1 5 | SMTD

1.2K 106 19
                                    

Seminggu selepas perkahwinan Harleen dan Ariel berlalu..

"Harleen" sir Ariel memanggilku dengan keadaan aku yang separuh mamai atas katil. Ya Allah, empuknya katil ni!

"Awak, bangun lah. Kita solat subuh sama-sama ya? Cepat bangun nanti terlambat pula"

"Lima minit.."

Cup!!!

Melantun seketika bibir aku selepas di cium oleh dia, oemji!

"Leen, bangun sekarang kalau tak saya telefon mama awak!!"

"Apa awak ni cium bibir kita! Tak baik tahu tak hmph.." aku mencebik sambil memuncungkan bibir, tangan di silang ke dada

"Jom solat, tak baik tau melambat-lambatkan solat nanti tuhan marah. Lepas solat kita mengaji sama-sama nak tak?" Sir Ariel memandang aku dengan sepasang matanya yang agak.. Tenang.

"Okay awak"

Selepas aku dan sir Ariel mendirikan solat subuh bersama si kecil cilik yang iaitu Jiji, aku tertidur di atas peha keras milik sir Ariel. Sebelum aku melelapkan mata, aku dapat lihat betapa tekunnya dia berzikir atas nama Allah sambil memegang tasbih hijaunya.

Tak sia-sia saya kahwin dengan awak.

Tak lama itu aku bangun dari tidur nyenyak, aku mencari tubuh sasa tadi. Mana dia? Dia tinggalkan aku ke? Oh no! "Sayang, dah bangun?"

"Erm, dah. Kenapa awak tak tunggu saya bangun dulu hmm.."

"Abang baru keluar tandas lah, abang tak nak kejut awak yang tengah lena tidur. Nak makan? Abang ada masak kat dapur sementara tengok awak nyenyak tidur atas sejadah"

"Okay tapi nanti dulu.. Saya nak mandi"

"Nak ikut"

"Shhtt! No!"

Dia memandang aku dengan wajah seperti anak anjing yang mahu mengikut si ibu nya pergi ke mana-mana. Akh! Tak boleh buat apa, kenapa suami aku ni kacak sangat?

"Okay, yelah jom!" Aku menarik lengan berototnya memasuki tandas

"Yey mandi dengan Harleen!"

Aku dan sir Ariel mandi bersama, ya semestinya tanpa satu benang pun ada pada tubuh kami. Jangan bayangkan ya!

Kami berdua berjoget-joget di dalam tandas lalu aku baring di atas badannya di dalam tab mandi yang agak luas ini. Syok ya baring atas dada shuben kita ni!

"Harleen, awak tahu berapa jumlah manusia dalam dunia ini?"

"Tak tahu" aku menjawap, kenapa pelik sangat soalan dia ni?

"Tujuh puluh empat juta"

"Wah! Pandainya shuben saya ni!"

"Mesti lah pandai, saya pensyarah awak kan"

"Kenapa dengan jumlah manusia?"

"Jom tambah umat manusia nak? Sekarang dalam tandas. Kita tambah twins, total adalah tujuh puluh empat, dua juta!"

Aku menyimbah air sebaldi yang sudah tersedia ada di sebelah tab mandi kami. Miang sungguh!

Tak nak mengaku suami!

"Jom lah sayang, kita tak pernah buat proses persenyawaan. Apa kata kali ini kita membiak? Hihihi"

Dah keluar ayat sains dia, penat lah kahwin dengan pensyarah bijak tapi senget ni!

"Papi! Mami! Mana ni, Jiji nak masukk!!" Alhamdulillah anak kesayangan ada!

"Kejap sayang! Mami datang ni!"

Sir Miang itu DUDA?! | NEW VERWhere stories live. Discover now