"Abang Raf!!" Jerit aku sekuat-kuatnya mencari batang hidung abang Raf, mana pula dia ni?
"Qaif, mana abang Raf?" Aku menyoal Qaif yang sedang bermain dengan Amisha
"Entah"
"Adik nampak! Abang tengah sembang dengan kawan dekat ruang tamu." Qaif yang ditanya, adik yang tak dianggap itu pula yang sibuk menjawap
Aku berjalan laju ke ruang tamu untuk mengatakan sesuatu pada abang Raf dan kaki aku terhenti tatkala melihat seorang lelaki duduk menyilang kaki yang bersembang rancak dengan abang Raf
"Ha, Harleen! Sini sini!" Panggil abang Raf sambil melambai-lambai tangannya padaku
"Ha Ariel, ini lah adik aku yang nakal tu. Kenal tak?"
"Kenal, aku ada terserempak dengan dia beberapa kali dekat cafe"
"Leen, ni pensyarah Leen kan?" Soal abang Raf, ish dia ni dah tahu sengaja nak tanya lagi buat apa?
"Ya, Leen naik atas dulu lah--"
"Harleen!" Suara yang aku sangat kenali itu memanggil aku, dia nak apa pula kali ini!
"Ya?"
"Dah siap?"
"Siap apa?"
"Assignment yang saya bagi masa kelas semalam lah"
"Belum.." aku menundukkan wajah memandang lantai, aduh! Masa ini juga dia nak tanya
"Saya bagi masa seminggu dan selepas itu saya dah tak terima, faham?" Tegas suaranya memberikan aku amaran
"Faham"
"Garang lagi Riel! Kau nak rotan adik aku pun aku halalkan bro!" Abang Raf menyampuk, ish sibuk aje!
"Tak nak lah, nanti dia marah duda kesayangan dia yang ini pula." Aku menjegilkan mata sambil menggenggam kuat kedua-dua tanganku, berani eh kau!
"Siapa kata saya suka sir? Saya suka duda kaya sahaja! Perasan betul sir duda miang ni, hmph!" Aku memberanikan diri menjawap didepan abang Raf lalu berjalan mendaki tangga dengan pipi yang meronta-ronta menahan malu! Lantak lah dia nak kata aku biadap atau apapun.
Aku cuba curi curi dengar perbualan sir Ariel dan abang Raf dari atas tangga
"Suka adik aku ke bro?"
"Mana ada, tak akan lah aku nak suka dekat anak dara orang pula kan?"
"Eleh, tak nak mengaku ye?"
"Betul lah, buat apa suka adik kau kalau aku boleh suka perempuan yang lagi lawa"
"Adik aku tu tak lawa ke?"
"Tak, aku tak suka perempuan kulit gelap, pipi besar dan berjerawat"
Ayatnya yang singkat itu membuatkan mata aku menjatuhkan biji-biji permata, buruk sangat ke perempuan seperti aku ni? Satu persatu air mata aku jatuh!
Rupanya tak semua duda baik dan pandai menjaga hati dan perasaan seorang perempuan!
"Kau cakap apa jantan tak guna?! Perempuan mana yang kau maksudkan kulit gelap hah bodoh!" Aku yang sedang dihanyutkan dengan rasa sedih tadi terus tersentak dengan tindakan Qaif yang tiba-tiba itu
"Bro, chillah!"
"Bodoh, kau duduk diam ajelah dengar orang asing hina adik sendiri hah?! Pukimak apa perangai kau ni, Raf! Kau jantan, kau ingat kau sempurna sangat ke hah sampai sanggup kutuk Harleen!"
"Baik kau berambus sekarang sebelum aku hantar badan kau masuk tanah nanti, duda tak laku!"
Berkencang-kencang jantung aku berdegup mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut Qaif, habis lah nanti aku kena marah dengan sir Ariel!
YOU ARE READING
Sir Miang itu DUDA?! | NEW VER
Romance1 | by NYNJELLY_ Isteri kesayangan abang. Hari pertama Harleen Sophia memasuki Universiti. Pada mulanya dia ingat akan berjumpa dengan lelaki kacak seperti gurunya pernah berkata saat dia masih di sekolah menengah dahulu tetapi.. "Awak pandang saya...