyakinkan dia dengan kata-kata basi aku itu, ah biarlah kedengaran seperti tak tahu malu tetapi aku tak mahu sir letakkan harapan padaku.

"Kenapa fikir macam tu? Muka saya ni nampak seperti muka-muka orang tak cukup bini satu ke? Saya tak percaya semua kata-kata awak tu. Saya tahu  awak tak mahu terima saya disebabkan perkara lama itu kan. Awak masih marahkan saya, kan?"

"Tak apa, saya akan cuba sedaya-upaya bagi awak percaya dan sedar, saya serius mahukan awak." Ujar sir Ariel panjang-lebar, aku tak mampu berkata apa-apa lagi. Hanya terdiam dan melayan emosi. Tak apa lah aku sendiri pun sudah pilih jalan begini. Sendiri tanggung lah.

"Saya tak sukakan sir, tak akan." Ucapku dengan yakin, sir Ariel hanya tersenyum. Entah senyuman semacam apa yang dia berikan itu. Lelaki itu diam membisu, tidak mengatakan apa-apa lagi. Matanya hanya memandang susuk anaknya yang bermain dengan pembantu rumah ini.

Mungkin duda seorang ini sedang kecewa, sedih.

Ada banyak sebab mengapa aku tak boleh terima sir Ariel dalam hidup aku. Perlu ke aku senaraikan semuanya? Kisahku bagai pungguk merindukan bulan.

Makcik Esma datang ke arahku sambil membawa sebekas ubi rebus. "Nah Leen, bagi mama tau, jangan makan pula dalam kereta!" Arahnya, tak lama itu sir Ariel keluar dari rumah, dia menghidupkan enjin kereta. Aku keluar dari rumah selepas menyalam tangan makcik Esma.

"Sir boleh hantar saya balik tak?"

Sir Ariel mengangguk, langsung tidak memandang aku yang berada di luar kereta. Aku pun masuk ke dalam perut kereta, masih lagi duduk di tempat belakang. Melihat wajah sir Ariel tika ini aku yakin dia sedang sedih mendengar jawapan aku baru tadi.

Aku menunggu di dalam kereta hampir 15 minit mahu tiba di rumah keluargaku. Sampai sahaja di rumah, sir Ariel di sambut gembira oleh ibuku, sayang betul dia pada sir Ariel.

"Leen, ada ubi?" Soal ibu, aku mengangguk lalu menghulurkan bekas kepada ibu. Sekilas aku memandang wajah sir Ariel dan rupanya dia sudah lama memandang aku, entah apa yang difikirkan. Mungkin masih tak puas hati?

"Ni Ariel nak balik terus ke? Ke nak duduk dulu dekat dalam rumah ni?"

"Err tak apa lah, saya pun ada hal sebenarnya. Saya balik dulu, assalamualaikum." Sir Ariel meminta pamit, langsung tak memandang aku. Hmph!

"Tuikkk." Qaif menyentuh bahu aku; tersengih seperti dapat tahu aku dan sir Ariel sedang tak baik-baik sahaja.

Qaif dan abang Raf berdiri di sebelah aku, "kau buat hal apa lagi dekat kawan aku tu?" Bisik abang Raf, Qaif mengangguk-angguk. Aku pula hanya menggelengkan kepala, malas lah nak ungkit!

"Abang bukan apa, sebab tadi Ariel mesej dia nak ajak kau keluar lepas hantar kau balik rumah. Ni tiba-tiba pula dia ada hal." Sambung abang Raf sambil berjalan menuju ke ruang tamu dan jatuhkan punggung di atas sofa bersama aku dan Qaif.

"Dia nak bawa Leen keluar pergi mana?" Soalku pula

Qaif memberikan telefonnya kepadaku, dia menunjukkan gambar-gambar menarik yang dihantar oleh sir Ariel. "Dia nak bawa kau pergi sini Leen. Dah siap tempah, dinner dia mewah-mewah pulak tu." Ujar Qaif pula, dari gambar tu aku dapat pastikan sir Ariel tempahkan tempat yang mewah!

Apa aku dah buat ni?

"Abang Raf... Leen cakap.."

"Kau tak terima dia, kau cakap tu kan." Teka abang Raf, macam mana dia boleh tahu ni. Aku menjatuhkan kepala perlahan, "cuba kau teka berapa sir Ariel habiskan duit buat semua tu." Sambung abang Raf, nada dia serius saat ini

"Leen tak tahu.." jawapku.

"Beribu pun tak cukup, berbelas ribu lagi lah. Ada salt bae pula tu, chef terkenal, bukan setakat itu.." abang Raf berhentikan kata-katanya lalu menelan air liur.

"Kau tahu dia belikan kita tiket pergi ke negara Turkey untuk bercuti lagi dua minggu selepas majlis umi adakan selesai. Kau tak kesian ke dekat dia?" Sambungnya, ya menipu lah jika aku tak terkejut mendengar semua itu.

Sanggup menghabiskan duitnya hanya untuk aku? Sir Ariel jutawan kah?

Sanggup menghabiskan duitnya hanya untuk aku? Sir Ariel jutawan kah?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fuh lelaki idaman duda sorang ni, nak tak? Tak nak aku ambil.

On instagram @/nvvyn.ly

   -
Swipe Up ⬆️

Sir Miang itu DUDA?! | NEW VERWhere stories live. Discover now