Ariel bangun dari tidurnya dalam keadaan mamai, dia mengangkat panggilan itu
"Hello, siapa ni?" dia pelik kenapa masih ada yang menelefonnya pada pukul 4:30 pagi. Dia matikan telefonnya dan kembali tidur.
Tepat sahaja pukul 10:15 pagi, Ariel yang sudah bersiap mahu mengejut anaknya, mereka sarapan bersama.
"Papi.." panggil Jiji
"Ya baby?"
"Papi dah pujuk mami kita ke?" Soal Jiji dengan sepasang mata bulat comelnya
"Belum la baby, papi call kakak Leen banyak kali, dia tak angkat pun." Jawap Ariel berharap Jiji memahaminya
"Ish, papi ni! Bencilah." Jiji bangun dari kerusi makan sebaik sahaja dia selesai makan dia terus baring bermain dengan Ipadnya di ruangan tempat dia dan Ariel selalu lepak berdua.
"Siapa pula yang telefon aku pagi buta tadi? Pelik." Gumam Ariel perlahan
Ariel cuba menelefon nombor itu beberapa kali tapi tidak pula dijawab. "Haih, pelik."
Dia memandang suasana di dalam rumahnya melihat keluarga dia berkumpul dalam rumah miliknya. Beberapa saat kemudian Ariel bangun dan duduk di luar rumah, dia duduk di atas kerusi yang menghadap pemandangan halaman rumah.
Ariel meminta kawannya menjejak nombor telefon itu namun hanya satu petunjuk sahaja yang mereka dapat iaitu nama tempat. "Macam kenal tempat ni. Dekat.. Melaka?" Teka Ariel tepat setelah mencari alamat tempat pemilik nombor itu.
"Riel, kau nak pergi tempat tu ke?" Soal Asraf dapat meneka niat kawannya. Ariel menjawap 'ya' sebagai jawapan lalu dia meletakkan panggilan itu. "Let's find the owners number." Ucap Ariel sambil tersenyum yang ingin tahu
Lelaki itu mengambil seminggu cuti kerja hanya untuk mencari pemilik nombor tersebut, tingkahnya membuatkan Harleen curiga kenapa dia tiba-tiba tak datang mengajar.
Pelbagai alasan dia berikan pada umi dan anaknya supaya dia dapat pergi ke Melaka mencari milik nombor telefon itu. Akhirnya dia dapat juga pergi dengan satu syarat belikan mereka buah tangan.
Tiba sahaja Ariel di negeri Melaka keluar dari kapal terbang, dia terus pergi menginap di Hotel untuk berehat seketika. Pada esok pagi pencariannya bermula, mungkin orang lain menganggap 'salah call kot' tapi bagi Ariel selepas melihat gambar yang diberikan oleh kawannya setelah dikesan dia yakin dia kenal dengan pemilik nombor itu.
"Betul ke alamat yang kau bagi ni, Uwais?" Soal Ariel di dalam panggilan bersama Uwais, dia takut jika lelaki itu berikan alamat yang salah
"Iya betul lagi, aku mana pernah salah." balas Uwais dengan begitu yakin
Sudah dua hari Ariel menetap di Melaka, masih tiada tanda dari pemilik nombor itu. Dia cuba sedaya-upaya menelefon nombor tersebut sambil menikmati air milo di kedai minum. Tiada yang jawap.
Sebaik sahaja Ariel memutuskan mahu beredar dari kedai ada seorang lelaki yang tidak dikenalinya memberikan dia sepucuk surat. Ariel mengambil lalu dia memandang semula si pemberi tetapi laju jejaka itu hilang dari radar.
'Jumpa I di Melaka River
Cruise pukul 10:00 p.m.'Ariel cuba mencari si pemberi surat itu tapi dia tak dapat dijumpai lagi, dia bergegas pulang ke rumah, entah mengapa dia rasa seperti kenal dengan nama tempat itu. Dia mandi lebih awal kerana sekarang sudah pun menunjukkan jam pada pukul 6:00 p.m.
YOU ARE READING
Sir Miang itu DUDA?! | NEW VER
Romance1 | by NYNJELLY_ Isteri kesayangan abang. Hari pertama Harleen Sophia memasuki Universiti. Pada mulanya dia ingat akan berjumpa dengan lelaki kacak seperti gurunya pernah berkata saat dia masih di sekolah menengah dahulu tetapi.. "Awak pandang saya...