3| SMTD

3.2K 232 33
                                    

{Paksa}

Pagi yang indah, bunyi siulan burung yang sudah puas membuang tahiknya atas kereta mama dan siapa tukang bersih? Aku lah! Siapa lagi dalam rumah ini yang rajin

"Burung ni tak ada kerja lain ke? Aku dah baik hati bagi makanan dia masih lagi nak buang tahik atas atap kereta orang! Hish dasar burung tak kenang budi" bebel Harleen seorang diri sambil bersihkan kereta yang terkena tahik burung.

"Patut la kau single, kuat membebel. Susah la aku nak dapat adik ipar kalau kau asyik membebel, cuba kalau buat kerja tu mulut diam, tangan je bergerak"

Rafiqi Izman, abang tak guna tapi dalam masa yang sama dia paling berguna. Faham tak?

"Diam lah kau! Bising je"

"Kahwin dengan kawan abang nak? Tapi dia tua sikit tau. Hensem, kaya dan dia memerlukan speaker sekolah yang banyak cakap untuk bangunkan dia dari mimpi. Sesuai lah dengan kau dik" kata Rafiqi lalu berjalan duduk di buaian, sebelah parkir kereta

"Tch, Hempuk karang! Adik bukan speaker sekolah lah" Harleen berdecit dan menyambung bersihkan kesan tahik burung

"Orang dah offer tak nak pula, laki tu dah la hensem. Rugi!" desis Raf perlahan dan pada di akhir ayat dia tinggikan suara semula. Biar Harleen tahu dia sudah mensia-siakan rezeki yang datang bergolek di depan mata. Gituw!

Harleen diam dan bebola matanya berpusing naik ke atas. Sibuk aje jantan ni nak main jodohkan orang pulak!

"Papa! Amisha nak cokelat tu! Oleyy tak?"

Amisha Irdina, anak kepada papa dan isteri keduanya. Mak dengan anak sama je, beban.

"Eh, mana boleh! Tu coklat Harleen, kau berani makan aku lempang pipi tu"

"Huwaaa!! Papa, kakak marah adik!"

Cepat Harleen berlari dan ambil kesemua coklat yang terletak elok di sebelah novel. Tak nak berkongsi dengan anak si perampas katanya dahulu.

"Harleen, bagi la dia satu coklat, kamu ni dah besar matang la sikit"

"Papa tu dah tua kena matang la juga, tak payah gatal nak kawin dua" perli Harleen secara berdepan dengan ayahnya dan naik ke tingkat atas. Rasain lo!

Belum sempat Harleen  mahu membuka pintu bilik, isteri kedua papanya cepat menghalang. Apa kau fikir ni main permainan tangkap-tangkap tu ke? Sampai nak depa tangan

"Bagi adik satu coklat awak tu, sekarang!"

"Tepi"

"Bagi. adik. satu. coklat" katanya satu-persatu dan merampas dua coklat Harleen

Perempuan tua ni memang mencabar iman aku lah!

"Eeitsss, siapa suruh ambil? Aku tak izinkan pun. Blah!" pekik Harleen tepat di tepi telinga ibu tirinya. Terus dia merampas semula kedua coklatnya dan masuk bilik, dia mengunci pintu cepat.

"Huuftt.. Semak je la dua orang tu! Bila lah ibu nak minta cerai dengan papa? Papa, isteri kedua dan anak sama je, sibuk duduk dalam rumah orang. Sepatutnya diaorang tu dah berambus dari rumah ini. Entah kenapa mama boleh kesiankan papa lagi.."

Sir Miang itu DUDA?! | NEW VERWhere stories live. Discover now