1 1 | SMTD

1.4K 117 4
                                    

"Mami! Bangun!"

"Mami bangunlah cepat! Lamanya mami tidur, dah la berdengkur kuat pulak tu! Ish ish ish."

"Ermm.. lima minit lagi ma.."

"Comelnya lahai tengok dia tidur, tambah lagi ada air liur mengalir keluar dari mulut dia.. selfi dulu!"
Ariel mengambil telefon pintarnya lalu dia menangkap gambar bertiga bersama anaknya dan Harleen di bahagian tengah yang sedang tidur berdengkur.

Kecekak!

Kecekak!!

"Hihihi, comel lah mami tidur!" Jiji gelak kecil melihat gambar Harleen

"Okay, papi keluar dulu tau. Jiji gerak je sampai mami bangun ok?" Ariel mengenyitkan matanya pada Jiji, Jiji mengangkat ibu jari kanan pada papi dia bermaksud 'okeh!'

"Mami, tadi papi cakap nak sebarkan gambar mami tidur dengan mulut ternganga dekat Fb! Baik mami bangun sekarang.." sepantas kilat aku bangun sambil memandang wajah comel Jiji, selepas itu aku mengelap air liur dengan lengan baju

"Jiji cakap apa tadi? Akak tak dengar lah"

"Papi nak sebarkan muka mami dekat Fb"

Lalu aku berlari laju keluar dari bilik dan mencari si dia! Amboi berani nak sebar muka orang hah? Cari punya cari akhirnya jumpa juga! Dia sedang bergelak tawa memandang skrin telefon? Tengok apa tu?

"Hey awak!" Aku menepuk-nepuk bahu dia dari belakang dengan sebelah tangan lagi aku cekak di pinggang

"Eh... Harleen, goodmorning awak" dia senyum

"Morning apa? Awak padam gambar tu sekarang!" Panas pula hati ini bila dia sembahkan senyuman macam badak busuk! "M- mana awak tahu fasal gambar ni? Siapa beritahu?"

"Tak penting! Yang penting saya nak awak padam gambar tu dulu kalau tak saya tak akan submit assignment yang awak minta tu" aku mengugut dia tapi apakan daya, ugutan aku langsung tak berhasil! Dia berikan senyuman badak busuknya lagi "kalau awak tak submit..."

Dah kenapa tiba-tiba diam?

Dia bersiul dan jari telunjuknya diarahkan pada abang Raf. "Saya akan report pada abam besar ni" nada suara dia perlahankan dan tersenyum sinis, berani betul!

Aku menjelirkan lidah pada dia, "no delete?, no assignment" aku menarik muka menjeling dia dan tinggalkan dia seorang diri di situ! Kah kah kah!

"Budak ni nak kena ajar bahasa inggeris semula ke? Nasib comel aje!"

Apa yang keluar dari mulut tak selalunya benar, begitulah yang terjadi pada aku sekarang ini. Kononnya tak mahu dan tak nak hantar tugasan yang sir Ariel minta tetapi akhirnya aku buat juga sedaya upaya!

Go Harleen! You can do it!

"Ekhem.." satu suara lelaki berdehem depan pintu bilik aku, dia masuk dan letakkan secawan air panas atas meja belajar aku.

"Harleen, minum dulu lepas tu rehat la sekejap. Risau pula aku tengok kau nak dekat empat puluh minit tak berhenti tekan biji keyboard laptop ni"

Ceh! Tak perlu pun sebut empat puluh minit tu

"Nanti lah Leen rehat, banyak ni kena buat. Nanti duda miang tu bising pula!" Balas aku lalu menyambung menaip, "aku cakap rehat tu rehat lah! Minum air dulu, abaikan lelaki tu" Qaif menaikkan suara, nampak sangat dia masih marahkan sir Ariel

"Erm.. okay Qaif." Aku meneguk sampai habis air coklat panas yang dibuat oleh dia, prihatin betul!

"Bagus, simpan dulu laptop tu nanti sambung k?" Qaif keluar dari bilik membawa cawan yang aku minum tadi. Haih kalau lah ada lelaki yang romantis seperti dia lagi!

Sir Miang itu DUDA?! | NEW VERWhere stories live. Discover now