1 0 | SMTD

1.6K 137 3
                                    

"Eh! P- perempuan ni k- ke umi?"

"Iya, kenapa, kamu tak suka ke? Tak ada, ibu tak peduli! Ibu nak jugak--"

"Suka lah, takkan along tak suka pula! Di- di- dia comel umi. Along selalu curi-curi tengok muka dia kalau tengah mengajar.. A- along suka perangai dia.." terus tersipu malu Ariel dibuatnya apabila menceritakan tentang dirinya yang sudah dilamun cinta walaupun hanya sekejap mereka bertemu!

"Tak pernah-pernah pula umi tahu yang anak sulong umi ni pandai suka dekat seseorang, kena sampuk ke?"

"Mana ada umi! Along tak tipu lah, dia comel tapi along tak sengaja cakap benda yang merapu pada dia. Along menyesal!" Automatik Ariel mengguling-gulingkan badannya di atas katil dan melihat tingkah Ariel buatkan makcik Esma tersenyum nakal

Ada lah tu idea mengarut dia!

"Cuba pujuk dia, perempuan ni kalau kita pujuk lembut-lembut suka lah dia" ucap makcik Esma bersama gelak halus dia dihujung ayat

"Tapi along tak sengaja kata dia buruk sedangkan along tengah gelabah masatu! Along langsung tak memaksudkan pun"

Makcik Esma menggelengkan kepalanya, sikap gegabah dan cuai tak pernah berpisah dalam diri Ariel dari dia kecil lagi!

"Perlahan-lahan" makcik Esma terus keluar dari bilik tidur Ariel dan turun tangga mahu menyiapkan makanan untuk si kecil Zariq

"Susahnya hidup jadi duda ni" ucap Ariel seorang diri, ya betul lah apa yang dikatakan tadi, hidupnya semakin serabut apabila tiada pasangan disisi untuk menolong dan memberikan sokongan sepenuhnya pada dia

"Susahnya hidup jadi duda ni" ucap Ariel seorang diri, ya betul lah apa yang dikatakan tadi, hidupnya semakin serabut apabila tiada pasangan disisi untuk menolong dan memberikan sokongan sepenuhnya pada dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Leen... Abang minta maaf tau pasal petang tadi" abang Raf membuka perlahan daun pintu bilik aku

"Hm tak apa, Leen tak ambil hati pun." Bohongku, kalau boleh bedah di bahagian tengah-tengah jantung aku ni, pasti dia pun tak sanggup buat perkara tadi

Semua haiwan huru-hara tahu!

"Tipu lah" abang Raf duduk disebelah aku sambil menggosok perlahan badan aku

"Abang tak percaya apa yang sir Ariel katakan tadi, abang tahu dia bukan lelaki macam tu. Jangan risau lah" dia cuba memujuk aku namun ayat basi seperti itu langsung tak melegakan aku

"Hm"

"Percaya pada abang, sir Ariel tu baik, kacak cuma dia tak reti nak tonjolkan sifat sebenar dia aje. Tadi mungkin dia tak sengaja langsung cakap macam tu"

Lagi dan lagi, abang Raf tetap akan bela lelaki tu, dia tak nampak ke aku tengah sedih sekarang ni! "Abang minta maaf bagi pihak dia, Leen jangan marah dia lama-lama sangat tau?"

"Hm"

"Jangan lah hm, balas la perkataan lain pula wahai adikku yang manja bulus bulus"

Sir Miang itu DUDA?! | NEW VERWhere stories live. Discover now