1 8 | SMTD

1K 91 14
                                    

Aku menjatuhkan punggung di sebelah mama, pelbagai soalan yang muncul dalam kotak fikiranku sekarang

"Mama sembang apa dengan pensyarah Leen?" Soal aku

"Rahsia lah, orang muda tak boleh tahu." mama tersenyum lalu pergi ke dapur

Aku mendengus tak puas hati dengan jawapan mama, mana aci! Aku bangun menaiki anak tangga mahu masuk ke dalam bilik tidur sendiri

Aku baring terlantar di atas tilam dan memandang siling bilik sambil kaki aku di goyang-goyangkan ke kiri dan ke kanan. Sedang memikirkan apa yang sir Ariel dan mama bualkan tadi

Ting! Ting! Ting! Ting! Ting!

Tak berhenti bunyi notifikasi mesej aku masuk dalam telefon ni, siapa pula yang mesej ni?

WhatsApp
Online
Negatif V duda encem!

<- Harleen, awak apa khabar?

<- saya nak alamat rumah awak boleh tak?
saya nak berikan sesuatu barang ni

<- itu pun kalau awak sudi lah

<- saya nak hadiahkan sesuatu supaya awak
lebih percayakan saya lagi lepas ni

<- saya harap kita boleh jumpa dengan identiti yang sebenar...

apa maksud awak identiti yang sebenar? ->
seen

Mesej aku hanya dia lihat dan tak balas pun, aku setia menunggu sehingga matahari berganti bulan dan aku pula hanya membiarkan telefon aku terbuka. Nak tahu juga apa dimaksudkannya.

Ke hulur ke hilir aku berjalan memikirkan maksud kata-katanya, kenapa rumit sangat duda seorang ni!

"Harleen! Turun bawah, ni ada sir Ariel dengan ibunya datang!" Jerit mama dari tingkat bawah

Deras aku turun dan menyalam tangan ibu kepada sir Ariel dan memberikan dia sambutan dengan senyuman aku

"Wah, ini ke Harleen Sophia? Cantik orangnya. Muka natural aje si Harleen ni" ujarnya

"Tak ada lah aunty, muka saya biasa biasa je. Muka cukup makan lah ni." aku membalas sambil di iringi ketawa kecil

"Tak nak lah panggil aunty, panggil umi je boleh? Nanti jadi anak umi jugak awak ni hahaha"

Aku tak faham dengan maksud yang dia katakan tapi aku ikut ketawa sahaja supaya tak nampak janggal. Dari tadi mata aku melilau mencari seseorang yang sepatutnya datang dengan wanita di sebelah aku ini. Mana si dia ni? Hm..

"Ekhemm.. cari saya ke? Ni saya ada dekat sebelah awak dari tadi lagi cik Harleen." Tiba-tiba sahaja aku terdengar suara dia yang berdiri di sebelah kanan aku

"Saya tak cari awak lah, saya cari anak awak!" Aku cuba menutup rasa malu tadi, sudah la ibunya dan mama turut ketawa

"Tak datang, dia demam. Saya tak boleh teman dia sebab ayah saya tak bagi." Terang sir Ariel pada aku, aku mengangguk faham

"Tercegat apa lagi ni? Duduk la dekat meja ni. Macam-macam lauk pauk ada ni, yang penting bukan Harleen lah yang masaknya" abang Raf dan Qaif gelak sahaja apa yang baru dikatakan oleh mommy, ibu tiriku!

Sir Miang itu DUDA?! | NEW VERWhere stories live. Discover now