"Abang Raf! Leen dah dapat! Leen dah dapat! Wuhuu!" Aku jerit dengan kuat sambil berlari masuk ke rumah dan pergi ke arah abang Raf yang sedang menikmati airnya
"Uhuk! Uhukk! Dapat apa ni Maimunah?"
"Dapat duda lah! Tadi Leen jumpa seorang pensyarah lelaki ni, Leen tanya dia pasal kawan abang tu"
"Pastu?"
"Pastu dia ambil nombor Leen nanti dia bagi lah nombor Leen dekat kawan duda dia tu, aaaa! Leen tak sabar lelaki duda tu mesej Leen!" Hampir satu rumah boleh dengar suara aku menjerit sambil melompat-lompat, hehe teruja la kita!
"Kawan dia?" Tiba-tiba abang Raf membuat mimik muka hairan lepas dengar apa yang aku katakan tadi, aku cakap benda yang salah ke?
"Ekhem! Seronoknya orang tu dapat nombor duda, happy, happy juga tapi kau pergi sana untuk belajar. Bukan mengorat orang! Faham?" siapa lagi kalau tak bukan Qaif, si perosak suasana!
"Eish aku tahu lah, kau suka sangat menyibuk" aku menjeling Qaif lalu duduk di sebelah abang Raf, aku merampas cawan yang masih ada airnya dari abang Raf
"Aku peringatkan aje, aku tahu lah kau dah lama single tapi jangan lah nak menggatal sangat dekat sana. Kau tak payah lah nak kahwin cepat sangat" Qaif berleter, aku buat-buat tak dengar bebelan dia
"Kakak! Kakak! Tengok ni Amisha lukis muka kakak! Sama tak? Cantik tak? Hehehe.."
Abang Raf dan Qaif mengambil kertas lukisan dari Amisha, masing-masing ketawa. Dah kenapa gelak tiba-tiba?
"Nah"
Gambar lukisan dari Amisha :"Apahal baby Yoda!? Buruk! Aku tak suka gambar ni!" Tanpa aku fikirkan perasaan dia, aku tak sengaja meninggikan suara pada Amisha..
"Hey.. Harleen, jangan lah marah adik. Dia nak bergurau ajelah dengan kau" dada aku seakan-akan hampir meletup sekarang, aku sendiri tak tahu kenapa aku makin bengang tengok muka Amisha. Aku benci dia.
Qaif pula pegang kedua-dua tangan aku dari belakang dan dalam masa yang sama dia menggosok bahu kiri aku dengan perlahan supaya aku dapat bertenang.
"Amisha minta maaf kakak, hisk.. Hisk.. Nanti Amisha buang kertas ni.." suara Amisha berubah menjadi perlahan dan cecair laju keluar dari kelopak matanya
"K"
"Bunyi apa bising-bising ni? Eh anak mommy kenapa menangis, siapa buat sayang?" Datang dah mak Jemah ni, isteri kedua papa
"Amisha lukis buruk.."
"Mana? Meh sini bagi mommy tengok.. Hmm, apa yang buruk? Comel dah ni, comel macam anak mommy!"
"Amisha lukis kakak Harleen, kakak kata ni buruk" amboi, dia petik nama aku?
"Hmm, Amisha kena lukis orang lain ni, bila Amisha lukis dia memang terus buruk lukisan anak mommy ni. Jom kita pergi makan, nak?"
YOU ARE READING
Sir Miang itu DUDA?! | NEW VER
Romance1 | by NYNJELLY_ Isteri kesayangan abang. Hari pertama Harleen Sophia memasuki Universiti. Pada mulanya dia ingat akan berjumpa dengan lelaki kacak seperti gurunya pernah berkata saat dia masih di sekolah menengah dahulu tetapi.. "Awak pandang saya...