2 0 | SMTD

985 71 8
                                    

"Leen.. Masuk lah dalam, mungkin sir Ariel ada--"

"Ada apa? Dia sengaja kan tinggalkan Leen macam orang bodoh dekat depan ni. Dia fikir apa? Nak sidai Leen sampai berejam macam orang tak malu.."

".. Leen ni tunggul kayu ke? Leen tak hamak sangat lah nak keluar dengan dia, dia biar Leen duduk luar ni lama lepas itu dengan hujan lebatnya. Kalau Leen tengok muka dia lagi dalam rumah ni, siap!"

"Leen jangan lah macam ni, kita tak tahu mungkin sir Ariel ada hal penting ke?"

"Sekurangnya dia boleh mesej lah yang dia tak nak keluar dengan perempuan macam Leen ni. Patut lah menduda berabad-abad!"

Bamm!

Aku menghempas pintu bilik dengan kudrat yang aku ada, tiba-tiba sahaja ayat yang baru aku katakan tadi pada abang Raf mengingatkan situasi sir Ariel pernah mengata aku dahulu..

"Betul lah, buat apa suka adik kau kalau aku boleh suka perempuan yang lagi lawa"

"Adik aku tu tak lawa ke?"

"Tak, aku tak suka perempuan kulit gelap, pipi besar dan berjerawat"

Kata-kata dia masih terukir dalam ingatan aku, mungkin sebelum ini aku boleh maafkan dia tapi hanya tuk sementara.

Mungkin aku sahaja yang beria letakkan harapan pada dia.

Aku cuba menenangkan fikiran dari perkara negatif tadi, mungkin aku yang fikir berlebihan.

Mungkin ekspetasi aku yang berlebihan hingga ke gunung Kinabalu sedangkan dia pula cuma nak bergurau-senda dengan pelajar nya sendiri. Aku sepatutnya gelak ketawa tetapi aku malah suka pada pensyarah sendiri? Hahaha, memalukan!

Akhirnya aku yang hanyut dengan perasaan sendiri. Aku menyandar di tepi birai katil sambil merenung ke luar jendela yang dibasahi oleh air hujan, ceh

Tokk!! Tokkk!!!

Pintu bilik aku diketuk kuat dari luar, apa lagi abang Raf mahu ni? Aku berdiri dan berjalan ke pintu bilik dengan badan aku yang berasa lenguh ini lalu aku membuka pintu.

"Harleen! Huhh.. huuftt.. Har.. leen.. sa... ya minta maaf.." ucap lelaki di hadapan aku ini dengan nafas dia yang tidak teratur. Aku menarik lengannya keluar dari bilik

"Sir nak apa?" soal aku dengan nada suara yang keras, aku menjegil mata memandang ke arah tangga dan bukannya pada dia

"Saya minta maaf Harleen, saya bukannya sengaja nak biar awak tunggu lama-lama sampai pakaian awak basah lenjun.. Saya minta maaf, boleh awak maafkan saya? Saya janji lepas ni kalau awak ajak keluar atau apa yang awak nak semua saya tunaikan!" tutur dia

"Jangan suka-suka berjanji kalau sir Ariel tak dapat tunaikan semua tu, kalau setiap perkara sir tak pernah tunaikan macam mana saya nak percaya sir Ariel lagi?" ujar aku dengan rasa kesal setelah melihat wajahnya yang tiada rasa bersalah pun!

Aku masuk semula dalam bilik namun pantas dia menahan daun pintu bilik, "saya minta maaf, Harleen.. saya tak ada niat pun nak buat awak macam ni. Tolong lah maafkan saya." dia memohon maaf,

Aku yang mendengar dari dalam bilik pula yang rasa bersalah, iya lah dia tu pengajar manakala aku hanya seorang murid yang mahu menimba ilmu di menara gading di mata dia.

"Okay. Saya maafkan sir Ariel hanya sebab sir ialah pensyarah saya. Itu aje." ujar aku lalu menutup pintu bilik dengan perlahan dan aku langsung tak memandang muka dia

" ujar aku lalu menutup pintu bilik dengan perlahan dan aku langsung tak memandang muka dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Sir Miang itu DUDA?! | NEW VERWhere stories live. Discover now